Entry terbaru

Info Alkohol dan Arak



1.Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2.Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3.Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

4.Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5.Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

6.Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

7.Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.


Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 dan 12 April 1984 telah memutuskan :

a) Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

b) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

c) Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak atau bukan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

d) Tapai adalah halal.

e) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.

f) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan (kegunaan luar).

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 4-6 April 2006 juga telah memutuskan :

“Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ianya adalah halal.”

Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah Al-Maa’idah : Ayat 90)
Firman Allah yang bermaksud :
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 219)

Sumber: Buletin Halal (Disember 2009), JAKIM


19 Comments
Tweets
Comments

19 Comments:

  1. bagus info ni. thanks sebab share..mintak2 la kita yg masih waras ni tak terjebak dengan benda2 haram ni. amin..

    ReplyDelete
  2. wow~ cokekohol skrg de alkohol tp bkn arak ;p

    ReplyDelete
  3. perlu lebih berhati-hati memilih makanan kan

    hehe

    ReplyDelete
  4. zaman skrg ni dah byk sgt syubhah nyer..xtaw mane silap..sampaikan tepung gandum pun dah jadi hot topik..

    ReplyDelete
  5. thanx 4 sharing...tapi macam minyak wangi semua tu, kena cek dari pembuatan dia kan, cara halal atau tidak...

    salam maulidurrasul...

    ReplyDelete
  6. veru nice info! terima kaseh menyebarkan yer ;)

    ReplyDelete
  7. Salam Maulidur Rasul Bobo...

    Info yg sangat berguna, sbb ramai yg kurang arif ttg perkara sebegini...

    ReplyDelete
  8. Minyak wangi beralkohol ok kan?

    ReplyDelete
  9. okeh.skrg kaklimah bru tau :P

    ReplyDelete
  10. ermm..bagus info nie..dh xberapa confius lg dh..

    ReplyDelete
  11. cik penah tnye ustazah knp arak jd haram..ustazah ckp sbb mase proses peram buah tu kan,akn trhasil satu bhan yg blh memabukkan..n mase tulah die jd arak..kalo kite peram buah tp x mbuk x jd la arak..er,abg bobo fham x cik ckp ni..hehe neway,nice entry bang bobo ^_^

    ReplyDelete
  12. eh kejap.. minuman buah anggur yg diperam tpi takde alcohol boleh x?

    adee ape tah,gua lupe lah nme tuh, tpi dkat supermarket ade jual dan bukan letak kt tmpat arak and btol die mcm arak.. hurm ??

    ReplyDelete
  13. nice info.nice share

    ReplyDelete
  14. @CekbOlat-bOlat: ada yg kata benda tu halal..tapi seeloknya periksa pada label botol tu, klau xde cop halal jakim yang diiktiraf mmg @!?%$ :)

    ReplyDelete
  15. perkongsian yg bagus..ramai yg alpa dan tak amik berat menda2 yg camnie..tengkiu :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...