Entry terbaru

Super Spontan Musim Ke 3

Super Spontan Kembali!!

Pada hari Jumaat lalu telah berlangsung sidang media Program Warna Super Spontan di TalentLounge, Damansara Perdana di mana Astro mengumumkan seramai 14 orang pelawak popular tanah air bakal bersaing dalam program realiti popular Warna Super Spontan untuk musim ketiga yang bermula pada 22 Ogos depan, pukul 10 malam di Astro Warna.


Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, pemilihan pelawak-pelawak yang bakal bersaing ini adalah melalui reputasi cemerlang mereka daripada program-program lawak yang dianjurkan sebelum ini.

Didie Alias turut akan bersaing dalam Warna Super Spontan musim ketiga.

Dalam pada itu, katanya, program ini masih mengekalkan format yang sama seperti musim sebelum ini iaitu mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Tambahnya, dua kumpulan tersebut ialah Mawas Berduri yang diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Johan Raja Lawak, Syuk, Jihan Muse, Rahim, Fad, Didie Alias dan Yus.

Manakala kumpulan Biawak Laser akan diuruskan oleh Reza dan dibarisi oleh Shuib, Taukeh, Shahrol, Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah dan Abam.

Program ini akan menampilkan Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sebagai pengacara, manakala Amir Raja Lawak akan muncul bagi menghangatkan suasana.

Sementara itu, berdasarkan persembahan mingguan, nasib peserta akan ditentukan oleh undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta kumpulan mereka. Juara Super Spontan akan membawa pulang wang tunai RM100,000.

Saksikan Super Spontan di Astro Warna CH132/ Astro Mustika HD CH134
Setiap Jumaat Jam 10 malam.

Sumber: Budiey

1 Comments
Tweets
Comments

1 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...