Entry terbaru

BoniKacak nak main SEO



Siapa kenal Lelaki Kacak ini? Blogger yang rajin blogwalking macam ni mesti lah ramai yang kenal kan? Aku kenal dia bukan dalam blog hehe, aku jumpa dia kat party LG bulan 5 hari tu. Masih ingat kemeriahan yang aku kongsi dalam blog ni? Tak ingat tak apa..hehe Masa tu dia datang bersama BroFramestone. Masih ingat bro tu? Alaaa yang blogger nakal tuuu haha.

Berbalik pada Boni Kacak ni, masa party haritu dia datang menyapa aku, kemudian sempat berkongsi sedikit mengenai tips blogging. Ilmu tinggi atau rendah itu tidak apa, yang penting ada untuk dikongsi. Setuju? :) aku mengaku aku tak hebat nak memberi tips, tau sikit-sikit je. Tapi aku yakin Boni Kacak ni lebih hebat.

Singgah lah blog dia, aku tertarik dengan gaya penulisan dia. Gaya penulisan yang menarik pembaca lebih dekat dengan diri dia. Aku belum sampai tahap tu kot. hehe

Kami tak dapat berbual panjang masa party hari itu, tapi sempat berkongsi pendapat tentang SEO..hehe so, entry kali ni aku nak kongsi kepada semua blogger yang berjinak-jinak dengan SEO. Aku bukannya pakar dan bukannya hebat seperti yang lain, tapi tips ini aku amalkan.

1. Besarkan tulisan keyword atau boldkan.
- ini kerana search engines tahu keyword yang dibesarkan tulisannya dan diboldkan adalah lebih penting dalam entry korang.

2. Satu entry satu gambar telah memadai.
Untuk tujuan SEO, elakkan letak gambar di atas sekali (macam entry ini), sebab search engine sukar untuk crawl. (susah nak baca) umpama korang letak dinding untuk search engine baca baris pertama entry korang. Letak selepas perenggan pertama ok kot.

3. Letak alt text pada gambar!
Kalau korang perasan, bila klik pada gambar yang telah diupload dalam entry, akan ada satu button properties. Bila korang klik, ia akan keluar title text dan alt text. Alt text perlu diletakkan ayat yang sesuai, tak perlu panjang. Sebab kalau korang tak letak, ia  akan menyukarkan search engine untuk ambil entry korang tu.

Okeh. Setakat ini saja untuk dikongsikan hari ni, jika ada kesalahan di entry ini, sila lah tegur ye. Mari kita kongsi ilmu ini bersama. :)

p/s: Untuk keyword Eyriqazz vs Denaihati blog aku dah berjaya kembali ke page pertama search engine! :)
masa korang baca entry ni, aku sedang mengelilingi negeri Perlis Indra Kayangan! hehe 


21 Comments
Tweets
Comments

21 Comments:

  1. hahahaha,.. malu I.. hahahaha.. apa2pun, thanks bro, hari ni aku dapat belajar lagi ilmu yang berguna.. bila kita nak mengeteh ni?? boleh berborak lama lagi..hehehe

    ReplyDelete
  2. wahhh...jalan2 pon masih sempat update blig..respek!

    ReplyDelete
  3. thanks bro coz sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipsnya memang mantap dan berguna
      terima kasih sudah berbagi

      Delete
  4. oh macam tu ea?
    saya baru tau pasal gambar tu.. nanti nak try lah..

    ReplyDelete
  5. LANGSUNG TAK PANDAI MAIN SEO NI.... NICE TIPS...

    ReplyDelete
  6. heee aku tak berapa reti nak buat entry SEO mcm korang..

    ReplyDelete
  7. terimakasih sudi berkongsi yek!

    ReplyDelete
  8. wahh2..sharing is caring..dpt gak sikit ilmu pasal blog ni..hehe..tq.. (^_^)

    ReplyDelete
  9. owh, baru taw, hehehe

    pergi keliling perlis x ajak pon =.=

    ReplyDelete
  10. tips mudah untuk bermain dgn SEO..thanks berkongsi...hee :D

    ReplyDelete
  11. sedang cuti2 pun sempat lg yer... errr sis tak kenal pun boni kacak nie.. erk... hehehe

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum Bobo....perkongsian info yang menarik...:)

    ReplyDelete
  13. terima kasih berkongsi ilmu.. bila nak dating dgn dkna nie?? hehehe

    ReplyDelete
  14. tahniah bro..
    saya pun pergi ke majlis perasmian tu, tp tak sempat nak beramah mesra pasal saya balik awal jam 8.30 saya dah balik pasal tak sihat..

    ReplyDelete
  15. terima kasih bro atas perkongsian tips ini

    ReplyDelete
  16. watpa kt perlis ? nak ikottt.. hehe

    ReplyDelete
  17. Blog yang sangat mantap dan keren
    saya menyukainya
    terima kasih

    ReplyDelete
  18. Informasinya sangat bermanfaat kawan, terima kasih sudah berbagi

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas perkongsiannya LM.....kalau dah boleh duduk semeja dgn blogger hebat....pastinya LM pun hebat jugak ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...