Entry terbaru

Maharajalawak 2013 Minggu ke 7 : Muzikal

Jumaat sudah datang bro!

Macam biasa malam ni ada rancangan yang diminati ramai dan juga dikhabarkan telah mencecah lebih 1juta penonton. Salah seorangnya aku lah hehe.

Malam ini minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) bersiaran dan lebih menarik lagi para peserta akan diuji dengan tema muzikal.

Mampukah sembilan peserta yang tinggal iaitu, Shiro, Sepahtu, Bocey, SYJ, Comey, Nabil, SayWho, Wala, dan Jambu mengubah kedudukan mereka pada malam ini?

Khabarnya kumpulan Shiro yang dianggotai Ajak dan Shahrul berada di kedudukan selesa apabila berjaya memintas Sepahtu dan Nabil sehingga menjadi juara carta.


Benar atau pun tidak Shiro kini berada dikedudukan teratas undian MLM2013? Tapi harus diingat kekuatan Jambu!! Anda boleh ke Astro Warna saluran 132 sekarang dan tekan butang merah di alat kawalan jauh untuk mengetahui kedudukan terkini peserta kegemaran anda di MLM2013.

Jika mahu peserta kumpulan anda menjadi juara, jangan tunggu lama-lama…Cepat-cepat mengundi! Caranya mudah sahaja:


Dengan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), taip ML[nama singkatan PESERTA] atau ML<3>[nama singkatan PESERTA] untuk (3/5/10 undian) ke 32777
Contoh : ML10 [nama singkatan PESERTA] ke 32777.
Untuk 20 undian: Taip ML20[nama singkatan PESERTA] ke 32777.
Setiap SMS akan dikenakan kadar premium sebanyak RM0.50 bagi setiap undian.

MLM 2013 bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Dato` AC Mizal. Selain Sheikh Haikel tiga lagi juri tetap ialah Luna Maya, Datuk Yusof Haslam dan Nora Danish.

Jangan lupa tonton MLM2013 pukul 10 malam ini di Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (saluran 134).

Mampukah Sepahtu menebus kembali kekecewaan mereka setelah berada di kedudukan tiga terendah pada minggu lalu? Sama-sama kita saksikan persembahan mereka malam nanti!

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info  terkini program Maharaja Lawak Mega 2013!

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...