Entry terbaru

Hotfm Krew vs Johara

Ni bukan entry nak promote mana-mana stesyen radio ye! 


Antara 2 segmen ni yang mana korang paling suka?

Setiap pagi sebelum keluar pergi kerja mesti ramai diantara kita yang buka radio dan tercari-cari radio mana yang best untuk didengar. Kebiasaanya segmen pagi yang best kan?

Korang perasan tak Dj radio makin lama makin ramai? Ape kejadahnya semua ini? HAHA. Kalau dulu, satu segmen seorang je Dj. Sekarang ni, satu segmen sampai 3 orang, 4 orang dia letak. Semuanya sebab nak cari perbezaan dan kelainan.

Kalau disuruh pilih antara 2 ni. Aku akan pilih Johara Pagi Era. Sebab memang riuh betul konti Era sejak Johan Rajalawak (Pemenang Anugerah Pelakon Komedi Paling Popular 2011) join Era. Kalau nak kenal "mak jemah" sila lah dengar Johara Pagi Era.

Hotfm Krew macam dah hilang sengat la. Tapi Dj-Dj masih lagi mantap! Farah Fauzana menang 2 anugerah masa ABP haritu, Faizal Ismail pun menang anugerah Dj lelaki Popular. Itu menunjukkan Hotfm krew masih lagi popular dan ada peminatnya tersendiri.

Dah lama aku tak dengar Panggilan Hangit, orang kata Panggilan Hanggit dah kurang menyengat kalau nak bandingkan dengan yang dulu. Kalau dulu panggilan hangit ni lah yang paling dinanti-nanti, walaupun tak elok kenakan orang,tapi best gak dengar kadang-kadang hehe.

Radio SinarFM pun tidak kurang hebatnya, gabungan Raja Azura, Salih Yaakub & Khairil Rashid. Radio nombor satu Malaysia tu!!


13 Comments
Tweets
Comments

13 Comments:

  1. dulu teman hari2 dengar hot fm.
    dalam sebulan ni teman asyik dengar era je

    ReplyDelete
  2. yang sinar fm tu dengar waktu malam sebelum tidur sebab lagunya best...jiwang sampai lena hehehee

    ReplyDelete
  3. aku pilih johera. tapi pact aku dgr hitz fm jj and ean..hihihi..diorang ni lagi kelakar dan sengal...

    ReplyDelete
  4. rasanya JOHARA lagi best la..time pagi2 tu...sketsa di JOHARA tu...mmg pecah perut gelak...hee~

    ReplyDelete
  5. sy suka hot.fm.. yup2 panggilan hangit tak mcm dulu lagi.. kurang hangit hahah.. kalo tak hot.fm, hitz fm.. sbb nak dgr gotcha! haha

    ReplyDelete
  6. aku lagi suka johara pagi era. tp jujur aku ckp aku menyampah dgn dj hotfm.. yelah, mana ada rancangan media prima ada je dorang sebagai pengacara. menyampah.

    ReplyDelete
  7. eh2.. pagi di sinar bukan kak engku, salleh yaakob ngn krill ka?? halim othman bukan suria fm ke? huhuhu

    ReplyDelete
  8. Saya suka dgr Sinar :)

    ReplyDelete
  9. pagi2,kalau ada masa dgr radio..mmg 3-3 siaran nie lah yg jadi tmpuan..memang pagi2 dia letak dj2 yang best2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...