Entry terbaru

Kontroversi Isu Aaron Aziz jadi pemangkin untuk ABPBH 2011

Dalam dunia artis ni tidak boleh lari dengan gosip-gosip liar. Kontroversi sedikit sebanyak memang membantu meningkatkan populariti artis. Namun, ia bergantung kepada kontroversi yang tercetus. Kadang-kadang ia juga mampu menggugat periuk nasi dan menjatuhkan artis itu sendiri.

Tapi apa yang berlaku pada salah seorang artis kelahiran Singgapura ni mampu buat kita tergelak. Artis ini yang memiliki badan sasa dan membintangi banyak filem-filem tempatan baru-baru ini dikaitkan dengan isu kad pengenalannya. Nama yang tertera dalam kad pengenalan tersebut bukanlah nama sebenar beliau seperti yang didakwa. Ia hanyalah rekaan semata-mata.



Bagi memuaskan hati peminat-peminatnya, beliau tampil menunjukkan kad pengenalan miliknya yang sebenar dengan harapan khabar angin tersebut dapat dihentikan.


Namun isu lain pula yang timbul. Kini, jari Aaron Aziz pula hangat diperkatakan. Ada-ada saja mereka ni. Lantas Aaron menjawab di Twitter miliknya;


Isu-isu macam ni baru bagus dari gosip-gosip fitnah yang disebarkan. Isu kad pengenalan, isu jari yang buruk kata orang, lepas ni isu apa entah lagi yang akan dikaitkan dengan Hero KL Gangster 2 ni nanti. Rasanya, mungkin disebabkan isu ini, Aaron Aziz akan membawa pulang satu anugerah pada malam ABPBH nanti kot.

Bukan janji tapi pasti! Mengikut undian secara rawak di Facebook, Aaron ternyata menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana telah meraih undian tertinggi itu. Apa-apa pun, tahniah kepada beliau kerana tercalon dan semoga menungguli ABPBH tahun ini.


Siapa undi dan sokong Aaron Aziz sila lah tonton malam kemuncak ABPBH 2011 pada Ahad ini jam 9 malam di TV3, kot-kot ternampak Bobo ke nanti kan? hehe

24 Comments
Tweets
Comments

24 Comments:

  1. dunia artis kita... ic pun jadi hal juga...huhuhu kalau blog bobo takpe juga yer?

    ReplyDelete
  2. haha.. perasan juga.. isu kuku tu tiba2 jadi bualan.. ella sendiri pun bila tengok gmbar tu, memang kuku tu lah yang ella sebut.. nasib baik aaron tu baik je.

    ReplyDelete
  3. wow!!! bobo dapat jemputan ke???

    ReplyDelete
  4. aaron dah penah bg tahu nama die kat trek selebriti mase jimmy jd host..

    ReplyDelete
  5. tanda2 nak menang kut..hihi
    member blogger pun gi sok..dpt 2tiket dri mytv3.

    ReplyDelete
  6. mcm2 je isu2 yg org ckp xda pekdahnya huhu..ehh bobo pegi ke?

    ReplyDelete
  7. pasal kuku pon jd isuu.. bhahaha, kelakau betoii la depa nih..


    eh bobo pg abpbh ?

    ReplyDelete
  8. amboi bobo front seat ke apa

    ReplyDelete
  9. nakal btollah org yg saja nak pekenakan dy tuh..aishh, macam2...

    ReplyDelete
  10. Kalau nak glamour kena ada kontroversi....

    ReplyDelete
  11. laaaaa...dh tuka nama n pic profile...patut la..ingatkn org lain td..lama dh x jenguk ke sini..ape kaba encik bobo yg ensem macho cool?

    org glemer mmg byk dugaan...jgn cepat melatah ok la..cm datok siti..my super idol...cool jer...wife aaron pon cantik kn...sama padan

    ReplyDelete
  12. Itu salah satu job spec nak jadi artis... Kene buat....

    ReplyDelete
  13. oyeahhhhhhhh bintang paling popular tu aaron ajis !

    ReplyDelete
  14. salam;
    Dunia artis ni memang macam tu.

    ReplyDelete
  15. tegelak gak tgk ic mat haron haritu kat fb disebarkan.. sume dok kutuk nama dia tmasuk cp yg ketawa guling2 tak hengat dunia.. haha.. rupanya tu palsu eh? :D

    ReplyDelete
  16. yupp dik, aaron bolot hadiah utama... pas tu kontroversi 'bersih' macam ni le yg bagus punya bukan dikaitkan ngan isu bogel ke, isu main kayu tiga ker, kesian masa depan seni depa kan...

    ReplyDelete
  17. kenapa warga asing asing boleh menang?????? TAK ADIL!

    ReplyDelete
  18. kenapa warga asing menang? sebab kualiti la beb... jangan la marah sangat kalau warga tempatan kita pun tak mampu tandingi dia... artis indon pun boleh popular kalau datang Malaysia... maksudnya? industri seni tanah air kena tingkatkan usaha la... bukan berpeluk tubuh tengok warganegara lain naik di tanah air kita sendiri... even buruh asing pun kualiti lagi bagus daripada warga tempatan... anak bangsa kita kat mana? lepak, mabuk, disko, dadah... macamana nak maju?
    ampun jika tersilap kata... :)

    ReplyDelete
  19. aku pun tak puas hati Aaron Aziz menang.. betul apa Zed Zaidi cakap!

    ReplyDelete
  20. Anti Artis yg Otak Macam Lembu10/4/12 1:20 PM

    Orang yang merosakkan industri perfileman adalah orang2 yg tidak matang, tidak profesional, cepat melenting dan tidak tahu menghormati orang lain seperti Zed Zaidi sendiri!

    Sepatutnya Zed Zaidi lebih menghormati peminat2 filem Malaysia yg telah mengundi Aaron Aziz berdasarkan bakatnya dan impak filem Ombak Rindu sendiri.

    Tahniah Zed Zaidi, anda telah membuktikan yang ….”Tong kosong kuat bunyinya”. Inilah yang susah kalau artis itu sendiri tak menghormati rakan artis yang lain.

    Cuba Encik Zed Zaidi londeh seluar sendiri dan tengok siapa buat seluar dalam anda. Nescaya seluar dalam Zed Zaidi pun orang asing yang buat…kan?

    ReplyDelete
  21. ZED ZAIDI TU MEMANG POYO JE LEBIH..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...