Entry terbaru

Kes Salahlaku Polis di Seremban 2

Sebuah video yang menunjukkan seorang pegawai polis lelaki telah menyebakan kecederaan terhadap dua orang pekerja hotel di Seremban 2 telah tersebar dan mendapat perhatian yang meluas di kalangan rakyat Malaysia sejak video itu dimuat naik ke youtube pada 18 Julai 2012.

Dalam video tersebut jelas menunjukkan seorang lelaki (polis) menarik salah seorang pekerja hotel ke luar hotel dan memukul seorang lagi di dalam kawasan kaunter pertanyaan hotel tersebut. 

Mengikut artikel The Star Online, polis tersebut menyerang 2 orang pekerja hotel selepas berselisih faham mengenai penggunaan pistol di kawasan hotel tersebut. 


Kenyataan terbuka telah dibuat melalui Facebook Polis Diraja Malaysia susulan daripada kes polis memukul seorang pekerja hotel di Seremban, Negeri Sembilan pada 17 Julai 2012, mangsa didapati mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Sementara, pegawai polis yang terlibat telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 506 (ugutan jenayah) dan 427 (khianat), Kanun Keseksaan

Setelah siasatan lengkap, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya. Sekiranya dipersetujui, pegawai berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah. Siasatan kes akan dijalankan dengan tulus. Selari dengan penyiasatan kes yang disabitkan, siasatan tatatertib juga telah dimulakan terhadap pegawai tersebut. PDRM tidak akan berkompromi dengan salahlaku pegawai dan anggotanya yang mencemarkan reputasi PDRM serta memburukkan nama perkhidmatan awam.

p/s: Apa-apa pun kes siasatan sedang dibuat. Yang salah pasti akan menerima hukuman. Kes ini dilihat adalah melibatkan tingkahlaku individu polis tersebut. Dan ini hanyalah kes terpencil. Jangan hanya nila setitik, rosak susu sebelanga". Ramai juga polis sendiri yang mengutuk perbuatan tersebut.

12 Comments
Tweets
Comments

12 Comments:

  1. panas baran btol polis 2..haisshh

    ReplyDelete
  2. adoi.. kenapa lah ikutkan sangat emosi.. tu yang jadi macam ni tu

    ReplyDelete
  3. Macam2 hal...

    p/s-dah lama tak komen2 di sini.sekali,bila masuk blog ni.....waaaah,dah berubah daaaa.header pun dah tukar!!hehehe

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan..moga ramadhan kali ini lebih diberkati

    ReplyDelete
  5. sorang je buat perangai, habis nama baik polis...ermmm...

    ReplyDelete
  6. tengok pon dah tahu sakit gilaaa.

    ReplyDelete
  7. eee . . . sawan ke hape polis tu . yg slh ttp salah . polis x pilis , hukuman kna sma je mcm org lain . baru adil

    ReplyDelete
  8. kalau same2 melayu xtau la nk ckp ape.. tgk muke pon menyakitkan hati je polis tuh.. ape la sgt kedudukan sbgai POLIS nk disalahgunakan? bru jdi polis kot. bkn nye malaikat jga syurga pon yg dia sampai nak bermegah2 dgn 'kedudukan' cipot die tuh. sedar2 la.. berdamai la..

    ReplyDelete
  9. hemm..ssh nak ckp..tp btl la jgn hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

    ReplyDelete
  10. macam-macam perangai....
    huhuhu

    ReplyDelete
  11. hoho.. takut dgn polis.. boleh ganas dgn penjenayah tp boleh ganas dgn org yg tak besalah yang tak sepatutnya buat mcm tu kat org.. huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...