Entry terbaru

Review Anjung Eksklusif Catering

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Sudah pasti tujuan korang masuk ke sini dengan keyword Anjung Eksklusif Catering pastikah untuk mendapatkan info atau review katering ini. Dalam entry ini aku akan ceritakan apa yang terjadi pada majlis perkahwinan aku pada April 2014.


Malam sebelum majlis diorang setup meja dan kerusi. Benda pertama yang aku tak puas hati ialah warna riben pada kerusi. Seperti yang telah dipersetujui semuanya akan guna satu warna, tapi malam tu diorang pasang dua warna hijau dan peach. Yang tu ok lagi sebab alasannya tak cukup riben warna peach. Yang lagi buat sakit hati ialah dahlah pasang warna hijau, tak cukup plak tu!!! ada pula kerusi yang tak ada riben, lepas tu nak main balik macam tu je. Nasib baik malam tu family kedua-dua belah turun dewan tengok persiapan. Aku sendiri yang sound budak tu. Malam tu baru aku tahu yang meja kerusi Anjung Tak Eksklusif ni sub pada orang lain. benda kalau sub ni memang teruk lah, siapa nak pantau kan? Bos Anjung Eksklusif langsung tak tengok pun persiapan malam tu. SAKIT HATI WOOOO!!

Gambar Majlis Kami yang ada di facebook Anjung Eksklusif

Mohon jangan terpedaya, gambar pelamin dalam gambar tu ialah hasil kerja Wedding Galore. Bukan ketering hampeh ni yang buat. Kalau diorang buat silap-silap roboh pula pelamin tu. Nanti aku review khidmat Wedding Galore ni, service yang diberi memang terbaikk!!! Berbalik kepada ANJUNG EKSKLUSIF CATERING ni... 

Majlis kami bermula jam 12tgh - 4ptg. Bayangkan makanan habis pada jam 1.30ptg? What the hek!! Masa pengantin baru sampai berarak masuk ke dalam dewan, kelihatan kiri dan kanan dewan orang beratur menunggu makanan. Kalau nak kata jemputan lebih dari yang dijangka sekalipun tak kan lah makanan habis cepat sangat kan? TAK LOGIK LANGSUNG! Doorgift tak habis bagi dan berbaki masih banyak lagi pun.


Katanya nak bagi 13 orang pelayan, tapi yang datang ialah 8 orang je. Memang hampeh la. Pinggan bertingket-tingket atas meja tak ada orang clear. Nasib baik family ramai yang tolong clearkan meja. Kalau tidak selekeh. Yang buat lagi bengang ialah masa majlis tu bos Anjung Eksklusif ni tak datang tengok langsung!!

Alhamdulillah, penyelamat majlis kami ialah Cendol Pak Rahim dan Wafi Icecream. Aku sangat syorkan korang bakal pengantin untuk ambil cendol and ice-cream yang lain tidak termasuk dalam pakej katering.

Kek 3 tingkat Anjung Eksklusif


Gambar diatas ialah kek 3 tingkat FOC termasuk pakej yang kami ambil dengan katering ni.Cantik kan?Aku puji diorang dari segi hiasan kek and setting meja makan beradap. Tapi khidmat dan komitmen teruk. Bayangkan masa sesi potong kek tiba-tiba keluar rambut panjang 12cm dari kek tu. Malu weh kalau gambar tu masuk dalam album kawin. Kami mengamuk kat office Anjung Eksklusif ni selepas majlis baru lah dapat refund. RM100 je pula tu. Kalau kita beli sendiri kek 3 tingkat, takkan dapat beli dengan RM100 je kan? Rupanya kek ni pun sub pada orang lain. hmmmm

Nasihat aku kepada katering ni, jujurlah dalam perniagaan. Jangan cut jumlah ayam. Kami order 1300ketul dan kononnya dia tambah 200 ketul extra. Penipu...penipu...penipu.. jam 1.30 ayam dah habis apa citaaa??!!

Dinasihatkan kepada semua bakal pengantin, jangan terburu-buru memilih katering, lagi-lagi yang buat promo di pameran pengantin di SACC ke PWTC ke dan lain-lain. Semua tu risky!! Kena betul-betul pilih! Melainkan korang memang dah tahu prestasi katering tu. Jangan hanya cari yang murah. Jangan lokek keluar duit lebih untuk katering.

