Entry terbaru

Tuntutan Tribunal Pengguna Booking Fee Kereta

Aku vs Song Automobile Sdn Bhd

Nak update sikit tentang kes tribunal aku pada bulan May 2015. Baru sekarang ada kesempatan untuk update. Aku rasa benda ni penting untuk dikongsikan dengan orang ramai. 

Kisahnya bermula bila aku buat keputusan untuk membeli sebuah kereta Mitsubishi Triton. Puas dah survey used car di sekitar kawasan Kajang, Seri Kembangan, Serdang, Bukit Jalil, Kepong dan lain dalam kawasan Selangor since aku duduk kat Selangor kan. So, aku jumpa satu kedai used car di Seri Kembangan, nama used car tu Song Automobil.

Ini lah kereta yang aku nak beli Triton VGT 2.5 (A)
Disebabkan sudah lama survey, aku tertarik dengan kereta yang used car tu jual. Mitsubishi Triton VGT 2.5(A). Harga OTR RM 70,850.00. Biasalah masa tengok tu salesman terus minta booking fee katanya dah ada orang lain berminat. Dipendekkan cerita, salesman tu (nama sebenar Wei) terus bawa aku ke Maybank untuk keluarkan duit RM300 untuk booking fee. Masa nak buat pembayaran, Wei & Jacky(Boss) kata 
dont worry boss, kalau loan tak approve seperti diminta, kita refund duit booking fee ni RM300 
Aku pun bayarlah. Dapat sehelai resit bukti pembayaran. Untuk info, loan yang diminta ialah RM70,000 kira aku nak buat full loan lah tu.

Dua minggu selepas itu:
Aku terima call dari Wei, katanya loan tak approve 70k. Hong Leong Bank approved 62k saja. Aku cakap lah kalau macam tu aku tak nak (mana nak cari 8k woi). Aku nyatakan hasrat untuk batalkan saja permohonan. Tapi dia insist nak try bank lain. So ok, try lah.. kalau tak approve juga aku nak duit booking fee tu balik. Dia pun kata ok.

Seminggu selepas itu:
Wei call, katanya Ambank approved 69k. Masa tu aku dah tak ada mood nak teruskan membeli, since masih kurang 1k, aku terus cakap aku nak batalkan pembelian, dan aku akan datang kedai ambil duit booking fee RM300. Dengan nada kesal, dia kata OK.

Esoknya lepas kerja aku terus pergi used car Song Automobile di Seri Kembangan. Dua tiga kali aku pergi kedai susah nak jumpa. Kali keempat baru dapat jumpa. 1 jam aku tunggu baru Jacky (bos) nak layan. Masuk office and berbincang. Orang cina berniaga mana suka refund. Bagi orang cina kalau duit keluar tu petanda tidak baik untuk perniagaan.

Masa berbincang tu, dia nak kelentong macam-macam.Aku layankan aje. Yelah, penat kot baru balik kerja. Objektif aku datang situ cuma nak duit aku balik je. hehe. Lepas 30minit berbincang dia masih berkeras nak pulangkan booking fee. Aku pun malas nak gaduh, aku cakap ok, kita ikut law. Dia senyum je (rasa nak tampar je)

Malam tu aku terus log in Tribunal Pengguna buat report tentang hal ni. Aku buat tuntutan RM500 sebab aku masukkan sekali tuntutan duit minyak aku pergi balik ke kedai used car dia dan kos toll bagai. hehe. Sebab kawan aku pernah menang kes RM800+ disebabkan satu tin sardin yang dah expired yang dibeli disalah sebuah kedai serbaneka 24jam.

Sebelum Hari Sebutan
Dokumen tuntutan perlu diserahkan kepada pihak penentang (Song Automobile). Proses ini perlu untuk memberitahu pihak penentang, aku sedang membuat tuntutan melalui Tribunal Pengguna. Dokumen tersebut perlu diserahkan kepada pihak penentang. Ada 2 cara yang boleh digunakan.

