Entry terbaru

Review: Bunohan

Filem Bunohan ni wajib ditonton oleh semua rakyat Malaysia sebab filem ni berkualiti dan mesej yang diselitkan juga mantap! Korang boleh dapatkan sinopsis di blog Budiey. Ramai gak yang dah review cakap filem ni best. Entry nak just nak cakap pasal 3 watak utama dalam filem ni.


Banyak pengajaran yanng boleh kita lihat dalam filem ni. Di permulaan cerita agak pelik dengan perangai budak kecil tu dan orang-orang kampung sibuk cakap pasal semangat yang merasuk. Bila dah tengok sampai habis baru lah faham.

Budak kecil tu dikatakan telah dirasuk dengan semangat(Main Puteri) ayah Adil, Ilham dan Bakar iaitu Pak Eng. Pak Eng merupakan bekas Tok Dalang Wayang kulit.

Adil - Bunga Lalang(Zahiril Adzim)
Beliau merupakan jaguh muda yang terkenal. Mencipta nama besar di gelenggang Muay Thai tapi akhirnya mati sebab diracun.

lham(Faizal Hussein)
Beliau merupakan abang kepada Adil. Mencipta kerjaya sebagai pembunuh upaha haha. Kembali ke kampung halaman untuk mencari taget seterusnya mengikut arahan. Yang dicari bukan lah orang lain, tapi adinya sendiri. Beliau sanggup mengorbankan dirisendiri untuk menyelamatkan adiknya. Datang sebagai pembunuh dan pergi sebagai penyelamat.
  
Bakar(Pekin Ibrahim)
Beliau juga merupakan salah seorang abang kepada Adil. Pulang ke kampung kononnya berniat baik untuk menjaga bapanya yang sudah tua. Tapi nampaknya ada udang disebalik batu. Beliau cuma ingin mengaut keuntungan dengan menjual tanah pusaka ayahnya yang turut dimiliki oleh Adil dan Ilham. Pada mula nampak baik tapi sebenarnya jahat.

Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam filem ini, tapi filem ini berjaya menyampaikan mesej. Betul ke cerita ni kurang mendapat sambutan? Mungkin penonton malas nak serabutkan kepala nak berfikir mesej-mesej yang hendak disampaikan kot.

Secara keseluruhan filem ni terbaik! Bobo kurniakan 4/5 bintang! :)


Komen Penonton
Bunohan, terbaik..lama tak tengok movie macamni kat pawagam..kena tengok gang.One of the best Malay film I've seen in the last 10 years. Banyak metafora dunia sekarang..fuhh nak tengok lagi.Meh kawan2 jom kita support film macamni..suka sangat macamana ceritanya digarap.Pacing nya slow tapi its not your typical type of film..
filem ini bakal menjulang nama Malaysia dipersada dunia..Oscar tak mustahil kerana filem ini telah mendapat reaksi dan kritikan yg positif di mata dunia.. psl sambutan org Malaysia susah nak ckp lah..tahap pemikiran dan motif penonton kat Malaysia masih ditakuk lama dan hanya semata-mata nak berhibur bukan nak serabutkan otak berfikir..

6 Comments
Tweets
Comments

6 Comments:

  1. macam best..tunggu orang daunlud la nampaknyer..hehe

    ReplyDelete
  2. ceta camni r bagos tgk, da lama kot tader ceta cenggini, tak terpikir ke apa...hummm

    ReplyDelete
  3. blom tengok lagi citer ni, tunggu masa nak download...

    ReplyDelete
  4. ramai orang kata filem ni best tapi akak x berpeluang pun nak tengok.. baca review macam ni ok gak, macam dah tengok jer..

    ReplyDelete
  5. hee...belum tgk lagi filem ni...kena tgk ni..:D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...