Entry terbaru

Cerita Seram Hantu Raya

Salam uolls.

Rasanya dah lama tak menulis cerita seram, kali ni nak share satu cerita yang baru je berlaku awal Januari 2012 ni, pengalaman seorang kenalan. Ada tak yang  berpengalaman jumpa dengan makluk tu? haaa..

Cerita ni berlaku di salah sebuah flat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Malam tu tengah lepak dan lebih kurang dalam pukul 1 ada member call minta tolong ambil dia kat rumah secepat mungkin, dia dah tak tahan sebab ada benda kacau dia.

Gambar di Google
Bila sampai kat rumah tu, memang rasa lain macam sebab kawasan sekeliling yang sunyi dengan pokok-pokok yang tak terurus walaupun terletak di tepi jakan raya dan kawasannya berbukit. Lepas ambil dia masuk kereta, dia kata nampak makhluk tu ada di balkoni rumah memandang tepat ke arah kereta, dia sorang je yang nampak.

Dia kata benda tu memang selalu kacau. Pernah ada satu malam tu dia baru lepas selesai mengaji al-Quran, lepas tu benda tu pula yang sambung mengaji sebijik suara macam dia. Then, benda tu pernah menyerupai housemate tengah malam buta, bila tersedar dari tidur, dia nampak kawan dia tu dengan muka marah menekan perut dia dengan kedua-dua belah tangan.

Kalau aku terjaga sebab ada orang tekan perut aku pun aku terkejut, pelik sangat lah kan tiba-tiba je nak tekan perut orang haha.



Gambar di google: Org kampung yang berjaya menangkap hantu raya.

Kalau bunyi-bunyi tengah malam tu biasa dah, bunyi pinggan mangkuk pecah, air paip tiba-tiba terbuka, tingkap, pintu macam ada orang ketuk tapi bila tengok tak ada pun.

Tak pun "mesti kucing" betul?

p/s: Jgn lupa baca apa yang patut ye...





5 Comments
Tweets
Comments

5 Comments:

  1. seram pulak baca cerita ni. -.-

    ReplyDelete
  2. pengalaman akak berkongsi rumah ngan hantu raya mmg menakutkan,wpun rumah akak tepi jlan raya yg sibuk ngan lalulintas,namun bila menjelang malam suasana rumah sunyi sepi mcm duduk dlm kawasan kubur biarpun ketika itu suasana masih sibuk...krn x tahan dgn gangguan akhirnya kami anak beranak pindah

    ReplyDelete
  3. bapak seram cerita kau ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...