Entry terbaru

Nikmati Nasi Daun Pisang Bangsar

Aktiviti hujung minggu memnag pack! sebab tu busy je memanjang haha. Bila otak dah serabut denga kerja yang berlambak, mula lah berfikir macam mana nak release tension. So, hujung minggu memang masa yang paling ideal untuk bersuka ria! :)

Aktiviti Pertama mestilah makan! hehe Destinasi yang dituju ialah Bangsar Village @Restoran Nirwana Maju di Jalan Telawi 3. First time makan nasi daun pisang ni. Ramai gila orang kat situ. Disebabkan ramai orang, kena beratur orang nak order sambil berdiri. Mungkin lepas ni pemilik restoran kena fikir untuk besarkan restoran tersebut.


First time makan lah katakan, order Ayam goreng,sotong and Kari Daging je. Tapi yang sampai haaa amik ko! banyak la plak! Tak tahu plak nasi tu datang dengan ikan bilis goreng tepung, papadum, dhal, sayur, cili bagai.


Tapi disebabkan lapar bebenor, habis jugak kami melantak makanan ni hehe. Servis kedai ni terbaik! walaupun ramai orang tapi cepat order sampai. Nasi di alas menggunakan daun pisang sebab tu cepat kot. Nasi dan lauk paukntya biasa je kot, tapi yang menariknya ia disaji di atas daun pisang tu, so meningkatkan selera gak lah.


Ayam goreng tu maybe Ayam Dara kot, sebab rasa dia macam ayam dara lah hehe. Boleh rasa perbezaan dia dengan ayam goreng biasa. Nama pun restoran mamak, memang tak sah lah kalau tak de kuah kari kan? Macam-macam jenis kari ada. Yang dalam pinggan kecik tu kari daging kambing. Tip Top!


Ni sotong yang digoreng bersama cili. Lembut gila weh. RM10 sepinggan ye! wow! Kalau tak silap ni pinggan kecil. Boleh makan untuk 4 orang.


Cer teka ni apa? Nampak pelik betul, tapi bila tengok betul-betul ni ialah ikan bilih yang di goreng dengan tepung. Laaaa. Ikan bilis je. Tapi bisa buat kita kenyang! Rangup.


Ni makanan favourite yang mesti kena ada. Tak pesan pun, dia memang bagi. Tak sah lah makan kari tanpa papadum. :)

Ok, destinasi seterusnya  dalam entry yang akan datang :)

17 Comments
Tweets
Comments

17 Comments:

  1. uih tengok pun dah terliur dah ni,camne?

    ReplyDelete
  2. kat bangsar ea? nak cuba jugak la...hari tu try cari seuol garden x jumpa la...huhu..kempunan btol..last2 tibai nasi goreng lamb chop kat jombali(betul ke tak eh nama restoren ni) area setapak...boleh tahan la...

    ReplyDelete
  3. yuhuuuu.lama tak jenguk bobo.wahh nasi daun pisang meyh.sedapnye.meleleh ayaq liuq nie.next time leh fahz try nie.uhuuu lapaq pulak.

    ReplyDelete
  4. sampai pun ko jalan telawi....

    ReplyDelete
  5. destinasi akak, makan2 di dapur di rumah sendiri.. issshhh almaklum minggu ni en somi shift petang.. so berempat le makan kat rumah jer, nak bawak makan luar takut hilang plak anak dara mama.. isshh

    ReplyDelete
  6. apsal tak ajak kiteeeee!!
    :'(

    ReplyDelete
  7. perghhh! menyelerakan! bp org mkn nihhh ?? -,-

    ReplyDelete
  8. Saya memang tak kan makanlah cara ini, sbb biasanya restoran spt ini dimiliki oleh kaf ya lam nga bukan mamak.

    Oh ye pagi tadi dengar lagu Bobo di Sinar FM... nyanyian Hamidah Ahmad...

    ReplyDelete
  9. knp nak release tension je org pegi makan2? ngeeeeee.....

    kalau org jawa makan nasi daun pisang ni dipanggil nasi ambeng.. sedap... pnh try?

    ReplyDelete
  10. saya nih nama ja org bangsar, tp jarang2 masuk bangsar village...huhuhu

    ReplyDelete
  11. salam;
    kalau pasal makan semestinya sedap..

    ReplyDelete
  12. Halal ke kedai ni? rasanya macam tak je..

    ReplyDelete
  13. hee..kalau tension je..mesti nak cari makan kan...haha..

    > nampak sedap tu...banyak...heee~

    ReplyDelete
  14. nampak mcm sedap!!! ahhh tertibe lapar

    ReplyDelete
  15. memang menyelerakan lah nasi daun pisang tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...