Entry terbaru

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014

Heyyyo!

Berita baik berita baik!!

Majlis Sepetang bersama blogger kembali lagi. Penganjuran kali ke-3 pada tahun 2014 ini bakal menyaksikan pertemuan blogger nusantara dari Malaysia, Brunei dan Indonesia. Wow!! Kalau lah dapat sambutan sehingga Singapura dan beberapa buah negara serumpun yang lain kan lebih meriah. Apa lagi penduduk Singapura (penyokong tegar Lions XII) ayuh tunjukkan kuasamu. *krik krik krik*

Dah lama rasanya tak join aktiviti blogger, setakat pergi tengok wayang atas tiket Nuffnang mana lah sama dengan keterujaannya dengan majlis perkongsian seperti ini. Banyak ilmu yang boleh ditimba ni. Majlis kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa blogger terkenal seperti Ben Ashaari, Redmummy, Shafie Bustan dan Zarul Umbrella.


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 akan diadakan pada 
Tarikh : 8 Mac 2014
Masa : 10 Pagi - 5.30 Petang
Saloma Bistro, Jalan Ampang

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Majlis disensasikan lagi dengan penaja Yeo's Malaysia sebagai penaja utama. Banyak woo hadiah cabutan bertuah, antaranya seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit) , iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin dan juga pakej-pakej percutian seperti yang didengar oleh Bonikacak hehe.


Tambahan pula, pada tahun ini, sedikit kelainan akan dibuat. Cabutan bertuah untuk semua peserta berdaftar akan dibuat bermula minggu pertama bulan Februari. Peserta bertuah setiap minggu akan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM100 pada minggu pertama, RM80 pada minggu kedua, RM50 pada minggu ketiga dan RM20 pada minggu terakhir bulan Februari. Apa tunggu lagi?? Klik banner untuk daftar sekarang!  
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

5 Comments
Tweets
Comments

5 Comments:

  1. seronok la kan..boleh pg..bila nak buat event mcm ni kat sarawak plak kan?kesian blogger yg kat seberang laut china selatan ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. Jumpa di sanaaa... :D

    ReplyDelete
  3. jumpa di sana..sorg2 wehh..haha

    ReplyDelete
  4. hukaloh.. dekat sgt tempatnya tuu..

    4 saat da sampai.kekekek

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...