Entry terbaru

Baju Hujan Pilihan

Woww! setelah sekian lama tak blogwalking, sekali buat teringat masa awal-awal buat blog dulu. Dunia blog ni tiada suram, sentiasa ada je blogger-blogger baru tumbuh bak cendawan. Bagus2... keep writting guys! 

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang, dulu banyak masa berblog tapi sekarang ni nak cari masa menulis pun susah. Kalau ada masa pun rasa malas gak nak menulis hehe. Tadi masa blogwalking terjumpa blog anak buah aku, pergh kreatif mengalahkan aku. Dulu uncle dia ni mula-mula berblog html code pun tak tahu tau!! kehkehkeh... Jom terjah blog dia.. 

Syaniz Syaza
 Rajiiiin dia masuk giveaway ye!! Alhamdulillah rezeki.. follow fanpage dia Syaniz Syaza

Okay, cukup sudah cerita pasal blog. Kali ni nak cerita sikit pasal baju hujan. Hari ni akhirnya dapat juga baju hujan yang dah berbulan-bulan tertangguh niat. 


Arai

Baju Hujan

Baju hujan Arai ni aku beli kat Sg Chua, Kajang. Harga RM110. Penting tau baju hujan ni pada rider motor macam aku ni. Pergi kerja naik motor lah katakan, kalau naik kereta memang lambat lah sampai tempat kerja. Tapi halangan bagi rider ialah cuaca yang tak menentu. Before this, aku pakai baju hujan yang dapat free masa beli motor dulu, yang tu bila hujan serupa tak pakai!! Basah lencun gak, bukan baju je basah, seluar dalam pun lencun! 

Arai

Aku dah compare dah baju hujan brand Arai dengan brand GIVI. Harga Givi RM90 tapi kualiti kurang berbanding Arai. Kelebihan Arai ni sebab baju and seluar dia ada grip untuk elak air masuk dalam baju. Namun ketebalan kain lebih kurang sama. So apa salahnya keluar duit lebih sikit untuk barang yang lebih berkualiti kan? 

Tapi satu je, marketing Arai ni melampau sikit, dia punya logo punya lah besar kat bahagian belakang baju. Tak kesah laaaaahhh yang penting puas hati.

Ok bye!

15 Comments
Tweets
Comments

15 Comments:

  1. Bobo dah jarang sgt ye blogging sekarang..berckp pasal baju hujan,niesa pun nk carik 1 memandangkan niesa pn rider jugak..hikhik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rider mg perlukan baju hujan niesa, penting tu! nnt basah lencun, kalau perempuan ehem ehem... hehehe

      Delete
  2. Phew lama dah tak jenguk blog ni. Kite pun dah jarang gila nak blgging sebab sibuk sana sini. Ni pun baru nak buat come back gituuuu...hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. please do come back yui light! hahaha

      Delete
  3. itulah la bro..lama dah ko x tlis entry kat blog ko ya..
    mcm aq gak la ya.. sat ada sat tengelam.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita serupa... lalalala :)

      Delete
  4. smart juga baju arai tu bro..kalau fit dengan badan lagi smart


    bro anda gi tag
    http://ahmadzikryy.blogspot.com/2014/01/2nd-giveaway-by-nina.html

    ReplyDelete
  5. Baju ujan biar cari yang berkualiti sikit. Kalau cari yg murah2, serupa tak pakai baju ujan la. Apapun, aku suka jenama Givi..

    ReplyDelete
  6. kalau baju hujan yang hadiah dari beli motor kualiti ,memang kurang baik, hujan renyai-renyai bolehlah. yang mahal macam ni mungkin tahan lama juga dan berbaloi.

    ReplyDelete
  7. Sampai sekarang sku still pakai baju hujan askar. orang bagi

    ReplyDelete
  8. Musim hujan harus ada baju hujan ya...
    Nice share bro

    ReplyDelete
  9. Sekarang angin sejuk pula. Buat post baju sejuk la kikiki
    http://mimpitidur.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. apa nama kedai tu.

    ReplyDelete
  11. Nama kedai?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...