Entry terbaru

Hari Ibu haram disambut?


Kini isu lama timbul kembali, setiap tahun mesti kita akan dengar "Hari Ibu Haram Disambut". Setiap tahun juga mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa haram pula?  Dari dulu ok je. Banyangkanlah pemikiran kanak-kanak dibelenggu dengan persoalan macam ni. Cabaran baru buat ibu bapa zaman sekarang. Jawapan yang patut diberikan haruslah bersesuaian.

Masa aku lepak kat kedai mamak, ada rakan-rakan yang bahaskan isu ini. Mereka tidak setuju dengan hukum mengharamkan hari ibu. Pada mulanya kami bersembang pasal Ustaz Azhar Idrus. Tiba-tiba je masuk bab ni. Sebab Ustaz Azhar ada buat kenyataan "hukum sambut hari ibu tu haram, tok sah ikut budaya orangg"


Ada diantara ulama juga yang berbeza pendapat dan pandangan. Ada yang kata haram, ada yang kata harus, ada yang kata bidaah.


Pandangan Dr Rajab Abu Malih

Ada dua kumpulan ulama dalam masalah ini :
Ulama yang berpendapat perayaan atau sambutan yang datang dari luar agama maka ia dikira keji dan kita tidak perlu mengikutnya. Dalam agama kita sudah cukup menjadikan kita yang memandu bukan dipandu, diikuti bukan mengikuti.

Ulama yang berpendapat perayaan atau sambutan ini termasuk dalam kategori adat-adat kebiasaan. Maka, hukum asalnya ialah harus. Selagi mana sambutan ini bertepatan dengan Islam dan garis panduannya serta mempunyai asal dalam syariat kita, maka tidak haram dan tidak makruh.

Walaupun kita hormati pendapat pertama dan hormati sesiapa yang berpendapat sedemikian, kita berpegang kepada pendapat kedua, iaitu harus tetapi mestilah mengikut garis-garis panduan.

Sumber : Farhanrazak


Secara peribadi aku tak ambil kisah pun pasal sejarah hari ibu ni. Yang jelas, perkara baik tidak harus ditolak. Aku respect dengan pendapat Imam Muda Asyraf yang dengan rendah diri tidak bersetuju dengan pandangan Ustaz Azhar tentang isu ini.

Pandangan Dr. Mohd Asri

Pandangan Imam Muda Asyraf



Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Omakku yang semestinya tidak membaca blog ini, dan ibu-ibu diluar sana. Jangan abaikan tanggungjawab kita pada ibu masing-masing ok? Janji tau! :)

"Jangan susahkan benda mudah, jangan kelirukan umat"

15 Comments
Tweets
Comments

15 Comments:

  1. Sama lah kita kurang setuju dengan pendapat Ustaz Azhar psal hukum ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teliti balik sejarah hari ibu ni..ini bukan budaya org islam.

      Delete
  2. jgn lupa hargai ibu setiap masa! bukan masa hari ibu je!!

    ReplyDelete
  3. macamana pun hari ibu ni.. ia menjadi seperti wake up call atau masa di mana anak-anak kembali mengingati jasa2 ibu mereka.. so, selamat hari ibu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. selamat hari ibu :)

      Delete
  4. kalau nak haramkan baik haramkan hari valentine, april fool ke apa ke,.. hari ibu, hari bapa, hari guru.. hari pekerja,.. kita sambut untuk menghargai jasa mereka bukan mendewa2kan seseorang,.. tak salah kita hargai ibu setiap saat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, byk lagi hari boleh diharamkan..hari merdeka pun boleh diharamkan kan kalau mcm tu?

      Delete
  5. Replies
    1. ni mesti tiap2 hari ckp sayang kat ibu kn? hehe.. anak solehah :)

      Delete
  6. bagi aku, tak salah kalau kita sambut hari ibu.. memang hari2 kita perlu luahkan kasih sayang kita kat mama kita. tp xboleh ke kita nak ada satu hari yg special utk express perasaan kita?

    bagi aku, niat utk sambut tu kena betul. biarlah apa org ckp. janji niat kita utk menghargai jasa mama kita. tak salah pun dlm Islam utk kita menghargai dan buatkan mama kita rasa special.

    dan aku rasa, manusia2 Islam tak begitu begal utk menyambut Mothers Day semata2 meraikan utk rahib Kristian.

    apa2 pun, fikir-fikirkan lah..

    ntah lepas ni ntah ape la pulak yang haremm

    ReplyDelete
  7. pdapat masing2 kan.. lepas ni hari guru.. apa plak isu yg timbul..

    ReplyDelete
  8. Ustaz tak bertauliah16/5/12 1:37 PM

    setuju tak kalo ak cakap maulud nabi pun kena haram kan, sebab kita patut contohi dan ingat nabi setiap masa.

    ReplyDelete
  9. kita ambil yg terbaik untuk semua...

    ReplyDelete
  10. Sambut hari ibu mase birthday ibu kita 😊

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...