Entry terbaru

Bounce Rate Penting untuk Blog

Salam warga Nilapura! HAHA (pengaruh drama Tv)

Kali ni rasa nak berkongsi satu ilmu yang berguna. Korang tahu apa itu Bounce Rate? Kenapa ia penting pada sesebuah blog? Ni na habak sikit aih.. Aku ada lah buat kajian sikit pasal Bounce Rate ni. Banyak blog ada buat review pasal bounce rate ni, dalam forum juga ada dibincangkan. Jadi, aku akan huraikan mengikut apa yang aku paham. Kalau salah tegur lah ye.


Maksud Bounce Rate:
Bounce Rate adalah ukuran dalam bentuk peratusan yang menunjukkan berapa ramai pelawat yang datang ke website/blog kita dan terus keluar tanpa melihat page lain. Dalam erti kata lain, ia mengira jumlah pelawat yang datang ke blog kita dan stay lama sama ada stay pada page yang mereka landing tu atau pun entry-entry lain. Semakin lama mereka stay semakin baik bounce rate sesebuah blog.

Bounce Rate yang baik adalah dibawah 60% jika lebih dari itu, ia adalah tidak baik bagi prestasi sesebuah blog. Korang boleh check bounce rate dengan menggunakan Google Analytics. Kat situ macam-macam benda korang boleh tengok tentang prestasi blog.


Tips kurangkan Bounce Rate:
1. Kemaskan blog.
Anggap lah blog ni umpama rumah kita. Bila tetamu datang, tak lah sakit mata tengok keadaan blog yang tak tersusun. Oleh itu, aturkan widget dengan kemas. Supaya senang nak tunjukkan tetamu kalau jalan ke toilet. "Tunjukkan mereka jalan". Buang benda yang tak penting. Yang penting seperti popular post, blog archive, widget related post macam Linkwithin dan sebagainya.

2. Ringankan blog.
Ini memang masalah yang kerap kali kita dengar. Broadband Digi tak sama kelajuannya dengan broadband Maxis, Line Streamyx tak sama dengan line Wimax. Oleh itu, cuba minimumkan berat blog atau kelajuan blog untuk loading. Boleh check menggunakan Website Speed Test. Sebab apa kena ringankan? sebab kalau berat sangat orang akan terus klik X. Jadi, dah rugi kat situ, sebab ia akan dikira juga sebagai jumlah pelawat tapi yang paling pantas keluar hehe.

3.Banyakkan Inbound Links.
Kalau tak faham maksud inbound links ni takpe, korang bleh google. Contoh yang paling senang ialah Wikipedia, korang tengok konsep website tu, banyak post dilinkkan(dikaitkan) antara satu sama lain. Dengan memperbanyakkan inbound link instead of outbound links, ia dapat membantu pelawat meneruskan pembacaan dalam blog kita. Ia juga dapat meningkatkan pagerank sesebuah blog.

Banyak lagi cara yang boleh kita buat, tapi try buat yang asas dan mudah ni dulu kemudian baru pergi ke extreme macam SEO, cara tingkatkan trafik, cara tingkatkan pagerank, meta tag, Alexa dan sebagainya.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...