Entry terbaru

Aaron Aziz Menang Pilihan Raya Umum Dun ABPBH

Salam pembaca sekalian,

Abaikan tajuk yang mengarut tu! ni semua idea kaki politik yang tak sudah-sudah bertikam lidah untuk menegakkan kefahaman dan idealogi masing-masing. Bobo malas ambil port, so nak cerita sikit pasal kontroversi ABPBH 2011 bukan 2012 tau! ABPBH 2012 tahun depan pada 2013 nanti hehe.

Ramai pembaca masuk blog bobo untuk baca kisah kontroversi Aaron Aziz sebelum menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian pada Ahad lepas. Kalau ada yang belum baca, teruskan membaca hehe.


Semua orang tahu Aaron Aziz menang besar malam tu kan? So macam biasalah adat pertandingan menang kalah. Yang menang perlu bersyukur, dan yang kalah perlu menerima dengan hati yang terbuka. Tetapi, cerita yang kurang enak didengar bila Zed Zaidi buat kenyataan di Twitter miliknya yang menunjukkan beliau tidak berpuas hati kemenangan Aaron Aziz.


Tak sampai beberapa minit cerita ini tersebar sejurus selepas tamatnya majlis tersebut. Zed Zaidi dikecam hebat semestinya oleh peminat-peminat Hero KL Gangster 2 itu. 


Namun Aaron Aziz dengan rendah diri membalas kenyataan Zed Zaidi pada wartawan yang bertanyakan  isu tersebut, 
Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu “periuk nasi” Zed Zaidi selama ini. 

“Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,”

Walaupun dikecam hebat, Zed Zaidi masih tetap berpegang dengan prinsipnya dan bertanggugjawab terhadap statement yang belia buat dimana sekalipun. katanya. Baca kenyataan balas Zed Zaidi terhadap isu ini di blog peribadinya untuk penjelasan lanjut.

WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA…!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM… DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!

Apa-apa pun, harap isu ini tidak berpanjangan lah ye. Kita rakyat Malaysia dan penyokong industri seni hiburan tempatan perlu paham isu macam ni. Jangan kita merosakkan lagi keadaan dengan caci maki, atau hinaan. Tanpa kita sedar, perbuatan kita tu lah yang membantu merosakkan industri. Hiburan ini semua adalah untuk kita.

Zed Zaidi mempunyai kepentingan dalam isu ini. Beliau mengeluarkan kenyataan kerana kapasiti beliau sebagai seorang pemimpin persatuan Seniman.

Teruskan menyokong industri hiburan tanah air kita! Tapi jangan sehingga melupakan tuntutan Agama :)

CHILL!!


11 Comments
Tweets
Comments

11 Comments:

  1. Aaron aziz memang smart!! alaaa toksah nak gadoh sangat..tgk shaheizy sam..relax je bila kalah, walaupun dalam hati merana hahahaha

    ReplyDelete
  2. kenapa zedzaidi tu mcm budak2 je....ko nak salahkan sapa zed?kenape ko tak salahkan producer dan director yg amik pelakon luar????cakap jela ko takut hilang tawaran belakon nanti bila ko marah mereka..tu yang aaron jd mangsa tu..kui3x...zed...zed..hati kau memang keras

    ReplyDelete
  3. hurm... mungkin permintaan sekarang lebih kepada artis2 macam aaron aziz... yang memberi kita kepuasan dalam menonton... dah rezeki abg aaron dapat banyak tawaran, oleh itu ramai la yang undi dia... sama gak macam sam, dan artis2 lain yang pernah menang sebelum nih... kalau tanya pada org ramai x ramai yg alert kelahiran mana aaron aziz tu... asalkan dia memajukan industri filem kita.. itu sudah bagus... benar gak kata zed zaidi... solutionnya, artis yang warganegara Mlaysia kena berusaha keras lah untuk mendapat banyak kontrak dari producer.. dan kalau dah rezeki boleh menang sebagai bintang paling popular... isu nih sama jer macam kes lagu2 indonesia di Malaysia dulu...kan bobo???

    ReplyDelete
  4. pehal mamat tu tak puas hati plak? kalau nak menang tahun dpn masuk bertanding la!! TU PUN KALAU DIA TERCALON LAH.

    ReplyDelete
  5. Jadi artis ni bnyk dugaan bnyk gak dosa.. :)

    ReplyDelete
  6. pada mama zed jebat moden malaysia.. memang patot pon aaron dikritik,.. dia menang pun sebab dialog OR yang jiwang habis tu jer...

    ReplyDelete
  7. abg aaron ajis... wuhhuuu..

    ReplyDelete
  8. smpai mcm tu 1x ka.. ala bakat masing2 , rezeki masing2 nak buat cane..

    ReplyDelete
  9. habis semua duk boikot ZZ ..

    ReplyDelete
  10. dah rezeki dy, nak buat macam mana. ke nak aku ulang balik dialog singh dlm ceta P.Ramlee tuh

    "dy punya rezeki dy makan, awak punya rezeki awak makan, apa salah kita makan sama2"

    betoi kat ayatnya, hahhaha. kira dekt2 r tuh.

    ReplyDelete
  11. Aku Peminat Tegang Aaron Aziz11/4/12 2:36 PM

    serius se zed ni macam bebudak...... menyampah aku tengok....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...