Entry terbaru

Bawaku Pergi


Lirik Bawaku Pergi Kaka feat. Zizan


Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


Download MP3

Satu lagi hasil karya Malique yang kreatif. Tapi sedikit kecewa dengan keputusan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebab mengambil keputusan untuk mengharamkan penyiaran lagu tersebut. Apa ni?

Kata Malique:
Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerna itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.


Ingat tak Iklan dengan Popcorn dulu?

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.


Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan
(Presiden PIBGN)

Alasan:
Lagu tersebut mempunyai mesej negatif dan boleh mendorong remaja lari dari rumah.

Korang rasa-rasa lah kan, kalau si Achong yang rungut suruh haramkan lagu ni, adakah kerajaan Malaysia akan dengar? :)

Walhal lagu Inggeris punya la banyak lirik negatif kan? Kenapa tak haramkan? Jawab le!!! Itu patut disekat terlebih dahulu kalau betul-betul tak nak pengaruh negatif dari lagu tersebar. Macam-macam lah korang ni, dah nak dekat bulan Jun ni semakin banyak benda pelik-pelik dibuat. hmm.

Tapi yang bestnya! Radio SuriaFM masih lagi menyokong hasil karya Malique ni, tiap-tiap malam lagu ni berkumandang di radio. Radio lain tak ada tau! Jom dengar SuriaFM!


13 Comments
Tweets
Comments

13 Comments:

  1. dia fikir -ve tentang lagu tu..orang lain tak terfikir pon lagu tu bawa unsur -ve.. pelik!!

    ReplyDelete
  2. kalau lagu ni khas dibuat tuk pasangan suami ister, sy sgtlah suka, suka gilerlah jawabnya. tp if tuk anak muda, tak reti plak nak kata apa...

    ReplyDelete
  3. Kipas Susah Mati Neelofa10/4/12 5:11 PM

    Memang kerajaan Malaysia BODOH! lagu mcm ni pun nak diharamkan.. Kasi tumbang itu BN la!

    ReplyDelete
  4. Lagu ni best..saya suka!!!!!! Malik memang tersangat kreatif.. laggu dia yang dengan jamal tu best! tapi hairanlah kenapa dia tak nak keluar ke khalayak umum ek?

    kesian jamal nak cari orang nyanyi duet dgn dia untuk lagu 'aku maafkan kamu' tu...

    ReplyDelete
  5. Eh tu bini dia ke? a'ah laaaaa.. yang dalam iklan dengan zizan nin dulu kan? cantik shioooooooooooot!

    ReplyDelete
  6. Ayie: yup :) mana link blog kamu?

    ReplyDelete
  7. ara dgr lagu stkt suka2 jew.. xde smpai nk tpengaruh.. tu la lagu omputih byk yg teruk2 tpi xharamkan plak..

    ReplyDelete
  8. Kerajaan kita takut ramai anak muda lari rumah tapi menggalakan anak muda jadi mat rempit, bohsia, mat dadah dan seangkatan dengannya...

    ReplyDelete
  9. Kerajaan masih lagi tak sedar yang rakyat Malaysia sudah bijak menilai mana baik mana buruk.. kerajaan ingat rakyat dia masih boleh dibodoh2kan ker? SILAP BESAR LA.. wait and see during election nanti!!!

    ReplyDelete
  10. lagu nie.. best.. tapi sayang..

    ReplyDelete
  11. sebelum ade lagu ni pon budak2 mmg dah sedia suka lari dri umah... cehhh.. nak salahkan lagu pulak..

    ReplyDelete
  12. Blogger Kerajaan11/4/12 2:37 PM

    agak-agak sikit cakap tue bro

    ReplyDelete
  13. ada yg tak paham maksud lirik2 lagu ni...jgn la asyik fikir -ve je..adoii...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...