Entry terbaru

Jangan sesekali mempercayai bomoh

Alhamdulillah rezeki di bulan puasa ni. Nuffnang bagi BE lagi. Mesti ramai yang dapat kan BE raya tu. So kena maintain lah update blog untuk tambah sen.

Ni nak share satu story pasal bomoh. Haihh,. Tak sangka zaman sekarang ni masih ada lagi orang yang bengap percaya pada bomoh. Bomoh yang aku maksudkan ni ialah bomoh yang yang tidak berlandaskan ajaran Islam.


Bomoh:
Individu yang mengamalkam mentera/mantra tertentu yang pelik-pelik. Memuja benda-benda tertentu. Mereka ni hanya sesuai untuk tujuan memudaratkan manusia bukan memulihkan. Baca entry ni "Aku suka sebab tu aku santau"

Pengamal Perubatan Islam:
Individu yang paling layak membantu mengubati pesakit dengan pertolongan Allah S.W.T. Wajib menggunakan ayat-ayat al-Quran dalam proses perubatan. Bertujuan untuk memulih dan bukannya memudaratkan.

Harap-harap kita semua bijak membezakan ye.

Kisah benar:

Amiza (bukan nama sebenar) mengidap penyakit ketumbuhan di payu dara. Pada awalnya dia sakit-sakit dan kemudiannya telah mendapatkan nasihat doktor. Doktor beritahu yang ketumbuhan di payu daranya kecil dan tidak perlu risau. Hanya perlu sentiasa mendapatkan rawatan dari doktor.

Namun, dia terus sakit tidak pulih. Setiap hari dia mengadu pada suami dia yang dia berasa sangat sakit. Suaminya mengambil keputusan membawa dia berjumpa pengamal perubatan tradisional di Kuantan. Pahang. Mengikut cakap bomoh tersebut. Isterinya perlu menjalani proses pemulihan, oleh itu perlu ditinggalkan dirumahnya untu beberapa hari.


Setelah selesai proses pemulihan. Suaminya membawa Amiza balik ke Kuala Lumpur. Namun, sakit yang di alami Amiza tidak sembuh, malah bertambah teruk. Amiza kemudiannya terlantar di atas katil. Payu daranya membengkak seperti batu.

Amiza pernah berkata, ada satu malam, ketika dia sedang tidur, dia ternampak payu daranya dihisap oleh seorang budak yang sedang bergayut dibadannya.

Dia sakit dan terus sakit. Ketumbuhannya terus membesar dan tidak boleh dirawat. Akhirnya beberapa bulan kemudian. Dia telah kembali ke rahmatullah.

Pengajaran:
Tolong lah jangan mudah mengambil jalan pintas dengan mempercayai bomoh. Dengar cakap doktor. Dan berjumpalah dengan pengamal perubatan Islam untuk mendapatkan ayat-ayat ruqyah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

AL FATIHAH

25 Comments
Tweets
Comments

25 Comments:

  1. jangan terlalu taksub dengan benda macam nie.. al fatihah

    ReplyDelete
  2. masyaAllah..alFatihah dan takziah buat keluarga arwah...

    ReplyDelete
  3. Al fatihah.. Kesian dia.. Bomoh2 ni mmg xelok kita nak percaya. Mntera ntah hape la dia baca utk ubat org. Pastu mintak tlg jin. Huih..

    ReplyDelete
  4. sikit pn xcaya ngn bomoh silap2 kena tipu..haha...

    p/s: BE xpernah dpt xtau pasaipa...sobsob

    ReplyDelete
  5. huishhh...takot kan kalau dgr2 ceta camni. nak plak yg melibatkan bomoh2 nih, tambahan pula di zaman moden plak, aishhh...

    ReplyDelete
  6. ya allah..kenapa tak bawak pegi jumpa doktor.. hishh..

    sebenarnya yang kata amal perubatan islam tu yg kata guna ayat2 alquran tu pun kita kena dengar betul2 bacaannya..orang kita asal bunyinya arab2 gitu ingat dia ambik dari alquran..sedangkan sebenarnya bacaannya salah ditukar dan sebagainya.. elok belajar ayat2 yang baik utk tujuan perubatan dan buat sendiri atau cari ustaz..

    ReplyDelete
  7. inaa lillahi wainnaa ilaihi raajiuun,, harap muja dijauhkan daripada benda mcam ni,,, amiin

    ReplyDelete
  8. sekarang ni macam2 berlaku.. mak saya percaya betul dengan bomoh2 ni. jadi takut saya.

    yang penting sentiasa amalkan ayat2 pendinding diri, insya allah takkan terkena pape penyakit macam ni :)

    ReplyDelete
  9. betul itu jgn percaya bomoh sebenarnya..hehehe

    ReplyDelete
  10. moga jadi pengajaran utk semua...zaman sekarang org suka berbomoh2...

    ReplyDelete
  11. tapi tu la masalahnya.. orang kita ni masih ramai yang menggunakan khdmat bomoh ni lagi.. ada yang gunakan utk menjatuhkan orang lain. dan sebagainya... harap kita semua dielakkan daripada perbuatan2 syirik ni

    ReplyDelete
  12. Kesian nya arwah.
    Cerita2 mcm ni kena la buat pengajaran.

    ReplyDelete
  13. saya pon ade gak jumpe dgn pengubat tradisional tapi yg pasti bukan bomoh seperti yg disebutkan di atas.. :)

    ReplyDelete
  14. errrmmm knpla cepat sgt terpedayakan.. gunakan logik akal je dah boleh buat pertimbangan mana yg betul dan tidak... semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua..

    p/s: Ammar puasa nasi je.. tp susu masih minum.. bila org buka baru dia mkn nasi.. sbbnya kalau kita x mkn dgn dia, dia pun xnk mkn... makanya dia puasa mkn nasi jela.. :)

    ReplyDelete
  15. Ya ALlah, scarynya baca. dah banyak sangat kes bomoh ni menipu orang. ishhh, mintak dijauhkan. jangan la percaya sangat.

    ReplyDelete
  16. mmg rmai da kena mcm ni . kdg2 bomoh trtentu ni sekadar nk ambik kesempatan je atas diri kita . nak duit semata2 . subhanallah . . . semoga sume ni jd pngajaran buat kita

    ReplyDelete
  17. seram je baca post ko ni bobo..eeee...

    ReplyDelete
  18. salam;
    sama2lah kita ambil kisah ni sebagai tauladan.

    ReplyDelete
  19. masyaAllah takut pulak dgr.. boleh sampai mati.. hmmm..

    ReplyDelete
  20. Haih, dari jumpa pengamal perubatan tadisional baik jumpa pengamal perubatan Islam =) hehe. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  21. inalillah . moga2 roh arwah ditempatkan bersama golongan orang beriman

    ReplyDelete
  22. da lama xcheck nuffnang.. blog pun terabai.. huhu..
    al-fatihah.

    ReplyDelete
  23. scary nya. siapa budak tu? memang tak pernah jumpa bomoh. and hope memang takkan jumpa atau tergerak nak jumpa lah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...