Entry terbaru

Review Filem SAM

Baru je lepas tengok cerita Saya Amat Mencintaimu (SAM) dipawagam. Filem dari pengarah termuda Malaysia, Syafiq Yusof.


Sinopsis:

Filem pyscho thriller ini mengisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan yang mencintai Lisa iaitu rakan sekerjanya. Dalam masa yang sama, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Namun begitu, pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa, Adam shah, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.


Ternyata satu lagi filem dari Skop Production tidak mengecewakan. Walaupun ini merupakan filem pertama dari pengarah muda ini, hasilnya cukup membanggakan. Plot atau jalan cerita disusun kemas. Sukar untuk mencari kelemahan dalam filem tersebut.

Cerita ini bermula dengan babak-babak romantik dan komedi, di pertengahannya suspen dan dihujungnya aksi.

Banyak kejutan dihujungnya. Teknik pengarahan yang baik telah berjaya menonjolkan kehebatan filem tersebut. Antara scene yang paling menarik ialah semasa scene aksi.

Siapa pula kacau si SAM ni aiyooooooo!!!

Tiada siapa yang boleh sangka cerita akan berakhir sebegitu. Cukup menarik! Nak cerita panjang-panjang macam tak best pula nanti. Apa kata korang sendiri pergi menonton di pawagam :)

Filem ini dikurniakan 4/5 bintang dari Blog iMBobo!! :)

28 Comments
Tweets
Comments

28 Comments:

  1. CM BEST JER..NK G TGK LAH..AGAK2 ASTRO 1ST KUAR X?

    ReplyDelete
  2. tunggula dia kuar kat astro first... hehehehehe
    selamat hari raya bobo... dah boleh tukar header raya plak.. :)

    ReplyDelete
  3. laaa 2 ke mksud SAM . wajib tgk sbtu ni ! ! ! :D

    ReplyDelete
  4. mcm nk kena tgk je nnti ni.. hehe

    ReplyDelete
  5. nak tengok nak tengok ! hehe

    ReplyDelete
  6. mcm best je?niesa tgk kalau happy ending je..kalau sad ending xnk la tgk..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! happy ending untuk sam :)

      Delete
  7. Menarik juga filem ni. Thriller!

    Review kami pula : Filem SAM

    ReplyDelete
  8. mcm menarik je cerita nie.. nak tgklah..

    ReplyDelete
  9. macam best la... nak tunggu la kuar kat astro first... huhuhu

    ReplyDelete
  10. macam menarik, nak gi tgk nih

    ReplyDelete
  11. la...awat x ajak tengok citer ni sama2...hehe...teringin gak nak tengok

    ReplyDelete
  12. Cam best.. tapi kalau cite suspen camni.. aku tak suka tgk kat wayang...
    takut terkojut.. he heh..

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya bobo ;)
    memang best =)

    ReplyDelete
  14. menarik...
    tp kena tggu keluar dkt astro first.....
    nak pergi panggung x sempat...
    gegege

    ReplyDelete
  15. macam sronok je kan. huhuhu~

    ReplyDelete
  16. Salam & apa khabar. Tahniah sebab blog anda
    terpilih sebagai pencalonan untuk
    "Anugerah Ekstravaganza 2012"
    http://awieomar.blogspot.com/2012/09/ae-2012-pencalonan-april-2012.html

    ReplyDelete
  17. wahh..sy dh tgk 29february.cite tu pn tak menghampakan..

    btw, selamat hari raya bobo!!

    ReplyDelete
  18. Wahh hebat keluar Yusof Haslam semuanya buat filem xD
    Tapi ak kurang minat sgt dgn filem yg bergaduh mcm ni..

    ReplyDelete
  19. cerita baru nie kan...noob pulak kan ain sejak sibuk berpraktikal nie..muehehe..macam best citer nie..kene tengok kot sbb ada shaheizly sammm....

    ReplyDelete
  20. Nk tgk the xpendables pon tak lepas2 lg.. Hihihih-

    ReplyDelete
  21. salam bobo.. maaf lama x on9. mcam mane skrang?

    cite SAM ni blum tngok lg r.. lpas2 ni kot.

    ReplyDelete
  22. best!! dkna tengok kat stro bayar rm15 jer..hahaa..siap boleh ulang1 sampai bosan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...