Entry terbaru

Bagaimana untuk dapatkan SiteLinks Google?

Hello,

Merujuk kepada entry Sitelink dari Google. Pasti ramai blogger baru yang tertanya-tanya bagaimana untuk dapatkan sitelink dari google. Entry kali tidak lah menerangkan bagaimana untuk dapatkan sitelink tetapi lebih kepada memberi panduan.

Tidak ada cara spesifik atau mudah untuk mendapatkan sitelinks Google. Maksudnya, Google tidak berkongsi apa-apa proses untuk mendapatkan sitelinks Google. Jadi tidak ada jalan pintas, widget atau butang yang memerlukan klik untuk Google sitelinks. 

Panduan untuk dapatkan Sitelinks:

  • Pastikan korang mendapat jumlah trafik yang baik dari enjin carian dan blog korang mempunyai CTR (Click Through Rate ) yang tinggi dari halaman keputusan enjin carian.
  • Pastikan tajuk artikel yang betul dan Meta Tags Penerangan untuk halaman blog korang.
  • Pastikan blog korang telah wujud sekurang-kurangnya 30 hari. Google tidak memberikan Sitelinks untuk domain yang wujud kurang dari 30 hari. Walau bagaimanapun, jika korang mempunyai kandungan yang berkualiti dan struktur blog yang baik, korang boleh mendapatkan sitelinks untuk laman web anda hanya dalam satu bulan.
  • Blog / laman web korang perlu menduduki kedudukan pertama jika mencari nama blog anda di Google. Jika blog korang mempunyai Google authorship markup anda mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat sitelinks Google dengan mudah.
  • Blog korang harus SEO Friendly seperti kata kunci, tajuk, penerangan dan lain-lain Ia banyak  membantu untuk mendapatkan sitelinks Google dengan cepat.
  • Blog korang perlu mempunyai bilangan backlinks yang banyak dan berkualiti. Korang harus cuba untuk mendapatkan beberapa inbound link dari laman web yang berkualiti tinggi.


Sebenarnya bukan susah untuk dapatkan sitelinks dari google. Korang cuma perlu update entry secara konsisten dan pastikan url blog dan nama blog adalah unik. Jika korang nak guna nama blog Denaihati baik lupakanlah untuk dapatkan sitelinks sebab nama blog tersebut telah pun digunakan oleh blogger berpengalaman. So be creative! 

1 Comments
Tweets
Comments

1 Comments:

  1. rasanya hari tu niesa ada check..ada gak la klua kat atas tu..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...