Entry terbaru

PTPTN beku pinjaman Unisel





PTPTN mahu memastikan berapa serius kah pihak pembangkang dalam menawarkan pendidikan percuma. Jika mereka serius maka institusi milik negeri seperti Unisel tidak perlu memohon kemudahan pinjaman pelajaran daripada PTPTN kerana pendidikan sepatutnya ditawarkan secara percuma kepada para pelajar oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.




Sekarang mereka bising mahukan PTPTN, dalam sekelip mata mereka tukar belang," kata beliau menerusi mesej Twitter lewat malam tadi.

"Nampaknya boleh dikatakan semua nak PTPTN dan mahu pinjam dari PTPTN. Mengapa mereka berubah? Sebab mereka populis.





Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Universiti Selangor (Unisel).

Kerajaan Persekutuan tidak prihatin kerana Unisel adalah sebuah universiti tempatan yang kebanyakan pelajar adalah dari kawasan luar bandar termasuk dari Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, mereka mahu belajar, kenalah bantu.






Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir.

Saya harus puji Khairy yang lebih profesional dan beliau sepatutnya dilantik menjadi Menteri Pelajaran Tinggi Malaysia yang baru," katanya yang menyertai Debat Sinar mengenai isu PTPTN bulan lalu.





ABIM Selangor memandang serius dengan dakwaan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggantung bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel). Jika benar dakwaan ini, ia amat merugikan dan sekali gus meletakkan masa depan pelajar terbabit dalam keadaan yang tidak menentu.

Abim Selangor berpandangan pihak PTPTN tidak wajar bertindak sedemikian, memandangkan ia menafikan hak para pelajar pembiayaan yang layak untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan tersebut - memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di IPT selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.



Kenyataan Rasmi dari PTPTN dikeluarkan hari ini. 
(Khamis)

Kasihan pada pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran di Unisel. Jika tiada bantuan kewangan, bagaimana pelajar ingin belajar? Kita ketepikan dulu soal pendidikan percuma. Isu sekarang adalah sokongan kewangan.

Kecewa dengan tindakan PTPTN disebabkan keputusan ini. Sepatutnya, semakin dekat pilihan raya, semakin banyak benda baik yang disalurkan kepada rakyat. Ini lain pula jadinya. Rakyat atau pelajar khususnya menjadi mangsa keadaan.

Update Terkini

Maklumat yang disebarkan melalui Twitter Rafiza tengahari tadi memaklumkan pembiayaan PTPTN untuk pelajar Unisel telah disambung semula. 


14 Comments
Tweets
Comments

14 Comments:

  1. hoh..ni orang kata..gajah bergaduh..kancil mati ditengah tengah..bodoh! sudah2 la berdendam.. setuju! ini bukan pasal pembangkang atau pun kerajaan pusat..ni tentang bantuan kewangan..

    gila betul!

    ReplyDelete
  2. Saya paham kenapa PTPTN buat macam tu. Selama ini semua orang memperlekehkan PTPTN itu sendiri. Sekarang bila PTPTN buat keputusan macam tu, baru sesiapa yang sibuk join/sokong Bersih nak bising. Pendek kata, pandai buat pandai tanggung. Tak lupa juga "Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga".

    ReplyDelete
  3. errrr... xtau la nk komen ape.. walau apa pun sememangnya kita memerlukan PTPTN utk menyambung pelajaran dan pendidikan secara percuma untuk semua adalah sama sekali tidak relevan.. pendidikan percuma utk golongan tertentu contohnya pelajar cemerlang dr latar belakang keluarga yg miskin.

    ReplyDelete
  4. xpaham dengan ptptn ni..

    ReplyDelete
  5. Aku pinjam PTPTpu7/6/12 11:08 AM

    ptptn dikawal kerajaan, upama lembu dicucuk hidung hahahaha.. semakin pelik2 tindakan BN.

    ReplyDelete
  6. Niesa, apa yg tak faham... benda mudah je, bila pinjam bayar balik, baru duit tu boleh dipusing...

    Masalahnya ada juga yang dah diberi pinjaman dan dapat kerja yang baik tapi liat nak bayar balik. Sanggup tak dapat buat pasport utk ke luar negara... bingai tak...

    Tapi ttg pembekuan tu, tak payah lah... cuma nak tengok reaksi diaorang... melenting tinggi rupanya...

    ReplyDelete
  7. xabis2 lg ptptn ni.. haishhh

    ReplyDelete
  8. kikiki lawak betul la. dilayan macam budak2 kecik..nah campak ja gula2 berubut dok sambar!

    ReplyDelete
  9. aku x paham btl la kerana politik pelajar merana. sampai biler nak habis.

    ReplyDelete
  10. siot betul, aku baru nak masuk Unisel..kalau dibekukan aku apply u lain lah! sial lah..ramai kot member aku kat sana..

    ReplyDelete
  11. Dalam perang politik/kepartian ni rakyat sebenarnya menjadi taruhan atau lebih tepat nyawa rakyat jadi galang gantinya.tak kira dari mana2 parti pun semuanya sama je!!..siapa yang betul2 lurus sebenarnya?fikir2kanlah!!.

    ReplyDelete
  12. alahai.. kesiannya dengan pelajar2 unisel ni.
    macam manalah kehidupan kawan saya kat sana tu nanti ek? huhu

    ReplyDelete
  13. gilolah...sangap ooiii sangap...

    ReplyDelete
  14. kang bagi komen kata politik pulak. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...