Entry terbaru

Super Spontan Minggu kelima


Super Spontan Minggu Kelima ni rasa macam kureeeng sikit ar. Game banyak yang tak best. Baru memang baru tapi lawak spontan dari perserta tu kita tak nampak sangat. Setuju? Minggu ni kita telah saksikan Riezman telah disingkirkan oleh ahli Angsa Ganas.


Sebenarnya kita boleh jangka siapa yang bakal tersingkir, tengok ada yang diam je dia tu lah akan tersingkir. Jadi, untuk elak disingkir, sila lah berebut masuk gelanggang ok? hehe 


Permainan 1 : Sketsa 2 Ayat
Permainan 2 : Muzik Video Karaoke
Permainan 3 : Ciptaan
Permainan 4 : Sketsa Kesan Bunyi
Permainan 5 : Dikir Spontan

Antara 5 game yang dimainkan, rasanya hanya satu game yang best tengok iaitu Muzik Video Karaoke. Wakil Angsa Ganas, Zizan dan Tauke manakala wakil Beruang Comel, Ropie dan Yasmin Hani.


Tak senonoh Zizan korek hidung atas pentas. HAHA


Pergerakkan Ropie dan Hani paling mencuit hati, cantik jeee. Orang tua-tua kata memang sajak! hehe Mungkin sebab Hani comel kot ;)



Ramai yang terkejut masa ni, tiba-tiba si Amerika ni kena angkat dengan Angsa Ganas kemudian dikunci dalam loker hahaha. Tula siapa suruh mulut tu lancang sangat.

Rumusan minggu kelima
Man of the match : Zizan
Win : Angsa Ganas
Tersingkir : Riezman




Minggu ni kita telah saksikan Angsa Ganas menjadi juara minggu ini. Wang RM 5000 yang diperolehi diberi kepada Rumah Bakti Nur Syaheera.

Jangan lupa saksikan Super Spontan, secara langsung setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (132)

Follow Facebook dan Twitter Rasmi Super Spontan untuk mengikuti perkembangannya. Tengok je ulangan kat Youtube :)



p/s: Jom vote Bobo untuk Digi Wwwow Awards LINK

9 Comments
Tweets
Comments

9 Comments:

  1. paling suka johan, zizan ngn tauke..dorg memang lawak haha

    ReplyDelete
  2. lawak mase amir kena angkt tu.. haha..

    Dtg vote untuk bobo :)

    ReplyDelete
  3. akak asyik lupa jer nak tengok SS sebab anak akak sibuk layan tv iQ... kesian akak kan?

    ReplyDelete
  4. haha takleh blah masa si zizan joget2 tu.. terbahak-bahak gelak

    ReplyDelete
  5. tu la..minggu kelima ni mcm kurang sikit la..game yg muzik video karaoke tu mmg best...zizan korek hidung..sengal...haha..

    > aq suka tgk amir kena sumbat dalam loker tu..mulut takde insurans...haha~

    ReplyDelete
  6. betul laaa...yang Muzik Video Karaoke tu memang lawak..zizan memang giler lah wat aksi korek idung besar dia,hehhee

    ReplyDelete
  7. Muzik Video Karaoke memang lawak..zizan korek hidung besar dia ;p

    ReplyDelete
  8. ada hajat nak layan SS ne..tpi mesti tdk dpt nak tgk ja..

    ReplyDelete
  9. Patut la zizan nampak mcm lain, rupanya dia tak sihat.. kesihan dia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...