Entry terbaru

Tips untuk Lelaki Pemalu Mencari Cinta

Awatnye malu sangat tu?? hehe

Disebabkan jumlah perempuan kini melebihi lelaki, ramai yang beranggapan tak perlu dah tips macam ni untuk mengorat sebab si perempuan akan datang sendiri terhenggeh-henggeh kat lelaki. HAHA. Kalau korang (Lelaki) yang berfikiran macam ni, korang memang SILAP BESAR guys! Orang perempuan masih memilih wooo..

Nak mengorat ke ada ilmu, tak boleh hentam kromo je! Kalau korang rasa malu, mungkin boleh ikut tips dibawah ni hehe.

Tingkatkan Keyakinan Diri
Lelaki zaman sekarang ni kurang yakin pada diri sendiri, sangat merendah diri sebab mungkin dorang rasa tak cukup handsome untuk mengorat aweks yang dorang minat tu. *ehem* Kalau aweks tu muka macam Neelofa memang patut rasa macam tu kot HAHA. Korang kena buat lagak yang penuh yakin, bukan berlagak ye! Beranikan diri untuk tegur si dia dahulu.. nanti bobo akan update cara-cara memulakan perbualan. :)

Jaga Eye Contact
Okay, eyes contact tersangat lah penting! Ni related dengan confident lah kan. Semasa bercakap dengan si dia, tolong lah pandang muka or mata dia. Kalau nak bercakap pun susah nak pandang mata, alamatnya hye hye bye bye lah jawabnye. Sebabnya bila korang buat macam tu, si dia akan rasa korang tak tertarik dengan dia. Perempuan ni umpama bos, oleh itu first impression tu penting bro! kalau dia tak suka die kick je! hehe 

Bahasa Tubuh
Ini pun mainkan peranan penting. Jangan sesekali silangkan tangan memeluk tubuh semasa berdiri sebab secara psikologinya ia menunjukkan korang tak selesa dengan keadaan. Si dia akan berfikir, mungkin korang tidak selesa bercakap dengan dia. So, perbualan akan berakhir dengan pantas. So sad kan? Haa.. kalau nak sembang lama-lama, ajak je si dia keluar minum, bersembang masa duduk lebih selamat :)

Ajak Keluar lagi!!
Lepas habis bersembang, sebelum balik, jangan lupa tanya "bila kita boleh jumpa lagi?" haaa... masa ni lah korang dapat tahu result korang usahakan tadi tu. hehe. Kalau ye jawapannya, alhamdulillah ada peluang, kalau dia tak nak jumpa korang lagi, mesti korang boleh expect apa jawapan yang diberikan kan? hehe.

Tips di atas hanyalah pemerhatian bobo. Tak gerenti 100% ok? sebab bobo pun belum test HAHAHA. Tapi tak salah mencuba. Maaf lah ye pada kaum lelaki, terpaksa bocorkan rahsia ni hehe.

34 Comments
Tweets
Comments

34 Comments:

  1. ehem3..bobo pemalu k x? agak2 bile bobo nk try tips2 ni? kik3 :P

    *kaklimah ank bgsu yg xmanje :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah try slow2..tak tahu menjadi ke tak hehe

      Delete
  2. Disebabkan jumlah perempuan kini melebihi lelaki, ramai yang beranggapan tak perlu dah tips macam ni untuk mengorat sebab si perempuan akan datang sendiri terhenggeh-henggeh kat lelaki - satu perkataan untuk ni 'koya a.k.a perasan =P'

    haha.. part tips tu tak tau nak cakap apa .. hehe :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg silap lah kalau lelaki berperasaan mcm tu kan? ikan mmg byk di sebuah tasik, tapi kita kena juga letak umpan utk tarik ikan itu naik ke darat :)

      Delete
  3. btul laa tu, klau ajak kuar lagi tapi dapat macam2 alasan.. so paham2 sendiri laa, huh...

    ReplyDelete
  4. usaha tangga kejayaan =)

    ReplyDelete
  5. pakar cinta bobo ni...haha

    ReplyDelete
  6. kalau tips perempuan pemalu pulak cane??hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tips perempuan pemalu tgu fatin buat hehe

      Delete
  7. pakwe ara dluw pmalu gak.. hee.. bobo pnh try ka sume ni ? :P

    ReplyDelete
  8. waaa...bg tips mengorat? adakah lelaki biru itu anda? hehe...selamat malam =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah belajar cara-cara nak mengorat hehe

      Delete
  9. mcm ada pengalaman je bobo ni hehe

    ReplyDelete
  10. haha..nice tips!!confident tu penting!!

    ReplyDelete
  11. lelaki pemalu sbnrnya tak ada keyakinan, takut direjek. muka tak cukup hensem lah katanya.

    ada je yg tak hensem, tapi yakin 101%. haha

    ReplyDelete
  12. lelaki pemalu ada kelebihan di mata wanita.. percayalah.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  13. nice entry. suka sgt. dah berubah jd dr cinta ke? hihi~

    lama betul tak singgah sini. Sha off9.

    mnta maaf juga tak sempat buat entri sambungan yg sha dah buat dulu..

    ReplyDelete
  14. apapun...semua pada keyakinan diri...inginkan sesuatu kena berusaha

    ReplyDelete
  15. nisbah lelaki dengan perempuan sekarang nie 1:8

    so lelaki boleh pilih yang mana dia nak..perempuan kene redha jer laaaaa...hahahaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  16. HAHAHA..tu dia..bobo bagi tips cinta..aww2x..

    yup..perempuan memang sgt memilih.sebab kita tak pilih kawan tapi kita pilih suami..em..berkeyakinan tu sebenarnya penting..

    ReplyDelete
  17. haha bobo ni dh boleh jadi doktor cinta la..

    ReplyDelete
  18. Hehehe...Pakwe saya pemalu,tapi..sebabkan di suka saya,dia menebalkan muka dia dan buang sifat pemalu tu.Hehehehe...

    Bobo ni,pemalu ke??haahahha

    ReplyDelete
  19. Pakwe saya pemalu orangnye.Tapi,bila dia dah suka saya..dia cuba buangkan sifat malu dan cuba tackle saya.Hehehehe..

    p/s-imBobo ni,pemalu gak ke??hehehhee

    ReplyDelete
  20. Lelaki pemalu itu comel! :D

    ReplyDelete
  21. mm, sy dah lama tak melawat blog. lps tu mcm terfikir, bobo dah tukar jadi penasihat cinta pulak ke ape ni. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe belajar sikit2 bg nasihat :)

      Delete
  22. Nak takcle bobo la cmtu.. Ble kite ley start date???
    Ahahaahah cewahhhh!!! Gurau

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, gurau ke? laaa ingatkan betul2 tadi.. hehe

      Delete
  23. bobo, sikit sangat tips nya... mana cukup.. kurang2.. 3-4pages baru cukup...

    ReplyDelete
  24. bobo, sikit sangat tips nya... mana cukup.. kurang2.. 3-4pages baru cukup...

    ReplyDelete
  25. ingatkan si dia x minat sebab dia tunduk aje.sakit tekak ke.rupanya malu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...