Entry terbaru

Sitelink dari Google

Phewwww,

Akhirnya google telah mengembalikan sitelink blog imbobome ni di carian search engine Google. Sitelink blog ini ditarik balik satu ketika dulu ada sebabnya, blog ni umpama banduan yang baru keluar dari penjara. haha. By the way, apa itu sitelink?

Definisi Sitelink:

Sitelinks Google adalah beberapa pautan yang muncul pada halaman pertama hasil carian Google apabila korang mencari nama atau link Blog atau Laman Web. Pautan yang ditunjukkan di bawah hasil carian Google, yang dipanggil Sitelinks. Pautan yang menunjukkan pada hasil carian Google sebagai sitelinks adalah automatik dijana oleh Google sendiri. 


Kelebihan Mempunyai Google Sitelinks.
Mempunyai Sitelinks blog korang pada hasil carian Google adalah impian setiap blogger. Terdapat banyak manfaat jika blog korang mempunyai Sitelinks Google, diantaranya ialah:


  • Akan dapat lebih banyak trafik dari carian Google. Mana taknya, taip nama blog tapi yang keluar sekali 6 link ke blog korang yang paling atas carian di Google. Contohnya dalam gambar diatas.
  • Jika blog korang mempunyai Sitelinks Google ia bermakna korang mempunyai lebih di pandang Google. Kerana Sitelinks Google hanya diberikan kepada laman-laman web yang sangat popular dalam niche mereka sendiri, ia mempunyai bilangan backlinks yang baik, links yang berstruktur baik dan mempunyai navigasi yang mudah dan lain-lain.
  • Sitelinks Google juga menunjukkan bahawa isi kandungan blog anda mendapat perhatian dan mendapat kepercayaan penuh dari Google, itulah sebabnya anda harus ada Sitelinks untuk blog anda di Google.
Bagaimana nak dapatkan sitelink dari Google? haaa itu kena tunggu next entry la, hari ini holiday esok boleh lah hehehehe. 

1 Comments
Tweets
Comments

1 Comments:

  1. Erks...xtau plak pasal sitelink...sy budak dh lama xblaja...abe bobo sila la bg tunjuk ajar ok? Haha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...