Entry terbaru

Lunch + Dinner at Seoul Garden - One Utama


Boring-boring duduk rumah tetibe dapat idea spontan nak pergi One Utama jalan-jalan. Sampai2 je terus beli tiket wayang cerita Bunohan sebab takut sold out. Lepas tu masuk Seoul Garden, masa tu kul 4.30ptg, so kira lunch + dinner lah kan. Memang target nak kembungkan perut kat Seoul Garden ni. Excited nak upload gambar ni kat blog hehe. First time makan kat kedai ni. Rambang mata tengok pilihan makanan yang ada. Macam-macam jenis kecuali ba alip ba ya je takde. hehe.


Sebelum telan benda depan mata tu haruslah bergambar dulu hehe.


Ni first round. Tengah tu steamboat kiteorang amik udang, kepah, mihun, sayur, fishball, crabball. Amik sikit2 je dulu sebab nak rasa semua benda. Kang amik banyak, tak dapat pula nak rasa yang lain sebab kenyang. Tepi-tepi tu panggang, ada ayam seketul, yg putih tu tak tahu nama dia hehe, mostly danging lah kiteorg makan. Macam2 jenis ada, yang dalam tu ada Coffee Beef  dan Spicy Beef.


Ni view dari atas.


Terkejut aku masa amik gambar ni sebab masa nak amik gambar ni tetibe udang tu keluarkan kepala dia, macam dia tahu je aku nak amik gambar kehkehkeh.


Haaa.. ni salad. Ada crab, tomato, coslow dan hotdog. Warna hijau tu tak tahu.



Sorry lah, aku tak dapat nak bezakan kepah, lala, dan sebagainya sebab semua nampak sama je kat mata aku hehe. Tapi kalau kerang aku tahu lah hehehe.


Ni second round. Kiteorang amik lamb, chicken pastu dengan beef blackpapper kot.


Rasa macam sikit je tadi, so aku tambah sotong yang kale putih tu hehe. Lamb dia memang sedap ya amat! Sotong pun lebut je masuk dalam perut hehe.


Ni ABC buatan sendiri. Senag je pun buatnya, pakai mesin yang dah disediakan, cuma masukkan ais dan tekan je. Bukan macam mesin ABC tepi jalan tu. hehe


Ni puding. Bukan tak sedap sebab amik sikit ni, sedap giler kot, tapi macam tak berbaloi pula kan makan puding banyak. Just rasa je. :) 


Ice cream ada 6 jenis. Aku sempat telan 2 mangkuk hehe.

Best sangat makan kat Soul Garden ni tapi tak puas lah sebab masa tu nak rush. Sempat duduk 1jam lebih je kat situ. Tapi satu jam pun dah ok, kembung dah perut hehe. Cuma bayar RM35.88+ seorang, kemudian melantak lah banyak mana pun korang nak. Kalau student murah sikit. Tapi pastikan habis lah, tak boleh membazir, sebab kalau banyak sangat membazir akan dikenakan charge.



Next entry nak review Bunohan pula :)

16 Comments
Tweets
Comments

16 Comments:

  1. Syok je kan pakai ambik jer segala jenis makanan.tp kena habiskan la yew..ehehe~ harga kat seould garden kemain lg mahal kan..xleh makan slalu~wuwuwuuuu~

    ReplyDelete
  2. best kan seoul garden ni! aku pnah p skali je kat kerinchi..suke gilos bab bako2 tu hihi

    ReplyDelete
  3. banyak nya makanan.... naik bape kg la ni? hheee...

    ReplyDelete
  4. perghhh meleleh baq ang -_-

    ReplyDelete
  5. COMELNYA....makanan2 itu hehe
    byk bobo makan..
    nak jgk :)

    ReplyDelete
  6. Wahh sedap nyer makan hehehe nak sikit leh..

    ReplyDelete
  7. perghh macam sedap je.. terliuq den tengok.. haha yang warna hijau dalam salad tu cili benggala la cik abang oi

    ReplyDelete
  8. banyak bende boleh makan tu..nampak sedap semuanya

    ReplyDelete
  9. banyak bende boleh makan tu..nampak sedap semuanya

    ReplyDelete
  10. sedapnya.... sedap lagi lepas tu tengok bunohan,... akak makan masak sendiri suap sendiri je lee...

    ReplyDelete
  11. teringin plak nak try makan kt situ...38 ringgit ea? steamboat je ke?

    ReplyDelete
  12. asal byk sgt gmbr makanan ni.. nak jugak.. nmpk cedap.. lapar..

    pssst.. jrg nak nmpk gmbr bobo lam entry :D

    ReplyDelete
  13. waaa... majok aaa..
    tak ajak titew. kehkeh! ^^

    ReplyDelete
  14. teringin pulak rasanya ni..nampak sedap je...:D

    ReplyDelete
  15. SEOUL GARDEN! i like it very much. the foods were good!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...