Entry terbaru

Kes murtad di Malaysia



Malaysia merupakan negara Islam. Namun banyak isu murtad yang berlaku yang disiarkan dalam akhbar. Itu yang kita baca, yang disorokkan untuk menjaga kepentingan sensitiviti? Di Malaysia memang wujud pertubuhan/pergerakkan untuk memurtadkan orang Islam.

Pernah tak kita terfikir apa jadi dengan mereka yang murtad tu? Hidup dengan aman dan tenteram ke? Tidur malam tak mimpi ke masa kecil-kecil mak ajar mengaji? Kalau korang masih ingat, kes murtad yang paling popular ialah kes Lina Joy rasanya.

Antara kes murtad yang popular:

1. Natrah
2. Azlina Jailani @ Lina Joy
3. Siti Fatimah Abdul Karim
4. Nor Aishah Haji Bokhari
5. Jamaluddin @ Yoshua Bin Othman
6. Siti Fatimah Tan

Lepas tu ada banyak kes terpencil yang tidak diumumkan. Kes murtad ni tidak ada statistik yang dibuat, kalau ada, memang malu lah Malaysia sebagai negara Islam. Yang terbaru kes 2 beradik mohon murtad yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

PULAU PINANG 18 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan sehingga 10 Mei ini keputusan bantahan awal kes dua beradik yang memohon mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).
Hakim Syarie, Othman Ibrahim menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan mahkamah menyediakan alasan penghakiman sebelum keputusan kes dibuat. Dalam kes yang difailkan penghujung 2010, Roslina Abdul Rashid dan adiknya, Rosli masing-masing berumur 30-an selaku plaintif, menamakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai defendan.
Permohonan itu dikemukakan berikutan undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 memberi kuasa kepada mahkamah untuk mendengar dan memutuskan semua tindakan serta prosiding membabitkan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam.                      - UTUSAN
Kekadang terfikir juga, kenapa mereka ni beriya nak tukar agama? seronok sangat ke pegang gelaran murtad tu? Antara sebab-sebab yang  memungkinkan ialah:

1. Supaya bebas keluar masuk kelab malam, minum arak, keluar masuk hotel dan sebagainya.
2. Tidak mahu di bebani dengan cara hidup sebagai seorang Islam.
3. Boyfriend awang hitam yang mempengaruhi untuk menukar agama.
4. Merasakan Allah tidak bersifat adil pada dirinya.
5. Dapat PAHALA yang besar ke?

Jom kitaa baca tentang hukuman ke atas orang-orang yang Murtad.

Hukuman ke atas orang murtad adalah merangkumi lelaki dan wanita tanpa ada perbezaan antara keduanya (Mustafa al-Khin. 1996 : 468). Walaubagaimanapun, menurut pandangan mazhab Hanafi wanita yang murtad tidak boleh dibunuh tetapi hendaklah dipenjarakan dan diminta bertaubat pada setiap hari. Sekiranya wanita tersebut bertaubat, maka dia dibebaskan daripada penjara. Tetapi sekiranya dia tetap ingkar maka dia akan dipenjarakan semula dan begitulah yang akan dilakukan sehinggalah dia mati (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 315). Apabila seseorang lelaki atau wanita melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kekufuran, maka hukum-hukum berikut adalah terlaksana ke atas mereka;

Pertama : Wajib meminta supaya bertaubat dengan segera, kerana berkemungkinan seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan kufur kerana syubhah, ataupun kerana kemarahan yang amat sangat, maka kewajipan pemerintah ketika itu ialah menasihatinya supaya bertaubat dan kembali kepada kebenaran (Mustafa al-Khin. 1996 : 468). Berdasarkan pandangan mazhab Syafie, hendaklah bertaubat dengan segera dan sekiranya tidak bertubat terus dibunuh (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 322). Walaubagaimanapun menurut pandangan mazhab Hanafi meminta untuk bertaubat hanyalah sekadar sunat dan diberi tempoh untuk bertaubat selama tiga hari (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 320)

Kedua : Memberikan amaran kepada orang yang murtad tersebut tentang hukuman berat yang akan menimpanya sekiranya dia berterusan dalam kekufurannya itu (Mustafa al-Khin. 1996 : 468).

