Entry terbaru

Rahsia kejayaan Dr Rozmey



Minggu lepas ada sesiapa tak yang terbaca blog post tentang ada apa dengan Dr. Rozmey? Entry ini adalah sambungannya ye. 


Ramai yang tak suka dengan Dr. Rozmey ni, entry yang lepas pun ada rakan-rakan yang komen tak minat dia, tak suka dia, menyampah dan sebagainya. Hati orang aku tak boleh nak cakap apa lah kan hehe. Memang Dr. Rozmey ni pelik pun, cakap nak hebat je kan?

Tapi disebalik itu ada perkara yang kita tak tahu tentang Dr. Rozmey ni. Dia orang bisness. Kita kena paham.  Pernah ada seseorang bertanya pada pegawai kanan tentang Dr. Rozmey. Ini cerita yang diperolehi.

Dr Rozmey ialah seorang Dr. perubatan yang mempunyai sebuah klinik. Klinik beliau pernah mengalami kejatuhan kerana hasad dengki manusia. Beliau pernah jatuh teruk dan berazam untuk bangun semula dan menubuhkan sebuah syarikat.

Beliau seorang usahawan Melayu yang berjaya. Tahu tak kenapa beliau berpenampilan seperti itu? Dengan rambut ke depan tak de jambul, pakaian skema gaya nerd dengan bow tie, bila bercakap macam terlalu yakin dan macam-macam lagi sampai buat orang menyampah.

Katanya, Dr. Rozmey bukan saja-saja berperwatakan seperti itu, semuanya ada sebab. Itu semua sebab bisness! That is Marketing. Contohnya iklan, korang tahu tak semakin pelik iklan semakin bagus iklan tu, sebab iklan yang pelik itu mampu melekat di fikiran masyarakat. Tanpa kita sedar, kita juga akan membantu dengan market the product using mouth to mouth method. Kann?


Dr Rozmey ada:
*laman web dibawah rangkaian dR Rozmey
*siaran TV atas talian beliau sendiri dibawah nama dRPlanetTV.(in progress)
*dR Group sebelum ini telah memperkenalkan laman dRPlaces, selain turut dalam perancangan untuk memperkenalkan rangkaian sosial beliau sendiri dibawah nama dRBook. 
*membangunkan rangkaian kedai IT beliau sendiri dibawah nama dR Rozmey IT Solutions.


Korang yang kutuk-kutuk tu ada semua ni? hehe Hentilah kutuk-kutuk tu, orang ni tak kacau pun kita, tak kacau family kita. Dia cuma berniaga. Kita sepatutnya support usahawan Melayu macam ni. Kalau bangsa sendiri tak support, siapa yang nak support kan? :)

Pilihan di tangan Anda!

5 Comments
Tweets
Comments

5 Comments:

  1. hehe tak amik tau psl dia nih.. biarlah dia nak camne pung.. itu hak dia sebgai manusia.. haha errr lupa nk bgtau yg sy pun tgh buat marketing.. tp produk herbalife. so kalau ada yg berminat meh la sini.. heeee :P

    ReplyDelete
  2. kalo kutuk,,habuk pom tak dapat..kah3

    ReplyDelete
  3. Seharusnya kita bangga dengan kejayaan anak melayu sebagai usahawan yang berjaya!

    ReplyDelete
  4. ferrari kan? fuyoooo..dr ad ferrari woo :P

    ReplyDelete
  5. umah dia dekat giler ngn kem kelubi tpt akak tgl. cam tak caya ja..huhuhu

    ps: org kata bukan akak kata..hehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...