Entry terbaru

Kebenaran Banglo Seksyen 2 Shah Alam

Jangan salah faham ye, tajuk entry ini adalah satu persoalan.

Aku dah lama dengar cerita seram pasal rumah banglo yang terletak di Seksyen 2 Shah Alam ni. Cerita yang paling popular ialah tentang sekumpulan pelajar UiTM yang menyewa rumah tu dulu. Ada cerita kata 10 tahun yang lepas dan ada juga kata 30 tahun yang lepas. 30 thn? biar betik.


Banglo ni dikatakan masih dijaga walaupun keadaan nampak seperti terbiar. Didalamnya masih terdapat perabut-perabut owner.

Apa-apa pun cerita-cerita tu sangat popular dalam blog-blog. Aku sediri tak pasti kebenaran cerita seram banglo tu. Tapi sekali pandang rumah tu memang menyeramkan sebab mungkin dh lama terbiar. Alaaa biasa lah bangunan yang lama terbiar memang ada penghuniya.

Baru-baru ni Astro ada tayangkan telemovie Banglo Seksyen 2. Kononnya berdasarkan kisah benar sebuah banglo yang penuh misteri yang mengisahkan empat orang pelajar berhasrat utuk membongkari rahsia banglo tersebut untuk menyiapkan tugasan kumpulan mereka.


Bila aku tonton cerita ni, aku rasa tergerak hati nak baca balik kisah banglo tu. Memang banyak blog copy paste cerita yang sama. Tapi aku jumpa blog Mazidul Akmal Sidek yang cuba menyingkap kebenaran rumah banglo tersebut pada tahun 2011.



Mazidul ada berhubung dengan individu yang diamanah untuk menjaga rumah banglo tu untuk meminta kebenaran untuk membuat tinjauan dalam rumah. Penjaga tu menafikan cerita pelajar UiTM yang mati disebabkan rumah tu. Dia akui memang ada pelajar UiTM yang tinggal disitu tetapi mereka duduk sekali dengan owner rumah. Tapi sehingga kini belum ada perkembangan.

Pasti semua yang nak tahu cerita sebenar tertunggu-tunggu kisah selanjutnya. Owner pula diam membisu. Andai kata cerita itu fitnah, owner perlu membuktikan betul tak?

Siapa nak sewa rumah tu RM50 sebulan? hahaha...

25 Comments
Tweets
Comments

25 Comments:

  1. Memang betul rumah banglo seksyen 2 ni berhantu.. saya ada rakan kpd rakan yg pernah menyewa disitu dulu.. mereka selalu kena kacau dgn benda tu..sampai tak tahan kena kacau diorang pun pindah..

    Psal sewa rm50 tu x pasti la plakk..

    ReplyDelete
  2. pernah gak terbaca kisah banglo ni..mcm seram je..huhu

    ReplyDelete
  3. Seram jge bce byk crita ttg rumah banglo seksyen 2 ni.. tp rumah ni dkt area mana ek? saya tk jumpa banglo ni.

    ReplyDelete
  4. aku tgok cerita ni kat astro prima semalam.. seram gila cerita banglo seksyen 2 ni.. kat shah alam ke? 4 tahun belajar kat uitm tp tak pernah dgr plak cite ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maya HD lahh channel 135

      Delete
  5. banglo seksyen 2 seram seyhhh

    ReplyDelete
  6. pasti ada kes di banglo ini, sebab itu tuan rumahnya tidak berani tampil.

    ReplyDelete
  7. banglo seksyen 2 seram

    ReplyDelete
  8. betol ker kesah banglo seksyen 2 ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la. Kalau tak percaya jom kita pergi melawat banglo seksyen 2 shah alam hujung minggu lepas tgk maharajalawak mega 2013

      Delete
  9. Rumah ni merupakan rumah yang paling femes kat Shah aLAm ni. Tentang rumah ini, terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (taip je kat Google kalau nak baca). Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat.. hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah banglo seksyen 2 ni masih di sewakan dgn kadar rm50? Kawe nk cari rumah ni.

      Delete
  10. Salam tuan tanah, just nak share insiden yg pernah berlaku yg dilaporkan dalam akhbar satu ketika dulu..

    Insiden pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi sehari selepas mereka mendiami rumah tersebut. Salah seorang penghuni, Azmi, yang hendak membuang air besar mendapati tandas di tingkat bawah terkunci dan ada bunyi orang menarik flush.

    Lantaran tidak tahan menunggu lama, Azmi menjerit menyuruh orang di dalam tandas itu supaya cepat. Jeritan Azmi menyebabkan semua penghuni berkumpul di tingkat bawah.