1. Menggunakan kad pos daftar.
2. Serahan tangan dan kemudian jumpa pesuruhjaya sumpah untuk mengesahkan.

Kad Daftar Pos Malaysia
Dalam kes aku, aku telah gunakan cara yang pertama tu. Tapi tidak berkesan sebab pihak penentang tidak terima award yang aku hantar. Kemudian aku terpaksa guna cara kedua, serahan tangan. Aku pergi ke used car tu, aku beri kepada Wei (Salesman). Aku bijak, aku cuma minta Wei tandatangan sebagai bukti penerimaan pada muka depan dokumen tersebut. Lepas  dia tandatangan dan cop, barulah aku serahkan dokumen sebenar. Hehe. Aku tahu, kalau aku bagi dokumen tu awal-awal, mesti dia tak nak sign. Betul tak?

Dua minggu selepas itu:
Tribunal Pengguna hantar surat pendengaran kes tuntutan melalui email dan juga pos dalam masa 1 minggu. Kes sebutan lepas Hari Raya Puasa 2014. Aku tunggu 3 bulan untuk pendengaran kes. Tapi tak apa sebab aku nak dapatkan balik RM300. Walaupun amaun kecil, tapi aku tak nak bagi orang yang ambil untung dengan cara macam ni.

BORANG 1
(Perlu diserahkan kepada penentang)





Masuk Tribunal
Masa hari sebutan, pihak penentang (Song Automobile) tidak menghantar wakil. Aku tunggu dari jam 9pagi sehingga jam 4petang, baru lah kes aku disebut. Selepas Presiden (Hakim Tribunal) meneliti tuntutan dan merujuk kepada kitab tribunal, dia membuat keputusan yang penentang  perlu memulangkan semula RM300 tu kepada aku. Dah lah tak hantar wakil, borang 1 aku hantar tu pun di tak beri jawapan balas. Alhamdulillah. Syukur sangat. Aku tunggu Award dicetak sejam selepas pendengaran. Sehari suntuk aku duduk dekat tribunal Putrajaya tu.

Selepas menerima Award:
Sekali lagi aku perlu hantar award tu pada pihak penentang. Kali ni aku terus gunakan cara yang kedua, serahan tangan. Masalah dia, dia dah pandai, dia tak sign dan cop. Aku letak je atas meja office dia. Kemudian aku terus ke Pesuruhjaya Sumpah Seksyen 7 Bandar Baru Bangi untuk dapatkan cop dan tandatangan Pesuruhjaya Sumpah. Leceh kan?  Dalam Award tu, pihak penentang diarahkan untuk membayar balik RM300 tu dalam masa 14 hari dari tarikh award diterima.

Selepas 14 hari
Pihak penentang masih tidak buat pembayaran. Next action, aku pergi jumpa Bahagian Penguatkuasa KPDNKK untuk dapatkan bantuan. Alhamdulillah, Tuan Faizal dari bahagian Penguatkuasa adalah pegawai yang dilantik untuk membantu menyelesaikan tuntutan aku.

Sebulan kemudian
Aku dapat whatsapp dari Tuan Faizal yang mengatakan pihak penentang ada membuat tuntuan balas. Hari sebutan kes ditetapkan pada sebulan kemudian. Masa pendegaran semula kes, aku tidak hadir, dan pihak penentang pun tidak hadir. Memang cantik lah kan. Aku tak hadir sebab aku tahu bila award dah keluar, keputusan sukar untuk diubah kecuali ada justifikasi yang kuat dari pihak penentang. Disebabkan penentang tak hadir, jadi, keputusan tidak berubah.

Seminggu kemudian
Aku terima whatsapp dari Tuan Faizal yang mengatakan penentang telah bersetujua membuat pembayaran balik duit aku. Dia minta no akaun aku, esoknya duit terus masuk ke akaun bank aku.

