Entry terbaru

Zed Zaidi di temubual Melodi TV3



Aaron Aziz dan Zed Zaidi bukannya berebut trofi, tapi bersaing nak tawan hati Siti Saleha ni haaa. HAHA. Takdela!! Ni cerita lama yang pernah ditayangkan dalam slot Samarinda dulu tu tahun 2010. Tak sangka pula Aaron Aziz ni pernah digandingkan dengan Zed Zaidi dalam sebuah drama 25 episod ni.

Ok, bukan cerita Habil dan Qabil yang nak diceritakan ni. Semalam aku sempat tengok Melodi. Nampak Zed Zaidi ditemubual oleh wartawan Melodi tentang isu kemenangan Aaron Aziz di ABPBH tempoh hari.

Bila aku dengar penjelasan dia, buat aku terfikir. Ada benarnya juga kata dia tu. Tapi dia nafikan lah status twitter dia tempoh hari tu dada kaitan dengan Aaron Aziz. Tapi semua orang boleh agak kot kan?


Yang paling aku suka ayat dia "Kalau macam tu, nanti artis korea pun nak datang Malaysia bertanding untuk menang anugerah" hehe. Sebenarnya dia pernah bangkitkan soal artis luar ni satu ketika dulu, tapi tak ada orang ambil kisah, so sekarang ni bila dah ada jawatan dalam SENIMAN, dia bangkitkan semula. Kita faham Zed Zaidi mesej yang dia cuba sampaikan. Jangan risau Bro.. Sebagai Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi dah buat yang terbaik.

Walaubagaimanapun, aku rasa, status dia dalam twitter tu satu kesilapan. Silap dari segi masa dan tempat. Zed Zaidi sepatutnya cool dulu, atau bincang dengan MT SENIMAN ke kan..


Melodi juga ada temubual Aaron Aziz tentang hal ni, tapi Aaron sibuk tengok ejaan Zed Zaidi yang salah HAHA. Lawak betul.   

Bagi aku pula, Aaron Aziz memang layak menang sebab:

1. Dapat undian paling banyak
2. Dah hampir 5 tahun terlibat dalam industri seni Malaysia
3. Mutu lakonan yang mantap.

Apa-apa pun harapnya isu ini habis disini sajalah ye. Kepada mereka yang suka api-apikan sesama manusia tu sila lah rujuk Firman Allah dalam surah al-Hujurat  ayat 10:

"Sebenarnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

1. Berhati-hatilah dengan kata-kata yang diucapkan atau berita disebarkan, sama ada secara lisan mahupun berbentuk tulisan.

2. Jangan mudah percaya berita yang disampaikan sebelum terbukti kesahihan sumbernya dan ketepatan faktanya.

3. Kita dilarang menyebarkan fitnah tetapi wajib mendamaikan pihak-pihak yang bertelingkah. Ingatlah fitnah adalah racun berbisa yang memusnahkan kedamaian.

12 Comments
Tweets
Comments

12 Comments:

  1. untuk zed zaidi, janganlah samakan aaron macam pembantu rumah kan..terok nau !!! :D hukhuk

    ReplyDelete
  2. ehhhh iyakan, prnh plak dorg digandiingkan dulu berlakon..lupa ni hehe

    ReplyDelete
  3. heheheh sy tak kesah sgt apa komen zed zaidi.. tp mmg ada benarnya.. tp ni ekot undian so yang menilai org yg slalu mengikuit perkembangan artis.. mayb diaorg nampak aaron aziz punya lakonan makin maju..xper.. tggu taun depan lagi hana

    ReplyDelete
  4. sy sokong ape yg bobo cakap..masa baca bbm zed zaidi tu..cam pelik jer bunyi nyer...byk blog yg memberi tohmahan kt dia...so to me slagi belum dgr zed ni cakap..cam x aDILKAN NK KUTUK DIA LEBIH2
    tp apa yg zed zaidi katakan..mmg ade kebenarannya..hope ramai yg singgah blog bobo..n baca statement yg bobo tulis ni

    ReplyDelete
  5. sebenarnya aku rasa ramai lagi pelakon malaysia yg lagi layak menang. mungkin anugerah ni xkesah sape2 yg menang, tapi mcm mana industri perfileman malaysia nk maju klau didominasi oleh org singapura? pendatang tetap pendatang.

    aku rasa dia menang sbb cite ombak rindu. tp cite tu aku rasa terlompat-lompat. mcm kurang kesinambungannya. ntah kenapa la org suke gile. mungkin sbb cite tu di adaptasi dr novel hebakk kot

    ReplyDelete
  6. ada betul ada slah nye jugak Zed Zaidi ni.. tpi nak buat cane an pminat AA lgi ramai.. :D

    ReplyDelete
  7. setiap orang ada pendapat masing-masing kan... :)

    ReplyDelete
  8. jujur saya katakan, saya langsung ketinggalan dlm hal2 abph ni.

    cuma saya nampak byk kontroversi tmbul mgenai statuz zed zaidi tu. mungkin saja sudah rezeki Aaron.

    ReplyDelete
  9. pa pe je la tapi aku tetap sokong aaron aziz. wweehhuu...

    ReplyDelete
  10. Peminat Aaron17/4/12 12:48 PM

    Aaron Aziz terbaik di Malaysia!

    ReplyDelete
  11. BUI PUN SETUJU DGN HUJAH ZED TU..TAPI DH REZEKI AA NAK BUAT MCM MANA..HUHU

    ReplyDelete
  12. Korean apanya pulak ni, habistu artis2 yg lain selama ni mmg org luar tp hanya disebabkan mereka tidak Menang category yg you impikan, tak pernah bising pulak?? so apa yg tak validnya?? org tu bkn pendatang asing yang masuk mcm maid or contractors! hujah tu biar dtg dengan fakta & ilmu pengetahuan, if not malu la Malaysia mcmni.. takut sgt dgn persaingan yg sihat & VALID sampai boleh pertikaikan rezeki Allah. sgt memalukan. you're too dumb to be a Vice President.

    and tak pernah tgk Oscars or Grammy Awards ke? Nicole Kidman, Antonio Banderas, Enrique Iglesias, Charlize Theron semua tu orang America ke???? TAK, kan?? I wonder on what basis did they appoint you to take up such a top post because you keep on stating irrelevant judgment, which sounds more like a primary school kid yg compare stuff without any correlation, AT ALL.

    Kalau nk list down satu2 artis kita yang sbnrnya org luar, ramai ok and they're TOP stars termasukla Dato' M. Nasir sendiri. And Aaron Aziz himself adalah ahli kpd Persatuan Seniman tu sendiri. So kalau betulla kenegaraan tu sebabnya, masa registration tu kenapa luluskan???? So basically you're just.....jealous/dengki/tak puas hati because of something personal? maybe? Geez.... org bodoh sombong mcm zed zaidi ni better shut the hell up before embarrasing the industry further.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...