Entry terbaru

Super Spontan : Adakah Zizan Akan Beraksi Malam Ini?



Selepas siaran Super Spontan minggu lepas, Malaysia dikejutkan dengan berita kemasukan salah seorang ahli pasukan Angsa Ganas iaitu Zizan Razak ke hospital kerana keradangan otot. Walaupun sudah dibenarkan keluar dari wad, doktor menasihatkan Zizan untuk berehat selama 2 minggu. Namun adakah Zizan akan beraksi dalam Super Spontan malam ini? Segalanya akan terjawab malam ini.

Dalam pada itu, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Husni Mohd Rawi atau dikenali sebagai Bob Kuman ke Rahmatullah kira-kira jam 4.38 petang semalam. Beberapa minggu yang lalu, Super Spontan sempat melawat Allahyarham untuk menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM5000. Al-Fatihah.

Minggu lalu, pasukan Beruang Comel telah ditewaskan oleh Angsa Ganas dengan peratusan undian yang sedikit. Minggu ini pasti akan ada ahli pasukan Beruang Comel yang akan tersingkir dengan undian yang dilakukan oleh ahli pasukan Beruang Comel sendiri di akhir rancangan minggu lepas. Siapakah ahli pasukan Beruang Comel yang akan tersingkir malam ini?


Apakah permainan spontan yang bakal mereka mainkan malam ini? Pasukan manakah pula yang bakal memenangi Super Spontan untuk minggu ini? Badan kebajikan mana pula yang bakal menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM5000? Segalanya dalam Super Spontan, 10 malam ini di Astro Warna (132).

Sumber : Super Spontan

p/s: Jom vote Bobo menggunakan Twitter/Facebook anda untuk Digi Wwwow Awards LINK

14 Comments
Tweets
Comments

14 Comments:

  1. malam ni akak mesti tengok ss... tapi nak p pac dulu, nak tengok2 external hard disk,.. harap2 sempat ler,..

    baca entri ni macam best je ss tuw kan,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terlepas boleh tgk ulangan kak hehe.. tp kurang best sbb kelibat zizan xde..

      Delete
  2. entahlah... mungkin tak sbb dia kan tak sihat,,, biarlah dia berehat betul2..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope next week dia ada :)

      Delete
  3. waa..bgs rancangan ini. menyumbang ke arah kebajikan..harus diteruskan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap minggu duit rm5000 akan disalurkan ke badan2 kebajikan :)

      Delete
  4. salam

    rancangan kat astro kot ni....hehe...x tengok pun..sbb x de astro..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala rugi la xde astro hihi

      Delete
  5. Kesian Zizan, harap minggu ke 7 dia ada..

    ReplyDelete
  6. Kelab Penyokong Zizan6/5/12 3:55 PM

    Zizaannnn we miss u!!!

    ReplyDelete
  7. super spontan hambar bila zizan tak ada.. semoga cepat sembuh..amin..

    ReplyDelete
  8. americaaaaa6/5/12 3:59 PM

    si budak hitam amir tu mmg nak kena makan dgn org kepci tu hahahahahahaha

    ReplyDelete
  9. kalau asyik beruang comel je tersingkir abistu final nanti macam mana? tp aku rasa Zizan bakal bertemua Johan di final super spontan

    ReplyDelete
  10. mmg tak best bila zizan takde dlm super spontan ep 6. aku rasa dia boleh menang dlm final nanti. go zizan go!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...