Entry terbaru

Redemption Day!

Tiba lah harinya untuk redeem segala yang terkumpul hehe. Destinasi tujuan ialah Mid Valley Mega Mall. Lepas je solat Jumaat terus siap-siap keluar rumah kononnya nak kejar wayang pukul 4.30pm. Tapi tak sempat pun, jalan jammed!

Ingat lagi tak hari tu aku ada story pasal party LG tu? Dalam goodie bag dia ada bagi 2 keping tiket GSC percuma. Kat bawah ni.


Aku pun redeem la tiket Men In Black 3 (MIB3) 3D. Just tambah RM5 je. Gila best! Korang patut tengok filem tu! Memang berbaloi lah RM5 tu hehehe. Harga sebenar RM18.


Lepas redeem tiket wayang, masih ada masa lagi ni sementara masuk hall. Aku pun bergegas ke Metrojaya untuk redeem perfume Davidoff.


Aku dapat voucher ni secara oercuma melalui facebook Davidoff. Dorang tengah buat contest untuk blogger. Mula-mula ingat nak masuk, tapi bila nampak blogger-blogger popular masuk, aku terus padamkan hasrat. Sebab dah tahu, memang tak boleh bersaing hahaha. Just join "Champion of My Life" je. 

Tu yang dapat sebotol perfume, tapi 1.2ml jelah hehe. Takpelah, benda free kan? Aku agak-agak ada dalam RM15 kot. Walaupun kecil tapi bernilai juga brooooo. 


Masih ada masa lagi!! Tiba-tiba teringat, Starbucks ada Happy Hour every Friday, 5-7pm. Semua jenis Frappuccino diberi half price woooo. Aku lepak situ jap sementara tunggu wayang. Internet Starbucks The Gardens HAMPEH!!. Slow tahap gaban. :p 



Ada ura-ura 100plus nak invest dalam blog ni, harap-harap jadilah :)

Free gift dari 100plus
LCD/Screen wiper
So berakhir lah redemption day! Sedikit tips untuk blogger, korang kena rajin cari peluang. Sebagai blogger, korang kena sediakan tangga kemudian panjat lah slow-slow. Orang kata sambil menyelam minum air. Jangan menyelam tak timbul-timbul plak! hehe.

Dalam blogging ni ada pelbagai macam blogger. Korang kategori yang mana? :) #fikirkanlah


17 Comments
Tweets
Comments

17 Comments:

  1. wah... rajin bobo ikut contest yer! saya blogger biasa2 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada masa lapang je :)

      Delete
  2. dkna kategori pengomen tegar blog imbobo heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dkna :) sama lah kite kan..hehe

      Delete
  3. wah2...mmg untung la..bleh redeem mcm2..niesa ni blogger kategori apa yg tak berkategori kot..hakhak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ada salah satu kategori..hehe

      Delete
  4. errr... Queen kategori yg mcm mana eh? kategori biasa2 ajer.. ada impian yg lbh besar nak dikecapi maka aktiviti blogging ni just suka2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa2 pun tapi entry2 sis org nak bace sbb psal kehidupan :)

      Delete
  5. ni yang jeles tengok orang dapat benda free
    teringin gak nak masuk contest semua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la..mana tahu rezeki org bagi kan :)

      Delete
  6. untungler dapat redem brg2 dgn free..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki org bagi..alhamdulillah.. :)

      Delete
  7. mcam mane boleh dpat ni? nuffnang bagi free cam tu je ke?
    tak paham r bro.. rezeki bro la tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket wayang tu je dpt dr party LG aritu..yg perfume tu dpt dr facebook davidoff..:)

      Delete
  8. nie memang reedem sungguh nie..berbaloi2..hahha

    ReplyDelete
  9. seronoknya dapat macam2 benda free.. saya pun nak jugak.. hehe

    ReplyDelete
  10. wahhh untung seh byk brg dpt.. nak dudok kat KL jugak lah hahaha

    sy kategori blogger yang jeles sbb awak asyik dpt free jer ni hahha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...