Entry terbaru

Panduan seorang blogger

Salam semua!

Aku sebenarnya teragak-agak nak buat entry ni, sebab rasa macam diri ni belum cukup layak nak bagi panduan kat orang. Tapi apa ada hal? Nak baca sila, kalau tak nak, pangkah je blog ni hehe. Saja je nak share pendapat dan pemikiran dalam blog, asyik bagi orang info je, kita pun nak info juga kan? :)

Anyway, nak ditekan kat sini, ini adalah panduan untuk blogger yang ada target dalam dunia blog ni. Kalau anda berblog just untuk suka-suka or ceritakan kisah peribadi adalah tak payah kisahkan panduan ni ye.HAHA gurau jeee..

Tetapkan Prinsip
Untuk menjadi blogger yang berjaya, anda perlu ada prinsip. Kalau hidup memerlukan prinsip, sama juga lah kat dalam dunia blog ni, kena berpegang pada prinsip. Contohnya, anda kena pastikan tentang apa anda nak tulis di blog ni. Tak perlu pecah otak nak fikir, just tulis je apa yang anda minat. Ia akan membuatkan orang tertarik untuk baca apa yang kita tulis berbanding jadi blogger yang menulis mengikut-ikut blogger lain. Just be yourself!

You were born an original. Don't become a copy.

Interaksi Sesama Blogger
Okay, yang kedua ni ikut orang lah kan. Merapatkan silaturrahim itu penting dan perlu dijaga. Kalau kita sombong atau lokek ilmu,memang susahlah nak berjaya betul tak? bagaimana cara nak jaga hubungan sesama blogger? Blogwalking, Twiiter, Facebook dan lain-lain medium social network yang ada. Tapi perlu diingat, manusia cuma ada 24jam sehari, memang ada yang tak sempat blogwalking membalas jejak, so jangan lah marah or kecil hati. (kat situ lah haters akan dilahirkan, hehe)

Relationship has no expiry date.

Komen Ikut Suka
Bayangkanlah anda tulis entry panjang berjela or mengadu kat blog, tiba-tiba ada orang tinggalkan komen menyakitkan hati,apa anda rasa? mesti tak best kan? Yelah, lain orang lain caranya. Tapi yang samanya, semua orang ada perasaan kan?hehe. Kalau kita tengok kat blog or facebook tentang gosip, mesti ramai yang caci maki, kutuk, hina. Aku ingatkan blog politik je macam tu, rupanya blog lain pun sama. Ramai orang sekarang komen ikut suka je. So, amalkan memberi komen-komen perangsang dan membina ye.

Be polite to all.

Okaylah, setakat itu saja yang nak share, kalau ada yang nak tambah, sila tulis diruangan komen ye. Mudah-mudahan kita berkongsi manfaat bersama :)

p/s: mengidam tawaran iklan advertorial ni, ada sesiapa yang berpengalaman tak? dengar kata masyukkk!


10 Comments
Tweets
Comments

10 Comments:

  1. perghhh..thanks ye bro..entry ni cukup2 berguna buat sy

    ReplyDelete
  2. betul tu iMBobo... sis sokong.. semua yg di atas tu mmg penting.. kdg2 hanya satu pihak je yg berinteraksi.. pihak yg lg satu buat xtau aje mcm mana nak kekalkn silaturrahim antara bloggerkan? pulak tu suruh dan harap org dtg blog dia.. tp dia suk diam je kat blog dia x dtg pun blog org.. pun x boleh gak mcm tukan.. berblogging ni sama lah mcm hidup suami isteri.. kena ada give and take confirm berjaya.. hehehe pandangan sis ajer...

    ReplyDelete
  3. mcm ImBobo yg terawal followes kak.sampai skrg masih lg mcm dulu..walaupun sesekali bg komen,kak tetap hargainya,tak sombong dn jauh sekali nak ego kan.

    Masa dulu2 kak ada bg mukadimah,nak dpt redha Allah,ada seseorg yg bg komen mcm sensetif aje bunyinya..tapi tuab blog,masih terima dgn hati yg terbuka.KAK INGAT IM BLS KOMEN BALIK,ITU MUKADIMAH SAJA..ABAIKAN AJE..KAK SUKA MCM TU.kak tulis apa yg kak ikhlas nak tulis,kak pula tak suka nak bodek2 org..apa jua pun kita kena jujur,walau alam maya sekali pun..

    TERIMA KASIH YE ..IM.

    ReplyDelete
  4. erm.. nak balas komen blogger lain memang tak terbalas r.. tp kalau ada pertanyaan kat situ baru aku balas..
    tp bila kita balas kat ruang komen tu.. diaorng tak baca pun balik.. so jd sia2 je.. tp xpe.. depand kat org tu r..

    ReplyDelete
  5. heee..good point there..
    sy se7..
    thanks sharing..

    ReplyDelete
  6. yang pasti komen diberikan biar bersangkut paut dengan ceritanya..

    ada sesetengah komen tu tak ada kaitan langsung...kelakar pon yea jugak..betul dak?? hahaaa

    eratkan silatulrahim..lawat blog yang selalu singgah dan komen kat entry kita, pasti dirinya rasa dihargai.. :)

    ReplyDelete
  7. ape yg bobo ckp mmg betul pun. eden menulis ikut ape yg den nak.. takde maknenya nak meniru sesape..

    ReplyDelete
  8. huhu..baeklahh..nk ikt semua yg bobo ckp :P

    ReplyDelete
  9. yup..bobo sentiasa memberi komen membina kat blog..;p

    ReplyDelete
  10. semua panduan ni memang sangat betul.

    so, kesempatan ni cik ketam nak ckp tenkiu pd incik bobo sbb sudi jenguk2 blog cik ketam and tak lupa kasi komen yg membina pd cik ketam.

    tq!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...