Entry terbaru

Budak Terpinggir

Beberapa hari ni asyik terfikir je nak update entry ni. Korang pernah tak rasa terpinggir atau disisihkan masa korang kecil-kecil dulu? Aku ada pengalaman nak cerita ni hehe.


Biasalah budak-budak lelaki, suka main tembak-tembak kan? Masa aku kecil, permainan ni lah yang paling aku suka sebab mencabar. Perasaan nak main tembak-tembak ni makin membuak-buak lepas tengok cerita perang. Kononnya nak tiru cara askar dalam movie tu hehe. 

Teringgin sangat nak jadi Leftenan Adnan masa tu, siap lakonkan semula scene-scene dalam cerita tu. hehe. *Aku juga pelakon yang hebat! HAHA

Disebabkan pengaruh tu terlalu kuat, aku pun mintalah mak duit untuk beli pistol yang berpeluru plastik tu, tapi kena beli arang dia. Tak mahal pun masa tu. Entah ada jual lagi ke tidak pistol tu. Tapi sebelum tu main pistol kayu tu.


Dulu kami siap ada team masing-masing. Askar jahat dan askar baik. haha entah kenapa ada baik jahat pula kan. Senang cerita, aku cekap dalam menembak ni. Kecik-kecik dah jadi penembak tepat woww.. Satu hari tu masa main game ni, aku tertembak kepala seorang budak ni. Dah kena tembak mesti lah sakitkan? Bukan dia sorang kena, kawan-kawan yang lain pun kena gak.

Disebabkan kemahiran aku tu, aku disisihkan untuk bermain game tu. Sedih tau bila dapat tahu kawan-kawan dah tak nak main dengan kita. Bukan salah aku, dah memang aku mahir tembak menembak ni, nak buat macam mana kan? Lepas pada tu, main tembak-tembak anjing je sorang-sorang, lama kelamaan minat pun hilang.

Arghh sedih la plak.

Kbai.


3 Comments
Tweets
Comments

3 Comments:

  1. hahaha..lain kali bobo..kdg2 kena b'lakon buat2 xpndai main..haha..pdn muke..;p

    ReplyDelete
  2. hahaha..sian nye..jd hero pun salah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...