Entry terbaru

Foods Review : Bumbu Desa Alamanda, Putrajaya

Heyyoo!

Kali ni nak buat foods review makanan di Restoran Bumbu Desa Alamanda Putrajaya. Lokasi restoran ni sebenarnya kurang strategik disebabkan ia terletak di bahagian luar Alamanda. Kalau nak pergi korang perlu lalu depan tempat bowling dan berjalan ke bahagian luar. Aku memang tak tahu kat situ ada beberapa restoran. Orang pun tak ramai waktu malam. Tak tahu lah waktu tengahari macam mana.

Saja je nak cuba makanan negara jiran Indonesia ni. Aku beli voucher Bumbu Desa di Groupon. Jumlah voucher bernilai RM60 yang dibeli dengan harga RM35. Dapat dapat 42% discount.  



Ketika sedang menjamu selera, pelanggan di sajikan juga dengan lagu klasik Indonesia, so bila tengah makan tu rasa macam ada di Indonesia. Environment selasa dan romantik. Dibahagian luar ada beberapa meja siap dengan lilin kecil tu. Tapi kiteorang haritu makan kat bahgian dalam sebab kat dalam kosong. hehe


Kebanyakkan food ala carte. Berhampiran kitchen ada station makanan mentah, pelanggan juga boleh memilih sendiri makanan yang nak dimasak.



So ini lah makanan yang kami order. Diantaranya ialah Ayam Cabai Ijo, Gulai Daun Singkong, Cumi Goreng, Es Buah dan Fresh Orange. 


Cool gila nasi putih dihidang dalam bekas tu. Siap ada daun pisang, tapi masih mengekalkan rasa nai kosong la. Tak kan rasa nasi goreng pulak kan. Dihidangkan sekali dengan keropok, sambal Ijau, dan juga sos kicap manis. Gabungan pedas manis memang menaikkan selera!


Yang ni ialah Cumi Goreng. Iaitu sotong didalamnya ada tauhu yang digoreng bersama. Rasanya kurang enak. Tidak begitu segar. Mungkin sebab dah lewat malam kot. Tapi memang tak sedap la.


Yang ni ialah Ayam Cabai Ijau. Boleh tahan sedap tapi presentation out sebab nampak macam tak kemas dan selekeh. Tapi sedap! Tidak begitu pedas. But still taste good. Jangan lupa try air Es Buah! Sedappp. Air campuran buah buahan.

Ada satu lagi makanan yang dipesan tapi tak sampai ialah Rendang Daging. Nasib baik lah dia tak hantar sebab dah tak larat nak makan dah time tu. Nasi pun tak habis. So, total harga makanan untuk kesemua menu tadi ialah RM76 termasuk service charger 16%. Kiteorang hanya perlu tambah RM16 je. Okaylah kan.

Overall, makanan dia tak lah sedap sangat dan tak lah mahal sangat. Tapi still tak boleh lawan masakan nasi padang. Untuk makanan aku bagi 3/5 bintang. Korang boleh try dan rasa sendiri. Tekak manusia kan lain-lain, mungkin sedap bagi pelanggan yang lain idak? 

Lepas makan terus chow balik! zzzzz

5 Comments
Tweets
Comments

5 Comments:

  1. tak sedap sangat..tapi tetap mengiurkan aku.hehehe

    ReplyDelete
  2. ni hidangan gaya jawa nih . gi putrajaya nanti leh la singgah .

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi try sini..

    tapi ni kalau lapar confirm licin ni.heheh



    ReplyDelete
  4. RM76 tu utk brapa org mkn bobo?cumi goreng mcm sedap je...

    ReplyDelete
  5. Berbuka di sana tadi. Makanan langsung tak sedap dan mahal. Harga tak padan dengan makanan. Tak boleh lawan ayam penyet Wong Solo.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...