Alhamdulillah tuntuan selesai. Ramai orang tidak sedar kuasa pengguna. Hasil survey yang aku buat kat internet, rata-rata hanya biarkan saja duit mereka diambil oleh used car. Ada yang berjumlah sehingga RM5K pula tu. Kesiannnn. Mungkin juga ada yang malas nak layan Tribunal Pengguna kot. Kalau kaya tak apa lah. Aku nak duit aku balik. hehe.

Syukur alhamdulillah, aku dah dapat sebuah kereta Mitsubishi Triton L200 (A) 2009. RM60k ambil dekat Kajang. Yang penting full loan!! tapi 7 tahun la hehehe

nota kaki: sekiranya ada pertanya, sila majukan di ruangan komen, insyaAllah aku cuba jawab.

13 Comments
Tweets
Comments

13 Comments:

  1. Nahh.. tu dia.. kuasa pengguna.. xtau la plak, kita boleh buat cam ni. Biasa burn je..
    Tahniah bobo.. dpat kete baru.. boleh la tumpang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah dia kuasa pengguna.. nak tumpang? No hal! Hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum Tuan, Merujuk kepada entry blog tuan berkenaan tuntutan deposit beli kereta. Saya ada buat tempahan dah bayar sebanyak RM500. Dalam kes saya, loan yang diluluskan dengan interest 4.23 dan 7 tahun. Jadinya bulanan sangat tinggi. Jadi saya nak cancel beli. Tapi macam biasa, dia berkeras tak mahu pulangkan booking fees. Adakah kalau saya buat tuntutan melalui tribunal boleh berjaya> Terima kasih banyak2 tuan atas kesudian berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam tuan, umumnya pembelian kereta 2nd hand memang bank akan beri tempoh pinjaman 7 tahun..jarang yg dpt 9 tahun..dan interest agak tinggi..sekiranya ada pengiraan dibuat sebelum tuan membayar booking fee, agak sukar utk buat tuntutan kerana diandaikan tuan sudah sedia maklum dgn jumlah bayaran bulanan. Sekiranya tidak ada pengiraan/anggaran, kes ini akan berpihak pd tuan sebagai pembeli. Sy sangat syorkan tuan buat tuntutan. *dgn andaian resit booking fee tidak dinyatakan 'fees is not refundable'. Harap membantu..

      Delete
    2. Terima kasih banyak2 atas jawapan tuan. Ya memang tiada pengiraan dibuat sebelumnya. Dan tiada dinyatakan "fees is not refundable". Cuma di atas resit di tulis 'deposit for car". Terima kasih sekali lagi tuan.

      Delete
  3. Salam. Tuan adik saya punya kes lebih kurang mcm tuan.dia nk beli kereta second tp x jadi. Dia dah bayar depo rm5k. Tp cina tu x refund. Katanya klu loan gagal je dia refund.minta pendapat.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walam Puan, loan telah disahkan tidak lulus? kalau belum, kena tunggu dulu. Bila loan dah approved automatik adik puan dikira sebagai pembeli dan sekiranya tidak mahu meneruskan pembelian, RM5K itu dikira hangus. Kes saya berkenaan loan tidak lulus seperti yang dijanjikan. Kalau ada apa2 maklumat terkini boleh update disini.

      Delete
  4. salam,

    Saya beli kereta secara tunai berharga RM58K, telah bayar wang booking sebanyak RM3K. Saya nk batal pembelian sebab harga yang ditawarkan terlalu tinggi dari harga pasaran sebenar. Mohon pandangan saudara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, dalam kes tuan ni saya berpandangan telah ada akad yang dipersetujui pada harga tersebut dan tuan telah pun setuju dengan membuat pembayaran booking fee. Untuk mendapatkan semula duit adalah diatas budi bicara penjual.

