Entry terbaru

Info mengenai Masterchef Selebriti Malaysia



Telah pun memulakan rakaman pertama pada 27 Mac yang lalu, program realiti masakan pertama, MasterChef Selebriti Malaysia terbitan Astro Ria (saluran 104) disertai oleh 15 selebriti terkenal tanah air.

Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Louisa Chong.

Menggunakan konsep yang sama seperti MasterChef Malaysia sebelum ini, sesi Rakaman MasterChef Selebriti Malaysia pertama diadakan di Dapur Masterchef yang terletak di Industrila Park, Shah Alam pada 23 Mac yang lalu.

MasterChef Selebriti Malaysia merupakan kesinambungan daripada kejayaan MasterChef Malaysia yang telah berjaya menobatkan Dr Izani Farhana Md Monoto sebagai juara.

Gambar-gambar Selebriti di dapur Masterchef










Buat julung kalinya, Malaysia bakal dipertontonkan dengan telatah serta aksi selebriti tanah air di dapur dalam program MasterChef Selebriti Malaysia yang akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9 malam bermula 26 Mei ini.

11 Comments
Tweets
Comments

11 Comments:

  1. bestnya kalau pandai masak mcm dorg hehe

    ReplyDelete
  2. artis memasak lak.. mcm best..

    ReplyDelete
  3. wah, seronok tengok orang masak..

    ReplyDelete
  4. astro abah dah potong T_T

    ReplyDelete
  5. mesti syok tengok artis2 masak kan..

    ReplyDelete
  6. Alamak! Serina masuk. Adakah serina jadi juara huhii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. ayah pandai mesti anak pun pandai walaupun tak sehebat ayah :)

      Delete
  7. Replies
    1. tgk kat youtube jelah nnt :)

      Delete
  8. mohon share ye bobo



    ja

    ReplyDelete
  9. rmai jugak ea..artis yang juin..bagus2...
    pasnie pndai la dorg masak..^^

    p/s: lama tak lawat bobo :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...