Entry terbaru

Rasa Susah atau Rasuah pilihan anda?



Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

Dalam al-Quran jelas mengharamkan gejala rasuah sebab ia hanya mengundang kepada kemudaratan dalam sistem sosial. Tapi zaman sekarang ni ramai orang tidak sedar dan tidak mampu untuk membezakan antara rasuah dan "hadiah". Hadiah yang dimaksudkan ini adalah satu term yang selalu dipakai oleh orang yang ingin membri rasuah dengan cara selamat.

Ini lah salah satu cabaran umat Islam zaman sekarang. Apa yang kita mampu buat untuk menghidari diri dari gejala ini ialah memantapkan iman dan jati diri kita.

Zaman sekarang ni kita dapat lihat, secara terang-terangan orang memberi dan menerima rasuah. Lihat saja sistem politik kita. "Mereka Islam atas nama tapi kafir atas dunia". Tanpa segan silu mengambil rasuah, songlap,curi, rompak.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

7 Comments
Tweets
Comments

7 Comments:

  1. byk kesan buruk dr rasuah nie...

    ReplyDelete
  2. moga kita dijauhi dri perlakuan buruk ni. amin -.-

    ReplyDelete
  3. xde gunanya kalau dok merasuah je. betul kan?

    ReplyDelete
  4. jgn la beri atau terima rasuah ni..byk effectnya nanti...

    ReplyDelete
  5. good opinion.. lebih baik rasa susah dari merasuah.. memang senang bila terima dan beri rasuah dan senang juga masuk jail.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...