Entry terbaru

Perlu ke Blogger Menulis dari Jiwa? by Sha Myheart

Assalamualaikum.

Ada orang bertanya, menulis, perlukah ianya lahir dari jiwa?

Ya, menulis memang perlu lahir dari jiwa. Kalau tak, ianya tidak akan memberi kesan kepada pembaca. Hambar dan lesu sahaja. Kesan dramatik agak kurang.



Apabila kita menulis dari jiwa, ia akan sampai ke jiwa yang lain dengan sempurna. Jika menulis dengan jiwa yang ikhlas, tulus-mulus, ianya akan lebih dirasai oleh jiwa-jiwa insan lain. Menulis blog juga begitu. 



Pengalamanku sendiri, mempunyai berapa orang kawan blogger yang hebat tetapi telah beralih ke arah blog SEO, lesu rasa nak membaca entri mereka yang semata-mata mahu mengejar trafik. Kawan-kawan mereka pun sudah jarang singgah ke blog lagi. Agak rugi di situ.




Ada seorang kawanku telah sedar bahawa blog SEO sahaja belum cukup boleh dikatakan berjaya dalam dunia blogging tanpa ada entri dari jiwanya. Dia mula menulis entri semula, tetapi SEO dan trafik masih menjadi keutamaannya. 

Namun, untuk mendapatkan kepercayaan blogger semula agak sukar. Minda blogger sudah terakam bahawa blog si pulan ialah blog SEO semata-mata jadi, entrinya sama saja dengan blog SEO yang lain. Malas nak jenguk walaupun si pulan membuat entri kaw-kaw punya. Ingatlah, kawan-kawan yang sudah hilang kepercayaan terhadapnya, bukan senang untuk dirasuah dengan satu entri.



Nampak tak orang lebih suka mencari blog yang entrinya dia yang tulis? Tulis sahaja tidak cukup, tetapi mestilah menulis dari jiwa =)


P/s: Nanti Sha akan beri tips untuk menulis dari jiwa.



Apa pandangan anda berhubung isu ini?


Entry ini ditulis oleh rakan blogger bobo, Sha Myheart. Jemput ke blog beliau untuk entry lain datang dari jiwanya :)

24 Comments
Tweets
Comments

24 Comments:

  1. hahaha eden memang menulis entry dengan sepenuh jiwa raga..

    ReplyDelete
  2. for sure. something that we write is mostly from our pure soul and this is why we get different feelings when we read anything that we write before..

    ReplyDelete
  3. saya menulis entri dengan tangan..haha..


    selalu baca je blog SEO ke apa ke,,asalkan ada masa,,kalau tak de masa semua blog pon tak baca..

    tp saya lagi suka blog yg dr jiwa2 tu la..hihi..;)

    ReplyDelete
  4. kalau kejar trafik sangat..rasa tak best..takde interaksi dgn blogger lain...

    ReplyDelete
  5. setuju...
    kalau seo tapi dengan hasil garapan sendiri itu akak boleh terima la..tapi kalau seo yang copy dari suratkhabar rasanya belum boleh dipanggil blogger yang betul2 hebat.blogger macam ni agak sukar untuk pembaca ingat..kalau singgah pun sebab tersesat dengan hasil carian google.

    ReplyDelete
  6. saya suka baca entry2 yg ada sense of life..

    senang ckp, memg dari jiwalah..
    hehehe.. nampak hidup ... :)

    ReplyDelete
  7. Em,setuju dengan entry kamo..Terbaik=)

    ReplyDelete
  8. akak plak menulis sepenuh hati sampai jadi macam ss... tp memang btol pon ss sbb ss je yg baca entri 'berdebu' tue...

    ReplyDelete
  9. menulis dari jiwa lagi ada feel nk baca..:)

    ReplyDelete
  10. sy mnulis blog ketika mahu mnulis shj.. tnpa pnh pk sal trafik.. maka sy pink hati.. hahaha.. <--- cam xde kne ngene je kan.. :D

    ReplyDelete
  11. Setuju...
    Orang baca blog sebab nak baca something from you..
    Not copy pasted or 100% factual...
    nak fun-fun baca blog jugak...
    kalau nak facts jer boleh buka official website ataupun baca buku.. huuuuu..

    ReplyDelete
  12. ara terjoin SEO ari2.. scara ta sengaja.. tp overall blog ara mmg dr jiwa sdri.. peewit.. ngaa~

    ReplyDelete
  13. menulis dari jiwa..btol tu..so personaliti individu itu akan dapat dilihat hanya dari tulisan jiwanya sendiri..

    ReplyDelete
  14. akak menulis entri, tuk suka2 ja, kekadang nak bg ilmu..harap tader sapa yg termuntah..huhu

    ReplyDelete
  15. x kisah la...seo ke x...blogger yg sporting byk peminat...byk yg menjengah..kan..kan...klo dh taraf seo..tp xde org nk jenguk..hmmm boring nyerrrr...ske penulisan jiwa yg berdrama....

    ReplyDelete
  16. memang penulisan kena selari dgn jiwa. kalau tak, bile bace balik pon xde feel. bagi gee, penulisan tanpa jiwa samalah tulisan tanpa keikhlasan. :)

    ReplyDelete
  17. heeee..anis pon xgemar blog yg entry nye pasal seo..tak tau nak komen ape..ngeee..

    ReplyDelete
  18. setiap orang ada tujuan masing2 dalam dunia blogging. tak kira la blog seo ataupun penulisan dari jiwa, masing-masing pun ada peminat yang tersendiri :D. tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...