Entry terbaru

Zizan Razak kena Santau?


Kurus sikit kan?

Alhamdulillah Zizan Razak telah pulih dan kembali ke Gelanggang Super Spontan minggu ke 7 yang lalu. Memang ramai yang ternanti-nanti Zizan kembali beraksi. Tiadanya kelibat Pemenang Anugerah Pengacara Lelaki Popular ABPBH 2011 itu di dalam Super Spontan kelihatan hambar.

Dari segi raut wajah dan penampilannya dalam Melodi dan Super Spontan, kita boleh lihat wajah orang sakit yang baru nak sembuh. Adakah Zizan sudah pulih sepenuhnya? Namun, ada suara-suara sumbang yang mengatakan Zizan terkena "tuju-tuju". Betul ke?

Begini lah pemikiran Melayu tipikal. Apabila sesorang itu jatuh sakit selepas individu tersebut mencapai kejayaan, pasti ada suara-suara liar yang mengatakan individu tersebut kena santau, kena buatan orang, ada orang dengki.

Kita kena ingat ye, yang sakit itu datang dengan kebenaran Allah. Semua yang berlaku ada sebab dan hikmahnya kecuali seseorang itu memang cari sakit lah kan. 

Kepada mereka yang bergosip macam ni, hentikan lah. Sebab kita takut orang lain pun dikaitkan dan akhirnya menjadi fitnah yang amat dasyat.

Pesanan kepada Zizan: Jagalah kesihatan bro, jangan kerja terlalu kuat sangat sampai memudaratkan diri sendiri ye. Makan banyak sayur tau! hehe

Berbuat baik lah kita sentiasa diatas muka bumi ni dan sentiasa memohon pelindung dari Allah supaya terhindar dari santau menyantau ni.

Firman Allah:

Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasanya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Allah.
(Al-Nahl: 99)


Baca entry lepas di blog ini mengenai "Santau menyantau"

11 Comments
Tweets
Comments

11 Comments:

  1. ish tak kan sampai macam tue skali.. kalau betul pun siapa pulak yg nak dengki kat die nie pown.

    ReplyDelete
  2. Zizanzoners15/5/12 8:16 PM

    Patut la dalam SS si amereka tu cakap pasal santau..dia tuduh tauke pula haha tak guna punya amereka! hahahahahahaha.............

    ReplyDelete
  3. siapa lah agaknya yang buat kje jahat ni!! sian my zizan..

    ReplyDelete
  4. susah kan bila org yg xboleh tgk org naik..

    ReplyDelete
  5. tu lah orang melayu, phd terlalu kuat sampai x senang nengok orang senang,.. almaklum zizan tengha naik, tentu ada yg x senang duduk kan..

    ReplyDelete
  6. salam..

    memang nampak zizan cekung lebih dari biasa..tak tahulah ada an gdengki ke apa, harap yang buat tu cepat2 lah bertaubat..

    ReplyDelete
  7. harap orang yang buat cmtu terima laa balasan .. tak boleh tengok orang lebih.. semua tuhh kan rezeki masing2 :)

    ReplyDelete
  8. zizan sakit sbb kne santau ek?

    ReplyDelete
  9. eh yeke? bair betul..tapi aku rasa macam tu juga..yela secara tiba-tiba ja kan.

    ReplyDelete
  10. harap dijauhkan la dr santau2 ni...

    ReplyDelete
  11. kesian zizan.. xbaik ckp mcm tu. seolah2 kta mendoakan dia kan.. ish2..

    superspontan mcm down ckit bila xder zizan.. johan pun mcm kurng ckit bila zizan.. kene ada dua2 baru ada aura haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...