Entry terbaru

Menikmati Seafood Segar Bagan Lalang

Dah lama sebenarnya teringin nak makan kat Bagan Lalang ni. Sebelum ni pernah baca review dari blog-blog pasal makanan laut yang ada kat Bagan Lalang. 

Before pergi buat research sikit kedai mana yang paling best sekitar pantai Bagan Lalang. HAHA nak makan sedap punya pasal siap buat research!! Ramai kata Restoran Senandung Malam paling terbaik setakat ini. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 20minit dari Damansara. Nasib baik jalan tadi tak jam. Sampai sana lebih kurang kul 4.30ptg. Tapi restoran buka kul 5.00ptg. Memandang dah sampai awal, sempat lah berjalan di tepi pantai. Cuaca redup tapi panas sebab tak ada angin. Pelik betul lah laut tak ada angin.



Bila jam tepat 5.30 terus pergi ke restoran untuk order, bila sampai tengok aik dah ramai orang rupanya. Nasib baik masih awal. Restoran hampir separuh penuh. Risau gak kalau-kalau makanan siap lambat.




Ni tempat pilih & order. Lepas pilih apa yang nak dimakan lepas tu nyatkan sekali nak masak apa. Macam aku pilih Pepahat masak pedas, Sotong goreng butter, ikan merah goreng pedas & kangkung goreng biasa.



Tudiaaaa. Ketam fresh dari laut. Orang kata ketam kat sini best dimasak sambal atau cili.

Sayur Kangkung Goreng Biasa

Ikan Merah masak pedas

Pepahat Masak Pedas

Sotong goreng Butter

Boleh tahan sedap gak makanan laut kat restoran ni. Total harga makanan ni semua RM49 (+ nasi putih + limau ais + jus tembikai + limau ais.) Okay lah order kul 5.40ptg dalam 30 minit je makanan dah siap. Benda fresh masak apa pun sedappp!! Nak try?


So, untuk restoran ni aku bagi 4/5 untuk masakan. Korang kalau teringin nak makan seafood, Restoran Senandung Malam adalah pilihan yang terbaik!


24 Comments
Tweets
Comments

24 Comments:

  1. wah sedapnya..
    Harga pun tak mahal mana kan..
    Nampak mcm kangkung g0reng belacan je.
    Pepahat. Pernah dengar tapi tak pernah makan. Rasanya kat Utara tak ada. Kalau ada pun, tak beli. Tak reti masak pepahat.

    ReplyDelete
  2. hurm... dulu pernah g bagan lalang... x salah saya beristirehat di hotel sri malaysia bagan lalang...:)

    ReplyDelete
  3. wah...nampak mcm best! segar,

    ReplyDelete
  4. wow..bagan lalang.. ko mengingatkan aku kembali kisah kenangan lama aku kat sini.hehehehehe.. nampak menarik makanan dia.hehehe

    ReplyDelete
  5. RM49 agak murah. Berapa orang makan tu?

    ReplyDelete
  6. kt sana panggil pepahat..kt sarawak pnggil apa ek..x ingt nama apa..tp mmg len ar..nmpk meliurkan..mesti puas hati kan?

    ReplyDelete
  7. bole la try nnti sedapnya..

    ReplyDelete
  8. aku pun kalau g bagan lalang mmg selalu makan kat restoran ni.. sedap dan bagi aku servicenya okey la memandangkan ramai gak org.. murah pun murah.. huuu aku paling suka makan pepahat. sodap wooo

    ReplyDelete
  9. fresh kesemuanya, terliur lah pulak..

    ReplyDelete
  10. ha bru2 ni ade member bgtau pasal kedai ni. harus la dicoba!

    ReplyDelete
  11. sedapnye.. x pernah lg mkn kat sini..
    boleh la try nnt.. tp xtau la bila.. hehehe

    p/s: mmg makin besar ni ammar kurus.. sbb makin lasak dan aktif.. tp berat badan ok je.. x larat ummi nk dukung dah.. ;)_

    ReplyDelete
  12. eyh panggil pepahat ek? kita org kat sini panggil ambal.. tp xpernah makan eheh..

    ReplyDelete
  13. nmpk sedap...terus termengidam nak mkn kt sini..hehehe

    ReplyDelete
  14. mmg nice singgah sini time perut lapar ni.. bobo lanje plsss.. hehe

    ReplyDelete
  15. Nampak mcmsedap..
    Dulu time kakak iman kecik, akak pernah p makan kat BL.. tp x ungat restoran mana... dah lama x p.. kakak pun dah ada 2 adik dah.. terasa mcm nak p jelagi...

    ReplyDelete
  16. yumeeh~ sedapnya.. terliur dah rasanya ni..

    ReplyDelete
  17. x pernah tgk pepahat, baru taw macam mana rupanya, sedih kan haha :P

    ReplyDelete
  18. lamanya tak makan ketam... :(

    ReplyDelete
  19. alamak, kenapa makan ketam tu!

    kesianlah dgn cik ketam ni. uhuk.

    ReplyDelete
  20. bestnyer....dah lama betul tak hadap seafood nie...lepas nie turn ain pulak la pergi makan kat situ...^^

    ReplyDelete
  21. my dear bro..
    assalamualaikum.. im already follow u wit new blog..
    i think u know me.. =)

    klu:

    the popular post in your blog.. its song in my old blog.. =)

    plz come my blog.. =)

    ReplyDelete
  22. alamak!!!.. bile abg p nih.. Cik Pelangi Bru ja blk dari sne.. waa.. =)

    ReplyDelete
  23. oit.. update copek la jiran oi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...