Entry terbaru

BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan disalur terus ke akaun bank penerima.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke  akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan.


BR1M 2014 yang memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari depan.

Orang ramai boleh mengemaskini  maklumat akaun bank secara online dengan melayari http://www.hasil.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran.

Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui  03-8882 9089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my.

Kenyataan tersebut turut memberitahu, penerima BR1M sedia ada juga tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua.

Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank. - Astroawani

Rasanya pemberian BR1M kali ini tidak efisien kerana bayar melalui bank. Bagaimana warga emas yang tidak mempunyai akaun bank? adakah mereka masih layak dapat BR1M? Adakah ini merupakan syarat kepada penerima perlu ada akaun bank? Ikhlas ke tak kerajaan Malaysia ni? Cer lihat pendapat orang ramai,



Diharapkan semua yang layak dapatlah merasa BR1M  yang tak seberapa ni. Kesian mereka yang tiada kemudahan akaun bank.

4 Comments
Tweets
Comments

4 Comments:

  1. Ok gak tu...jimat masa dan jimat minyak. Kan minyak dh naik..nnti pm kata kita xpandai memanfaatkan bantuan yg diberi plak..hehe

    ReplyDelete
  2. orang bijak akan ambil brim ni tapi undi PR next election!!!

    ReplyDelete
  3. BRIM masuk dalam bank mana? Maybank ke Public Bank?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...