Ketiga : Wajib dibunuh orang yang murtad itu sekiranya masih berdegil dan enggan bertaubat. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW : Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia. Dalam hadis yang lain, sabda Nabi SAW : Tidak halal darah seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah melainkan dengan tiga sebab : membunuh manusia, orang yang telah berkahwin dan melakukan zina dan orang yang meninggalkan agamanya (meninggalkan jamaah) (Mustafa al-Khin. 1996 : 468).

Secara umumnya, gejala murtad yang berlaku di Malaysia telah menunjukkan satu trend peningkatan yang amat membimbangkan. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar umat Islam yang murtad, namun kes-kes yang dilaporkan oleh media massa, selain yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah ternyata semakin bertambah. Sehingga kini boleh dikatakan belum ada satu penyelesaian yang benar-benar konkrit bagi membendung gejala murtad ini walaupun sesetengah negeri telah memasukkan peruntukan yang khusus mengenainya di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti yang terdapat di Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan beberapa negeri lain.


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ
“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)…..”.


Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil 
Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH

13 Comments
Tweets
Comments

13 Comments:

  1. oowh ade peringkat gk ye..ingt trus bunuh je..huhu

    ReplyDelete
  2. tak sampai bala lagi kat diorang. tak nampak lagi keburukan di atas tindakan diorang sb tu diorang sambil lewa nak buat camtuh. tak tahulah nak kata apa. punca tu yg pelik tuh..takkan tader didikan agama lansung kot.

    ReplyDelete
  3. tetiba rasa sayu hati baca entri ni. knp agaknya smp ada yg sanggup nk jd murtad? Nauzubillah.. terkongkongkah hidup sbg seorg ummat Islam? terbataskah hidup sbg seorg Islam? tidakkah mereka sedar bahawa perkara yg Islam larangi itu ada utk kebaikan mereka??? semoga mereka yg murtad ni mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT. minta dijauhkan perkara sebegini dari keluarga kita juga.

    ReplyDelete
  4. ya allah, tetapkan la imanku..

    takut ehh dengan dorang ni.. nape perlu nak isytihar diri tu murtad? bangga sangat ke jd org kafir? pelik

    ReplyDelete
  5. Nauzubillah..minta dijauhkan dari kita murtad ni..

    ReplyDelete
  6. astaghfirullah..jauhkan la dari kita pengaruh macam ni.

    mungkin sebb sebb nak murtad mcm yg ko listkan tu betul kot. kalau ya mmg sebab yg pentingkan diri.

    ReplyDelete
  7. dorg murtad sebab dorg baru sedar yg islam ni bukannya agama yg 100% benar..jd bagi saya tidak ada salah nya jika ada org yg keluar dari islam ini,jika utk mencari kebenaran..jika murtad ni,hukuman nya dari segi agama islam ialah hukum bunuh..agama teroris lah namanya..suka hati empunya badan utk mencari ketenangan dalam beragama..I LOVE JESUS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you dont know Islam, and you have no idea what u talking about..Islam itu benar dan AlQuran itu sentiasa tepat..anda tidak mengkaji Quran kerana itu anda menafikan kebenarannya.. Ramai saintis Eropah yang memeluk Islam kerana terkesima dengan isi kandungan Quran .kerana apa?kerana mereka mengkaji.bukan bercakap kosong tanpa berfikir dan menyelidik seperti saudara

      Delete
    2. Everybody has their rights to what they believe. Religion cant be force.

      Delete
  8. kita jangan pelik..sebab Allah pemegang hati manusia..dan boleh dibolak-balikkan..doalah supaya ditetapkan Iman.kita semua belum tentu pengakhirannya

    ReplyDelete
  9. This is rubbish....x agama yg membenarkn umatnya mlakukan dosa...kalo korang rsa agama lain bnarkn umatnya kluar masuk disko ...kamu silap...sila belajar sblum ckap banda ni...ini tin kosong la kamu cakp...beckap bdasarkn pandangan diri yg kononya betul...tlg study sblum menunding jari dgn ajaran agama lain...God bless u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is Malaysia, u study dulu perlembangaan Malaysia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...