Entry terbaru

Keputusan Semi Final UEFA Champions League : Barcelona vs Chelsea


Keputusan semi final memihak kepada Chelsea dengan jaringan 2-2. Ini bermaksud Chelsea layak ke final dengan agregat 3-2. Harapan untuk melihat Barcelona melangkah ke final buat kali keempat berturut-turut musnah apabila tewas di tangan Chelsea.


Analisa perlawanan:

Barcelona menunjukkan gaya permainan yang memuaskan sehingga menjaringkan gol yang pertama menerusi Busquets pada minit 35" dan tampak lebih selesa apabila Iniesta pula menyumbat masuk pada minit 45". Namun beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama, Chelsea berjaya menjaringkan gol pada minit 46" hasil jaringan Ramires. Keputusan separuh masa pertama Barcelona 2 - 1 Chelsea.

Pada separuh masa kedua makin menarik apabila Terry dilayangkan kad merah kerana mengasari Alexis Sanchez. Barcelona bagaikan buntu untuk menembusi pertahan Chelsea yang sangat kebal. Seperti Liga Malaysia, pemain berkampung di dalam kawan kotak penalti. Kemudian Drogba digantikan dengan Fernando Torres. Dalam masa Barcelona berusaha keras untuk menjaringkan gol, kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Torres untuk menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit 90". 


Bagi peminat Barca, keputusan semi final ini pasti amat menyedihkan. Sedih gak tengok Messi huhu. Chelsea akan mara ke final akan bertemu Bayern Munich/ Real Madrid pada 19 May 2012. Rasa-rasa Bayern kot.

p/s: Jom vote Bobo untuk Digi Wwwow Awards LINK

6 Comments
Tweets
Comments

6 Comments:

  1. syabas chelsea..aku dah muak dengan barcelona ni..

    ReplyDelete
  2. semalam subuh kan main? huhu

    ReplyDelete
  3. Barca Supporters25/4/12 7:57 PM

    siot la chelsea main pengecut!!!!

    ReplyDelete
  4. kecut xkecut la main 10org aje.. nk main cntik sgt la kan..amekaww!!lain kali xmau ckp besar maaaa!!

    ReplyDelete
  5. Chelsea main macam siot...........

    ReplyDelete
  6. semua salah messi... sapa suruh penalti tak score.. bodoh punya messi !!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...