Entry terbaru

Panggilan Hangit HOTFM dihentikan serta merta!

Morning you all!

Pagi ni aku dengar Hotfm online ni haa. Terkejut gak tiba-tiba bila Faizal Ismail umumkan Panggilan Hangit dihentikan. Masa dengar tu terkejut sebab aku rasa macam tiba-tiba je, minggu ni tak dengar pun Hotfm so tak tahu isu ni.




Sebenarnya dah lama dah aku fikir, memang Panggilan Hangit patut dihentikan sebab kesian lah kat orang-orang yang kena tu, ada tu sampai marah-marah mencarut-carut, yang tak berniat nak buat dosa, senang je dapat dosa kering. Lepas tu ada yang menangis teresak-esak sebab dipermainkan. Ish...ish...ish...

Elok lah ia dihentikan, gantikan dengan segmen lain. Lagi pun Hotfm Krew sekarang ni berempat, Farah Fauzana, AG, FBI & Ucop. Banyak lagi benda boleh buat. So sekarang ni dorang tengah buat servey segmen apa yang patut digantikan dengan Panggilan Hangit tu. Korang boleh suggest kat facebook Hotfm.




Panggilan Hangit ditamatkan selepas 5 tahun disebabkan tindakan artis senior yang tidak berpuas hati bila terkena panggilan hangit ni dan terus membawa isu ini ke pihak pengurusan atasan. Berdasarkan klu di blog-blog, artis vateran yang dimaksudkan ialah Fauziah Ahmad Daud (Ogy).

Apa-apa pun semoga Hotfm terus menjadi radio pilihan rakyat Malaysia! Terus sokong Hotfm, lebih hangat dari biasa :) 


Update 20 Jan 2012
Panggilan Hangit telah diluluskan kembali oleh Pihak Pengurusan HotFM disebabkan sokongan padu yang diterima supaya Panggilan Hangit tidak dihentikan. Persoalannya, adakah konsepnya sama seperti dahulu? Sama-sama kita dengarkan nanti. 


35 Comments
Tweets
Comments

35 Comments:

  1. tak de panggilan hangit pon insyaAllah, hotfm boleh maju.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Bagus juga panggilan hangit tu di stop.

    Kesian orang yang terkena panggilan tu walaupun niat asalnya hanyalah untuk main2 dan bergurau dengan orang tu.

    Tapi bila dah orang yang di target tu fikir ia betul2..akan timbul perasaan marah dan bengang sehingga mencarut ( boleh mendatangkan dosa )

    ReplyDelete
  3. tp kdg2 syok juga dgr panggilam hangit tu.. boleh ketawa sorg2 dlm kereta... :)

    ReplyDelete
  4. Pangilan hangit tu mmg mcm hampeh

    ReplyDelete
  5. dlu slalu dgr pgilan hangit ni..tp, most of siaran radio bwat mcm ni kan..cume name ny j laen..elok jgk laa kot dh benti..tp dh xleh nk gelak2 kt org yg tekene dh :P

    ReplyDelete
  6. dkna pon ada dengar gak pagi tadi dalam kereta...dorang nak bagi perubahan kot...

    ReplyDelete
  7. Owh,ritu ada dengar jugak pasal nie.Dah dihentikan pun eh..=.=

    ReplyDelete
  8. ohh yeke? lama x dengar hotfm. asal kat rumah mak psang klasikfm. haha. asal kat kete pulak hitz.fm. huhu..

    ReplyDelete
  9. hehehehe.... dorg tiru drpg Hitz.fm tu... 'gotcha!!' ... so far x pnh dgr lg panggilan hangit ni.. tp salu dgr gotcha la... mmg kesian klu ade yg terkene... kikiki

    ReplyDelete
  10. ok jugak tu dihentikan =)

    ReplyDelete
  11. bagus! rancangan mcm ni menjatuhkan air muka org lain! cuba kenakan pd diri mereka..apa rasanya

    ReplyDelete
  12. hhihihi. era lagi best..yeay!

    ReplyDelete
  13. aq da lama tak dengar radio..heee~

    ReplyDelete
  14. Bobo aku dah reply dah pasal comment FB tu....

    ADuh sygnya lah hai kalo panggilan hangit takde dah. Best tu

    ReplyDelete
  15. hehe..
    malu lak sy..
    sy dok dgr Fly FM & Mix FM aje..huhu~..

    ReplyDelete
  16. wooohoo, da lama sgt tak dengar radio, hmm tkper2 hot fm still best tkder panggilan hangit sume tu ^^

    ReplyDelete
  17. betul tu,,panggilan hangit,,orang tak mencarut pon jadi mencarut..

    ReplyDelete
  18. ha'ah tadi dah open balik panggilan hangit tu. hotfm ni happening sangat so tak sesuai kot utk org veteran. hahaha.kenekan yan gsporting morting aje.

    yang kene tak best. yang mendgr gelak. tapi yg kene tu dah bagi permission ape utk siarkan balik, so kalau agak agak tak puas hati tak payah la bg permission then xde la diorang siarkan bende tu.

    ReplyDelete
  19. pasal homeless yg kat sogo ko citer tu, yang tu dahsyat dan menakutkan. tah ape la citer hidup dia sampai jadi macam tu.

    ReplyDelete
  20. wuwuuwuwuuwu . mengada la perempuan tua tu . ehhh astaghfirullahalazim :(

    ReplyDelete
  21. suka gak dengar PH HOTFM ni, tergelak gak, tapi.. tak elok gak.. kalo org mrh, slalunya keluar prkataan yang tak elok gak.. hehe

    ReplyDelete
  22. kadang2 bosan jgk dengar panggilan yg x brapa nk hangit...DJ jerr syok lebih...

    ReplyDelete
  23. akak jarang dapat dengar sampai abis sbb sekolah dekat sangat dengan rumah, br nak tergelak suspen, dah terpaksa tutup radio... sayang kalau dihentikan sebab itulah keunikan hotFM

    ReplyDelete
  24. jrg dgr panggilan hangit..hihi..
    hrp lps ni Hotfm dpt gantikan panggilan hangit pula :D

    ReplyDelete
  25. bagus gak pon dorang stop..
    menyampah ai *tgn ke dada*








    hepy bday bobo!!!






    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  26. la..c ogy ke report2..klu org kenakn dia tau lak nk mrh, tp bila dia mngata org kemain lg..

    bgus jgk pnggilan hangit dihentikn sbb dh lama segmen tu. gnti dgn segmen yg lg menarik..

    ReplyDelete
  27. tiap ari turun keja mesti tggu panggilan hangit hot fm dgn gotcha call hitz. tp gotcha lagi terok pengene dia.. haha..

    betul ckp hanie tu, bg yg sporting jerlah. kdg2 kalau mcm xbrapa elok nak dgr tak yah siarkan..

    ReplyDelete
  28. kadang2 seronok jugak dgar panggilan hangit tapi rasa kesian pulak bila ada yg kena prank..sabo je la..

    ReplyDelete
  29. hangit tak hangit, tuan punye badan yang kene tu je lah yang tau kan... =)

    ReplyDelete
  30. erm...tak pernah terkena mmg tataw la.tak semua org boleh terimakan benda mengenakan org ni...tp bila dgr hot panggilan hangit mmg terkekeh2 gelak pun...hihi

    ReplyDelete
  31. Dah xhot la cmni..da hlang kehangitan die..xyah lyan sngat si tue snstif tu..nak prhtian je tau..

    ReplyDelete
  32. dah lama kot tak dengar radio...dalam kereta pun dgr musik lapuk je;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...