Entry terbaru

Aidil Zafuan batal hasrat cerai isteri


Aik, sekejap nak bercerai sekejap nak baik semula. Yang mana satu yang mereka nak pun kita tak pasti. Kes Aidil dan Rita Rudaini ni masih lagi dalam perbicaraan dan perbincangan mengenai berbaik semula atau bercerai belum lagi dibuat.

Permohonan menarik balik kes tuntutan cerai ini dibuat untuk memulihkan semula rumahtangga mereka dan kembali hidup aman bersama anak-anak.

Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

 

Semasa ditemubual wartawan Aidil meminta Rita supaya menjadi isteri yang baik dan boleh mengikut cakap keluarganya.

Kes ini berpanjangan adalah mungkin disebabkan campurtangan ahli keluarga yang lain. Seeloknya biarlah suami isteri ni suka duka bersama. Orang lain yang terlalu  masuk campur hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.


Ahmad Nazib berkata, permohonan kembali taat terhadap Rita telah difailkan semalam dan notis itu sudah diserahkan kepada peguam yang mewakili Rita.

"Rita akan memfailkan jawapan pembelaan mereka pada tarikh sebutan ditetapkan iaitu pada 18 Jun ini," katanya.

Mengenai kos pembayaran RM250 yang diperintahkan mahkamah semalam, Ahmad Nazib bercadang mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah berhubung keputusan itu.

Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Perkahwinan mereka pada awalnya mendapat tentangan keluarga Mohamad Aidil Zafuan

Diharapkan Aidil dan Rita berbaik semula dan hidup bahagia bersama anak-anak yang comel :)

Mari kita sama-sama doakan yang terbaik buat mereka berdua dan keluarga.


14 Comments
Tweets
Comments

14 Comments:

  1. doakan yg terbaik jelah:)

    ReplyDelete
  2. dalam berumahtangga ni kena ada tolak ansur, isteri mmg perlu dan wajib dengar atau patuh kata suami selagi ia x melanggar perintah agama.. sebagai isteri juga x boleh nak tunjuk ego sgt.. yg paling penting hormatilaj keluarga suami.. kalau isteri sakitkan hati mertua sama juga kita sakitkan hati suami.. kdg2 sbg isteri kita perlu berfikiran positif walau mcm mana pun dugaan yg dtg.. walau siapa pun yg campurtgn tp kalau kita pandai tangani masalah tersebut insyaAllah xkn jadi mcm ni. Isteri mmg byk memainkan peranan... apa2 pun semoga mereka berdua kembali bersama dan kepada RIta jgn lupa minta maaf dgn suami sbb dah banyak aib suami yg didedahkan.. :)

    ReplyDelete
  3. artis mcm ni la.. susah.. doakan yg terbaik ntok mereka :)

    ReplyDelete
  4. x matured lg kot. hewhew. btw seronok dgr dorg x jd cerai :)

    ReplyDelete
  5. baguslah macam tu aidil, jadi bapa dan suami yang bertanggungjawab dan tegas, hormat ibu bapa wajib tapi jangan sampai ikut telunjuk sampai rumahtangga prak peranda, tanya kata hati, tugas suami bukan mudah, x kan nak biar anak2 tanpa ayah, kannnn...

    ReplyDelete
  6. Semoga perkahwinan mereka ni kekal hinga akhir hayat. Sebaiknya keluarga jadi pendengar yang baik daripada masuk campur masalah mereka. Yang penting, restuilah perkahwinan nie dan doakan yang terbaik untuk anak menantu dan cucu2

    ReplyDelete
  7. Rita dan Aidil, terimalah kekurangan pasangan masing2. Rita belajarlah dari kesilapan. Jangan lagi canangkan ketidakpuasan anda pada media. Duduk berbincang secara face to face. Bila kamu hebahkan, seolah2 kamu suka gembarkan-gemburkan dan porak perandakan keadaan. Mengalah bukan bererti kalah. Sheila dulupun waktu mula2 kahwin, tidak dapat restu mak mertua dan semua adik-beradik sebelah suami sehinggakan mak mertua kata, bayang Sheila pun dia tak nak tengok. Tapi Sheila tetap patuh pada kehendak suami Sheila yang suka bawa Sheila balik rumah mertua. Dalam hati Tuhan saja yang tahu apabila "dipaksa" balik rumah mertua. Tapi berkat sesabaran, Alhamdulillah, mertua telah lembut hatinya dan sekarang Sheila menjadi menantu yang paling dia sayang berbanding menantu2 lain..Percayalah, tidak rugi menurut kata suami walaupun kekadang memang kita langsung tidak setuju...;-)

    ReplyDelete
  8. rita sgt comel pakai tudung cmtu

    heee

    ReplyDelete
  9. artisan memang macam tu

    ReplyDelete
  10. hidup berumahtangga pasti ada 'pasang surutnya'.harap masjid yg dibina masih kukuh binaannya..

    ReplyDelete
  11. buat rita..., pikirlah banyak2... bukan menghasut... ngajor Lelaki yang tidak tahu nilai pengorbanan besar seorang perempuan yang menyayanginya... apa diaorang ingat PEREMPUAN NI KELAS KEDUA KE???? bagi Mak Mertua yang bergelar WANITA... kalu nasib kita baik... bersyukurlah kepada Allah swt.,, Ingat kita ada anak perempuan.... dan kehidupan kita umpama RODA!!!

    ReplyDelete
  12. Sama sahaja.. semoga lepas nie kalau ada krisis pun janganlah sampai buka aib kepada orang ramai..tak boleh buka aib orang..apatah lagi suami kita dan sesama Islam..tak boleh.. keaiban yang dia buat itu antara dia dengan Tuhan..bak kata pepatah..seperti membuka pekung didada..menepuk air di dulang,terkena muka sendiri..meludah ke langit terkena diri sendiri..sepatutnya kita kena doakan supaya orang yang kita rasa menganiaya kita tu diberikan hidayah untuk berubah.. Wallahualam..

    ReplyDelete
  13. org lelaki cam pondan,asyik nk ikut ketiak mak je,yg mak klu smpi ank bercerai tanggung lh dosa t byk2 kerana meruntuh kn masjid,skrg bkn ank derhaka dgn mak,mak yg derhaka dgn menantu

    ReplyDelete
  14. hok yg lain cbuk masuk camor tu guane? hok aloh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...