Ingatlah majlis perkahwinan kita ni sekali je seumur hidup jadi besar mknanya pada kita, tapi pihak katering tak kesah semua tu, lantak p la, diorang dah berpuluh majlis diorang buat.

Pada mulanya aku malas nak tulis entry ni, tapi jika dipendam lagi parah, jadi aku luahkan dalam blog ni. Bukan bertujuan menjatuhkan perniagaan melayu, tapi untuk kesedaran katering yang rakus meraih keuntungan.

Dah 3 bulan majlis perkahwinan kami berlalu. Semuanya perfect kecuali katering ni. Kesimpulannya kami tidak mengesyorkan Anjung Eksklusif Catering pada korang semua. Sebarang pertanyaan lanjut sila komen dibawah.

Terima kasih. 

14 Comments
Tweets
Comments

14 Comments:

  1. thank you for the info.. saya baru cadang nak ambil katering ni, nasib baik jumpa your blog so i teraksa cari katering lain.

    thanks again..

    ReplyDelete
  2. Alamak, ada juga yang kena bad experience macam ni.. 😲

    ReplyDelete
  3. Mcm tak caye Anjung Catering Eksklusif tu cam ni. Ish ish ish..

    ReplyDelete
  4. kasi pukul ini katering lain kali la

    ReplyDelete
  5. Saya pun pernah ambil katering niemang betul service kurang memuaskan.

    ReplyDelete
  6. Kesiannyaaaaaa..

    ReplyDelete
  7. Tak elok la katering ni buat cam nie.. majlis kawin bukan selalu..sekali seumur hidup..so dah tahu anjung katering ni macam ni memang tak pilih la.

    ReplyDelete
  8. Laaaa 100 ja harga kek 3 tingkat dia? Gila tak berbaloi dohhh

    ReplyDelete
  9. Thanks for the info.. bahaya betul katering ni

    ReplyDelete
  10. Ya Allah.. kenapalah aniaya majlis orang. Tak berkat perniagaan jika macam itu.

    ReplyDelete
  11. Tq for the info. For sure tak ambil anjung eksklusif ni.

    ReplyDelete
  12. Akhirnya ada juga yang terkena dengan katering ni. Ingatkan aku sorang saja.

    ReplyDelete
  13. eh x ok ? kite baru reserve tuk bln 12 ne

    ReplyDelete
  14. Em, tu la.. mmg masalah Anjung Eksklusif Catering (AEC).. Sy pny majlis September 2013.. masa promo dlm pamplet ade lauk fish fillet inclusive dalam pakej. Masa tu tgh compare dua catering, so decide plih AEC sbb ade lauk extra spesel tu berbanding dgn 1 lg catering.

    Tup2 masa kenduri lauk tu xde.. dan mcm penulis entry ni ckp, xde representative dari AEC pun kt majlis. Kakak (event manager) sy call2 x angkat.. dh pkul 2 lbh br angkat call.. kitorang komplen psl lauk x ckup 1 jenis, pastu bg mcm2 alasan. Dia kata kalau nak jgk, dia boleh hntr tp ptang.. apekebende nak hntr petang2, majlis dh nak habis..

    Kakak sy mmg marah2 la call AEC.. fortunately ade retention payment dgn AEC ni.. kakak sy ckp, kalau nak bayaran baki tu, mari datang jumpa tuntut.. mmg xde la dia dtg sampai skrg nak hujung 2014 ni..

    Betul ckp penulis, cr betul2 catering.. better pegi kenduri kawan2 atau sedara mara dan rasa makanan dan Perkhidmatan diorang.. amik business card diorang.. klau sdp dan bagus, call dan mintak quotation. .

    Mmg yang dekat wedding fair ni kemungkinan besar akan kecewa.. dan of course, x semua orang perfect, tp kesilapan kecil boleh la nak maafkan.. tapi kalau dah kategori menipu mmg x boleh dimaafkan..

    Aku jumpa pompuan tu dgn laki die aku mmg nak tumbuk je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...