Entry terbaru

P1 Wimax di tuduh Menipu


Perghh terkejut aku baca info pasal P1 Wimax menipu pelanggan. Tak sangka kes macam ni dikaitkan dengan P1 Wimax ni. Teringat tahun lepas aku terpilih oleh P1 Wimax sebagai salah seorang blogger untuk menikmati kemudahan MiFi 230 secara percuma. Melalui entry ini P1 MiFi MF230 is The Best High Speed WiFi. Actually benda alah tu tak boleh pakai pun. So aku tak boleh nak review langsung. Tak ada signal, kalau nak pakai hanya ditempat tertentu sahaja. :s Sepatutnya dia patut ambil inisiatif call and tanya customer sama ada benda tu berfungsi ke tidak. Ini aku pula yang call dia. Memang tak la aku nak review. :p

betul ker?

Ok tak nak cerita banyak, sila baca luahan pengguna ni:

P1 Wimax Menipu, Pihak Berkuasa Tolong Ambil Tindakan

Assalamualaikum,
Saya salah seorang dari mangsa penipuan P1 wimax. saya telah menggunakan perkhidmatan P1 Wimax selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun tersebut, saya telah membuat pemotongan tetapi saya tidak diberikan sebarang borang pembatalan servis tetapi, pegawai yang bertugas meminta saya untuk membuat panggilan ke pusat utama P1 Wimax di Kuala Lumpur untuk pembatalan. Setelah membuat panggilan tersebut, pegawai berkenaan menyatakan bahawa akaun saya sudah ditutup. 
Lapan bulan selepas itu, saya terkejut dengan pesanan ringkas di telefon bimbit saya menyatakan yang saya perlu membuat pembayaran sebanyak Rm1580 kerana tidak menggunakan perkhidmatan mereka tetapi tidak membuat pemotongan.

saya cuba mendapatkan penjelasan dari pihak P1 Wimax tetapi pelbagai helah diberi. Saya pergi semula ke Centre di Taman Daya Johor yang tidak memberi borang penamatan perkhidmatan, tetapi perkara sama juga berlaku dengan memberi saya pelbagai helah.
Saya telah membuat aduan di SKMM, pihak P1 ada membuat panggilan. Tetapi memeranjatkan saya apabila pegawai tersebut menyalahkan saya 100% dengan menyatakan saya tidak merekod perbualan antara saya dan pegawai tersebut semasa membuat penamatan perkhidmatan. Pada saya, itu bukan tanggungjawab saya tetapi lebih kepada pihak P1 Wimax.
Setelah saya TERTIPU oleh pihak P1, saya menyedari ada Page yang diwujudkan oleh mangsa P1 Wimax di facebook. Ternyata ramai yang TERTIPU oleh pihak P1 Wimax. 
https://www.facebook.com/groups/159121421506/ . 
Saya memohon pada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada P1 Wimax kerana mereka sehingga kini mengaut keuntungan dengan cara menipu. Kini, saya sudah terperangkap di dalam CTOS dan sudah menyusahkan saya dalam urusan pinjaman.
Pihak Berkuasa Tolong Bertindak!

By: eddy

sumber : http://on.fb.me/1e0LzFO

** entry ini bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa, tetapi hanya sebagai peringatan kepada semua pihak**

19 Comments
Tweets
Comments

19 Comments:

  1. sebulan x bayar bil ..sekali tgk bil double..WTF

    ReplyDelete
  2. P1 wimax ni xpyah di wujudkn lgi la.. Nyusahkn orng... Klau aku jdi orng ni... P1 wimax ni hancur lebur..

    ReplyDelete
  3. U-mobile pon sme..kte 6bln prtma byr 40rgt..lps 6bln bru byr 60rgt..lps 6bln hutg tertunggk 120..lastly pgi center dia ckp mne ada byr 40/monthly,,bln2 kna pay rm60.on the spot trus rejct...call promoter tu trus x dpt,,,mmg kna tipu la bli line internt kt stall2.ni..

    ReplyDelete
  4. Dulu sy pn da kena bila minta no phone centre staff tu ckp law x bole bg no centre pd customer (P)enipu no 1

    ReplyDelete
  5. bkn je p1 yg tipu...byk lg syarikat yg menipu...akibatnye name pengguna di senaraikan dlm ctos...

    ReplyDelete
  6. Saya telah membuat aduan di skkm petang tadi.. Dan dah menerima maklum balas dr pihak skkm. Mari ramai2 kita membuat aduan supaya ada keadilan buat kita!!

    ReplyDelete
  7. Buat aduan pada tribunal pengguna..... tapi pastikan ada bukti yg kukuh dan maklumat yang mencukupi. and yes, P1 Wimax is f#@*ing sucks.

