Entry terbaru

Copy Paste entry untuk karangan kerja sekolah.


Salam..

Hairan bin ajaib lah tengok keyword yang masuk dalam blog ni. Tak pasti tanggapan aku ni betul ke tak, yang pasti ada pembaca search keyword "karangan cerita pengalaman perkhemahan di hutan" dan "karangan cerita pengalaman perkhemahan unit beruniform". Rasanya macam pelajar sekolah yang cari benda ni hehe.

Kalau betul lah, memang pemalas sangat budak-budak zaman sekarang ni. Cikgu bagi latihan buat karangan, dia slumber badak je copy paste/plagiat. Bahaya la kalau masa sekolah dah pandai buat macam. Dulu masa aku sekolah, tak pernah terfikir pun nak cari kat internet. Bila dah masuk universiti baru pandai bertatih hehehe.

Takpe, cikgu-cikgu sekarang pun bijak. Entah-entah cikgu sekolah yang google keyword tu? HAHA. Maybe cikgu nak cek anak murid dia amik dari internet ke tak. Bagus-bagus! hehe

Pesanan untuk adik-adik sekolah:
Usaha buat sendiri ye kerja sekolah tu, jangan lah plagiat sebab perbuatan tu tak bagus dan merugikan adik-adik. Rugi sebab tak guna otak yang tuhan bagi tu untuk berfikir.

4 Comments
Tweets
Comments

4 Comments:

  1. hohoh, cikgu sekolah tak payah susah2 google, cek je kat turnitin software :D hohoh

    ReplyDelete
  2. itulah salah satu keburukan arus kemodenan.. byk yg ambil kesempatan dan menyalahgunakan...

    ReplyDelete
  3. kalau nak buat karangan ni..idea sendiri lebih puas nak mengarang kan...:D

    ReplyDelete
  4. haha ok. pernah try buat cam neh. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...