      Delete
  5. salam tuan, saya nak tanya kat tuan & semua yg membaca komen ni. saya dah beli sebuah kereta baru & dh bagi rm900 untuk booking fee.. menurut pemahafam saya booking fee boleh ditebus balik kalau loan x approve tp bergantung kepada SA.. tapi yang saya nk tanaya adalah kalau bank dah approve loan booking fee pergi mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Booking fee akan ditolak pada jumlah loan. Kalau booking fee ghaib tu tanda dah ada yang songlap.

      Delete
  6. terima kasih atas maklumat tuan.. saya sedang berusaha untuk mendapat semula tuntutan RM7.5K.. moga kebenaran berada di pihak pengguna yang teraniaya..

    ReplyDelete
  7. Salam semua..
    Kes saya beli kereta sambung bayar dengan company sri jaya motor di jln uthan kl.

    1) 23.10.2015
    - 1k byr booking fee untuk mercedes benz

    2) 27.10.2015
    - 1.5k pendahuluan deposit dibayar

    3) 09.11.2015
    - 28.5k balance deposit dibayar
    - sign agreeement n ambik kereta
    - staff janji agreement yg dah sign akan dpt balik utk simpanan kami slps selesai urusan mati stem apa semua n kami kata okay

    4) beberapa kali followup still xdpt agreement

    5) may n june kami stop buat payment kereta sebab still xdpt agreement

    6) july n ogos 2016 kami buat payment sbb takut kereta kena tarik meandangkan kami pakai kereta tu tpi still xpuas hati sbb agreement xdpt

    7) 19.08.2016
    - kereta kena tarik dgn towing n siap eskot by polis

    8) 20.08.2016
    - kami g office tgk kereta ada kat situ
    - kami g office kerani je ada
    - kerani bg alasan kata kami langgar perjanjian sbb 2 bln xbyr
    - kerani kata kereta xde kat situ sedangkan kami smpai2 dh cari dulu kereta mmg ada kat situ
    - bila kami tanye knp kereta ada kat situ sbb kami nmpk kereta tu ada then kerani jwb owner park situ dulu isnin baru nak dtg ambk sbb buat kunci baru (padahal mula2 kata kereta xde)
    -kami minx salinan agreement utk kami tpi xdpt katanya agreement dh pass lama dh kat broker utk pass kat kami sedangkn kami xterima apa2
    - kerani suruh kami call broker dan kalau nak blh jumpa boss hari isnin berikutnya (22.08.2016)
    - katanya kami xblh dpt balik kereta tu sbb owner nk balik kereta tu memndangkan kami langgar perjanjian yg kami sendiri xpasti apa sbb xde salinannya

    19) 22.08.2016
    - kami g office then dengan muka ketat kerani tu suzi ckp "g jmp boss trus la"
    - okay kami pun g jmp boss
    - hasil pertemuan still mcm nk slhkan kami alsan kata owner mrh payment sngkut n katanya surat tarik dh keluar sedangkan kami mmg dah check dgn bank xde pun sbnrnya surat tarik
    - boss kata kami langgar perjanjian yang sekali lagi kami xde ya.. Mcm mne kami nak aware bnda tu
    - bila kami kata xpe la kalau xdapat kereta balik kami nak deposit balik memandangkn agreement kami smpi skrg xdpt.. Kami rasa tertipu.
    - boss respon still kata kami langgar perjanjian dan dlm perjanjian memang xde sebut tentang pemulangan deposit n die tau sebab tu agreement cmpny diorg yg buat
    - boss suruh kami cek dgn kerani salinan agreement
    - kerani dengan muka ketat buat2 mencari agreement n kata agreement dah pasa kat broker yg asal..
    - kami pertikaikan xkan office xsmpan copy but respon yg kami terima mmg xlogik blh kerani tu kata mmg mcm tu kadang2 broker ambk yg asal xbuat copy..

    **sekarang kami nak buat tututan semula deposit kami..susah payah kami kumpul duit tu.. Kami bkn buat loan ya kami kumpul cash tu susah payah..
    **menurut pandangan encik/cik mcm mne?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...