    ReplyDelete
  8. sy bulan depan ckup contract. mmg ingat nak terminate. sy ingat nk p teros dkt HQ kt PJ. masa terminate apa2 bukti (surat, borang etc) yg ptot sy mntk supaya kes kena tipu ni x jadi dekat sy??

    ReplyDelete
  9. Saya dah buat pembatalan dlm masa percubaan seminggu tuh . Then dia kata duit dapat balik , and dia masuk dalam account bank , so saya nak tanya berapa lama eh nak dapat duit tuh balik ? Sebab dah lebih sebulan dah . Dia tak bagi duit lagi macam mana yee ?

    ReplyDelete
  10. Kes ngn P1 ni berlaku kat akak sy yg waktu tu guna broadband usb monthly rm69. Dia dah terminate lepas 4bulan. Mmg takde bg termination form atau apa. Tetiba lepas 3bulan dpt email kena bayar rm600++ .... for nothing. Mmg bangang la!

    Pastu abg sy pakai utk package yg 99rm tu. Include phone dect, first month kata bayar 150rm JE. Tetiba naik 2nd month and after jadi >200rm++ ape kejadah nye?

    Sy pnh guna P1, YES 4G dgn CELCOM. Buat masa ni guna YES 4G....PUN HAMPEH!
    Ada on peak dgn off peak quota pulak.TERUS TERANG CAKAP MMG XPNH PUAS HATI PAKAI TIGA--TIGA NI. Lagipun isp yg ni semua limited coverage. Kalau nak topup quota pun mahal nak mampos! Elok pakai TM UniFi...

    ReplyDelete
  11. Salam, saya juga mangsa p1. Baru ni dapat msg bill dari p1, padahal tak guna langsung internet, sebabnya internet dah suspended, then call p1 centre ingat nak terminate tapi dah nak dekat sebulan call p1 centre tak pernah dapat, dia cakap pegawai sedang busy, at first terima lagi mungkin busy betul kot, tapi dah nak dekat sebulan lebih takkan busy lagi kot. Lepastu try call salesman yang beli p1 dengan dia haritu, malangnya call dia dah tak dapat, voicemail terus. So i decided nak biar je, malas ah bayar, buat rugi je bayar. Tak guna lepastu nak bayar. Memang taklah. Pandai betul p1 ni menipu org huh

    ReplyDelete
  12. P1 hantar SMS kata potong servis, jadi kita berhenti guna servis dia, tapi akhirnya dia hantar bil kononnya servis masih ada, so, dia tipu kita dengan niat nak kenakan kita......

    ReplyDelete
  13. sy pn mgsa jgk ni..dah 6 bln sy x guna.bill masih jln..n skrg rm350.walupn bill sy x sebnyk yg lain.tp bnyk kegunaan yg kiita boleh mnfaat lg dgn duit sbyk tu.drp bg pd deorg.tmbhn sy ni bkn org yg hidup sng.boleh.bg cdangn?

    ReplyDelete
  14. adik saya dah nak habis contract setahun.. baru baru ini ada dapat call dari HQ minta upgrade.. saya yang cakap dengan orang HQ tu.. mula mula cakap baik je.. bila saya tolak untuk upgrade.. tiba tiba nak marah.. paksa paksa upgrade.. macam ni ke service yang konon nya "AWARD WINNING BROADBAND"??

    ReplyDelete
  15. Saya pakai p1 tahun 2008, ayah dah potong. Dah bayar habis. Baru-baru ni nak pakai wifi, die cakap tak boleh sbb nama dah blacklist. Katanya Hutang saya RM 2750. Tak pernah pulak bill sampai lepas potong, dan perkhidmatan pun mmg tak boleh guna. Kalau ikut system orang tak bayar bill ni, lepas 3 bulan tak bayar, kena suspended, lepas tu tade dah charge lain selain denda berapa hengget tapi dah apesal sampai RM 2750? P1 ni saja cari pasal lah. Nak untung cepat. Saya maki rilek je, tak ada black and white tak ada surat kata saya Hutang what for saya bayar? Mmg tak lahhhh.

    ReplyDelete
  16. nasib baik kat sarawak xde P1 wimax..haiss..mcm2 la sekarang..lepas ni kena berhati2 dan take note..thanks share bobo..

    ReplyDelete
  17. Ish sampai ke ctos tu jadi masalah tuu

    ReplyDelete
  18. Haram jadah P1 Wimax niee

    ReplyDelete
  19. Pukimakkk ini p1 wimax!!!!!! SIALAN.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...