Entry terbaru

Rumah Mampu Milik Negeri Selangor

Sudah penat menyewa? Ingin memiliki rumah sendiri dengan harga yang lebih murah? Berita baik untuk rakyat Selangor, kerajaan negeri telah melancarkan sebuah program permilikan rumah idaman.

Program Permilikan Rumah Idaman Negeri Selangor atau IDAMAN PKNS adalah sebuah inisiatif holistik di dalam menyediakan kediaman mampu milik yang berkualiti untuk rakyat Selangor yang diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Bukan setakat pendapatan isi rumah, pelbagai keperluan sosial serta peringkat demografik turut diambil kira dalam menghasilkan kejiranan yang terancang, selesa serta dilengkapi dengan kemudahan serba lengkap. Berikut merupakan konsep dan cadangan gambaran ilustrasi yang terancang yang bakal dibina dan dimajukan oleh PKNS.

  Seksyen 1D, Antara Gapi

 

 


Kriteria Kelayakan:

1) Pemohon mestilah berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dan adalah warganegara Malaysia.
2) Pemohon mestilah berumur sekurang - kurangnya 18 tahun semasa permohonan dibuat.
3) Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM5,000.
4) Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

Nota Penting

  • Perumahan IDAMAN PKNS akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
  • Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
  • Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan dimana rumah IDAMAN PKNS tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran kerajaan negeri.
  • Pemilik wajib mendiami rumah IDAMAN PKNS tersebut.


SOALAN LAZIM

1. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan Rumah Mampu Milik?
Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di kaunter Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Tingkat 5, Bahagian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

2. Berapakah anggaran harga Rumah Mampu Milik?
Pada masa ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan harga jualan seunit Rumah Mampu Milik adalah di antara RM85,000.00 hingga RM150,000.00.

3. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumah Mampu Milik PKNS?
Syarat kelayakan untuk memohon Rumah Mampu Milik adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
Pendapatan isi rumah diantara RM2,500.00 hingga RM5,000.00 sebulan;
Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor. Namun, Pemohon yang telah memiliki rumah kos rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Mampu Milik sebagai rumah kedua tetapi tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pemohon;
Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
4. Berapakah keluasan Rumah Mampu Milik?
850 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi.

5. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Rumah Mampu Milik?
Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut semasa menghantar borang permohonan:

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan;
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
Penyata KWSP (jika ada); dan
Salinan bil air atau bil elektrik.

6. Dimanakah lokasi Rumah Mampu Milik yang boleh dipohon?
Pemohon boleh menyemak senarai projek Rumah Mampu Milik yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

7. Permohonan secara online?
Belum dilaksanakan buat masa ini dan dijangka akan dilancarkan pada awal Tahun 2014.

8. Bagaimana untuk mengetahui status permohonan?
Pemohon boleh menghubungi LPHS di talian 03-55447650/7199/7078 untuk menyemak status permohonan.

9. Dimana nak hantar borang permohonan tersebut?
Borang permohonan hendaklah dihantar sendiri oleh pemohon di kaunter Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Tingkat 5, Bahagian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

10. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan Rumah Mampu Milik?
Tempoh sah laku permohonan rumah mampu milik adalah selama 3 tahun daripada tarikh pendaftaran.

11. Permilihan Rumah Mampu Milik dilakukan oleh siapa?
Proses permilihan Rumah Mampu Milik dikawal selia melalui Sistem Pendaftaran Rumah Mampu Milik (SPPRM) di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

12. Perbezaan harga jualan dan pasaran
Harga Rumah Mampu Milik adalah lebih rendah sebanyak 20% dari harga pasaran.

13. Tarikh tutup permohonan?
Tiada, pendaftaran boleh dilakukan sepanjang tahun.

14. Adakah Rumah Mampu Milik ini boleh dijual semula?
Pindahmilik Rumah Mampu Milik hanya boleh dibuat selepas tempoh 5 tahaum.

Hubungi:

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 
Bahagian Khidmat Pelanggan PKNS 
Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam,
Persiaran Tasik, 40505 Selangor

Bahagian Permasaran PKNS 
Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam,
Persiaran Tasik, 40505 Selangor
No. Telefon: 1800 88 7567 
Laman Web: http://www.pknsproperty.com

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (HQ)
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Laman Web: http://lphs.selangor.gov.my

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...