Entry terbaru

Kontroversi Penyebaran Video Lucah Melia Aimelia

Terkejut gak la kes ni timbul balik. Bukan ke dah lama tutup cerita? Blog Rotikaya antara blogger yang mendedahkan isu video ini. Yang disebarkan bukan lah video berdurasi 10saat tersebut, tapi cuma screenshot untuk membuktikan video itu benar telah tersebar.

Ikuti penjelasan Rotikaya:


Tapi agak hairan lah sebab Melia Aimelia telah menafikan perempuan dalam video tu ialah dia.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip yang tersebar mengenai diri saya. Selepas melihat gambar tu, hampir tergelak pun ada kerana itu bukan saya. Lucu betul,” ujar Melia menafikan isu video bogel tersebut.  “Saya agak terkejut dan terkilan sebenarnya, tapi sedikit pun saya tak takut dengan gosip ini sebab itu bukan saya. Saya akan cuba bersihkan nama saya selepas ini, Insyaallah,” tambah Melia Aimiellia lagi.

Isu video ni tak lama pun dicanang di internet sebab orang tak berapa kenal dengan artis ni. Tuan punya diri pun menafikan video tersebut dan ada yang mengatakan screenshot video itu menggunakan teknik superimpose. Thats it! cerita dah tamat.

Tapi hari ni, timbul pula kisah Melia ingin menyaman blog tersebut. Aik! Pelik-pelik. Mungkin ini pengajaran buat artis dan juga blogger yang selalu sensasikan cerita. Kalau cerita gosip bercinta ke apa ke ok lagi. Tapi kalau sampai lucah-lucah ni dah boleh mengaibkan orang. Tak kiralah orang tu buat atau tak. Kan?

Pihak Rotikaya katanya telah selidik dari segi undang-undang sebelum menyebarkan isu tersebut. Isu itu menuntut Melia Aimelia untuk menjelaskan pada wartawan sama ada video yang dikaitkan dengan beliau itu benar atau tidak.

Siapa tak goyang kalau tahu nak kena saman malu woo. Inilah risiko blogger hiburan tanah air kita. Berani buat mesti berani tanggung lah kan.

9 Comments
Tweets
Comments

9 Comments:

  1. mane betol ni?betol ke x si Melia tu..adeh..

    ReplyDelete
  2. Kalau betul pun dlm video tu ialah melia, sbgai manusia blogger tu takleh la nak sebarkan aib org lain. Agaknya otak dia letak kat lutut kot.

    ReplyDelete
  3. Kita tunggu episod akan datang makin menarik cerita ni.

    ReplyDelete
  4. ambil sbgai pgajaran bersama..ingat etika menulis, apatah lg etika kewartawanan kena tahu gak even dlm blogging..

    ReplyDelete
  5. tentang aib tu saya setuju. tak baik kan ^^

    ReplyDelete
  6. akak malas nak amik taw bab2 lucah2 ni, mengaibkan orang betul, kalau nak cr berita sensasi pun biarlah kena pada tempatnya kan.... nanti org lain buat balik pd kita sapa nak kisah,.. aiman x kisah!!!

    ReplyDelete
  7. nak menulis sesuatu yg tak pasti kena fikir dulu baik-baik.. takut apa yg akan terjadi lepas tu..

    saya dah cuba pacestraming tu bobo, memang best!

    ReplyDelete
  8. urm bab cenggini susah nak ckp
    #mmg keja org cam depa korek rahsia artis tp jgn smpi mengaibkan =)

    ReplyDelete
  9. kalau tak disebarkan video tu...kan takde cerita mcm ni...kalau ye pun betul...KALAU..tak perlu la nak disebarkan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...