    Yang peliknya, kelapan-lapan mereka ada di situ. Jadi siapa yang ada di dalam tandas? Selepas pintu tandas itu direntap, mereka terkejut kerana tiada siapa di dalamnya.

    Pada malamnya pula, mereka lagi teruk dikacau. “Masa aku nyenyak tidur, tiba-tiba kaki aku kena tarik hingga aku jatuh katil.

    “Di dalam bilik itu cuma ada Lan yang tidur di katil atas. Anehnya, bila aku jenguk ruang tamu tingkat bawah, Lan sedang menonton DVD bersama kawan yang lain.

    “Bila aku naik semula ke bilik, aku nampak selimut di katil Lan membonjol. Bila selimut itu ditarik, aku terkejut kerana ada batu nisan yang sudah retak di situ.

    “Tiba-tiba seluruh bilik berbau hanyir dan busuk,” kata seorang penulis blog.

    Kisah yang ditulis penulis ini telah tersebar di Internet, dihantar dari e-mel ke e-mel dan dipetik oleh pelbagai blog lain. Identiti asal penulis ini tidak diketahui.

    Disebabkan tidak tahan diganggu, kami keluar pada pukul 3 pagi dan melepak di sebuah restoran mamak. Rupa-rupanya, ramai yang terkena pada malam itu.

    “Wak yang sedang muat turun lagu lebih kurang pukul 12 malam terdengar bunyi orang membaling batu dekat tingkap biliknya. Bila dijenguk, dia nampak ada seorang budak perempuan duduk di atas kayu ara di sebelah rumah itu.

    “Budak itu pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang,” cerita si penulis blog tadi.

    Dia menyambung cerita: “Azmi pula nampak budak perempuan melambai tangan kepadanya. Budak itu tiada kaki! Manakala Sam, tergamam melihat hantu di siling rumah. Tapi bila aku kata kaki aku kena tarik ketika mereka asyik menonton DVD, mereka kata, ‘bila masa kami tengok DVD’.”

    Seorang penduduk, Mohd. Yusof Mohd. Sidin, 57, mendakwa terdapat tiga buah rumah yang dikatakan menyeramkan di kejiranan itu.

    Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.

    ReplyDelete
  11. mana benar Allah yang tahu kita hanya dengar dan baca.wahualam.

    ReplyDelete
  12. Misteri alam ghaib...

    Pernah dgr mcm2 cerita ttg banglo ni...

    ReplyDelete
  13. Kalau benar, kenapa tak Ada langkah atau tindakan untuk merobohkan, dan pembersihan? walaupun ada owner, mesti ada jalan penyelesaian dan tindakan dari pihak berwajib atau tiada ke ustaz2 yg dapat membantu untuk penyelesaian?. Penduduk yg duduk betul2 dekat, apa respond mereka jika mereka pun sedar ada benda lain di kawasan itu?. Kalau rm50 Sewa saya gembira juga, terfikir juga untuk menyewa seorang diri. Tetapi benar2 kah benda2 dalam rumah banglo seksyen 2 ini, memang ianya tidak dapat dihindari?...

    ReplyDelete
  14. da jumpe owner baru..ok je..dy buat tadika.. dah pergi..xde yg seram pon. owner baru pon nafikan rumah tu pernah disewa

    ReplyDelete
  15. Aslmualaikum..
    Ingin sy tanya..camne nk tau spe pemilik rumah tu yew..banglo seksyen2.maybe yg citer bglo da jdi tmpt didikan tadika mustahil..kawasan nye berbeza dengan gambar&video yg sy lihat..tolong share spe yg tau owner nye tu..

    ReplyDelete
  16. Ingin tahu siapa pemilik nye banglo seksyen2..sy ingin tahu

    ReplyDelete
  17. Sekarang dah ada orang duduk rumah tu..siap cat rumah kaler kuning lg..

    ReplyDelete
  18. Gmbr yg disiarkan bukan banglo Tp terrace 2/tgkt corner lot. Yg mana satu rmh banglo tersebut?

    Kalau rmh yg gmbrnya disiarkan diblog ni... saya yg tinggal d rmh tu skrg. Org Berita Harian ada dtg temuramah saya n suami saya most nggu lepas. Nk tau APA pwngalaman kami d rmh INI? Has... Emel saya di norlida1965 @gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kongsi lah disini

      Delete
    2. Sye nk tau

      Delete
  19. teringin nak pergi.

    ReplyDelete
  20. Huh.!! Mcm2 cita..
    Ntah ya ker dak..
    Baca boleh tapi percaya jgn sbb takde bukti sahih dari owner atau jiran2 terdekat..
    Anggap ja salah satu novel seram..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...