Entry terbaru

Nak yang biasa ke, nak yang baik punya?

Salam kepada pembaca setia blog Bobo!

Nampaknya tahun 2012 ni dah jarang update blog, hari tu memang agak busy skit. oleh itu masa untuk berblog hilang begitu saja. Insya Allah jika diberi kelapangan, blog ni akan ter'update'. kehkehkeh.. 


Owh ye! last week aku sempat hantar motor ke bengkel untuk diservis sebab lama gila kot tak guna motor tu. Asyik kehulu kehilir dengan kereta sampai lupa tanggungjawab aku pada motor tu. huhu.. Nasib baik boleh start lagi. Mula-mula budget yang diperuntukan untuk repair motor tu dalam RM50 je. Tapi bila dipukau oleh pomen tu, terus terbang RM150 aduyaiii! 

Macam-macam dia offer. Soalan yang selalu ditanya, "abg nak yang biasa ke, nak yang baik punye?" Tu yang malas nak servis tu. Niat nak repair mana patut je, last-last kopak gak lah dibuatnya. Kalau tak terbang motor aku lepas ni, siap la Pomen tu!!

Masa pomen tu tengah transform motor aku tu, aku sempat lah tengok cara orang minta kerja nak jadi pomen. hehe. Ingat kerja ofis je kena interview ke? Nak jadi pomen pun kena tau! hee.. Tapi cara dorang ni lain sikit la, agak menguji ketahanan mental. Kalau tak perform masa interview, maunye spanar melekat kat dahi! hehe. Kesian aku tengok budak yang nak kerja tu. Kelakar pun ada gak. Nak cerita pun susah sebab dorg gecek kelate la..

Lepas budak tu balik, aku dengar bos kata memang nak bagi dia kerja tu. Alhamdulillah berkat kesabaran dia masa interview tu dapat juga dia kerja.

Dunia ni indah jika kita mampu melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut. :)

ps: Sorry ye rakan-rakan blogger sekalian. Minggu ni tak dapat nak singgah ke blog korang semua sebab Sabtu Ahad ni ada kursus la pulak! hmm.

13 Comments
Tweets
Comments

13 Comments:

  1. Servis baik, barang pun baik, haruslah lebih mahal... :)

    ReplyDelete
  2. Bukan senang nak dpt keje zamam sekarang. Tgk tu lah, nak jasi pomen pon kene inteebiu gak kan.

    ReplyDelete
  3. biasa la pomen..
    kene tahu la ape yg die nak tuka tu..
    kalo x..kne cekik la nanti

    ReplyDelete
  4. wah posmen pun interview.. susah tol nk keje skunk..

    ReplyDelete
  5. wahhhh akhirnya ekau update jugak.. haha poie mano yang sibuk bebonar tu?

    ReplyDelete
  6. patutla jarang nmpk bobo :)

    xpa, selesaikan dulu apa yg patut yaa

    ReplyDelete
  7. saya selalu pakai barang yg biasa jer sebab murah sikit...

    ReplyDelete
  8. nak kerja posmen pon kena interview jugak.. ish3..

    ReplyDelete
  9. saya kt kampung...jarang2 dapat balik...nak update pon jadi malas....

    ReplyDelete
  10. tahu takpe..sekali da masuk kedai motor..nak servis...mcm2 dia offer suruh tukar...HAHA~

    ReplyDelete
  11. maknanya budak yang mintak kja ni bersungguh2 nak keja

    ReplyDelete
  12. melawat tuan blog. melihat dari pelbagai sudut? means? hihi

    ReplyDelete
  13. urm betul gak tu beb
    skrg ni..nak ade keta ke moto ke smua guna duit
    nak guna transportation awam
    mmg tahap kesabaran kena tinggi la kan

    #rezeki budak tu dpt keja..syukur =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...